Followers

Saturday, July 30, 2011

seharian ke terengganu

assalamualaikum...

kuat bebenor rasanya entry jenjalan kat blog ni.
cmne tak banyaknya sebab tuan blog ni suka sesangat la jenjalan.

kelmarin aku p terengganu.
naik mydin mall n giant je,x p mana2 pn.
ingat nak beli barang2 aku untuk raya tapi masih ada yg tak cukup.
bsju dah ada 3 pasang tapi masih nak beli sepasang lagi~nafsu2!
wedges untuk raya belum beli lagi,tudung pun belum.
cari2 kat mydin mall tak de pun kedai oasis tu.


nak cari kain pasang,tak tau kedai kat mana yang jual kain pasang n baju murah2.
yang sempat dibeli hanyalah lipstick silkygirl,bedak bb silkygirl dan mandian yang super2 jimat.
terbeli masa masuk guardian.
berbaloi..

sempat jugak beli radio baru untuk ramadhan yang bakal menjelma ni.


esok,nak pergi kb.nak p bayar lesen ssm yg dah tamat tempoh.
terlupa nak bayar awal2 terpaksa la bayar denda esok!uishh,pelupa betoi.
tapi esok ingat naik naik tesco jew.

yeayy lagi!!

reviwe product:syampu untuk rambut gugur

assalamualaikum...

hari ni berkesempatan cket untuk update blog walaupun terpaksa curi2 masa.

ok..kalau korang ada masalah rambut gugur boleh la korang try2 dis product k?
barang murah je tp pada aku amat2 la berkesan sebab lepas keguguran hari tu 
rambut aku gugur dengan banyaknya.


lepas try syampu ni,dah tak gugur dah.walaupun ada tp hanyalah sedikit berbanding dulu.



nak tau syampu apa?
syampu anti-dandruff dari avon,yang botol hijau tu.syampu ni ada 2 jenis.
untuk semua jenis rambut dan satu lagi untuk rambut kering.
kalau tak silap kandungan syampu ni tea tree dan thyme.
saya pilih yang rambut kering punya sebab rambut saya jadik kering disebabkan kelemumur.
setakat ni syampu dari avon ni yang paling bessh!
memang berbaloi,lebih2 lagi beli time offer!
sangat2 berbaloi!heee.
maaf tak de gambar syampu ni sebab kat google 
tak de.
bila sy cuba upload,tersangat la lama sebab internet saya tersangat la slow.
maaf ye semua...




p/s:rasanya lebih elok untuk membahasakan diri saya dengan panggilan SAYA.

jalan2 ke kuantan p2

assalamualaikum....


hari ni aku nak sambung citer masa jalan2 ke kuantan pada hari yg kedua

disebabkan urusan mak aku selesai pada pukul 1 tgh hari,kami terus bertolak ke bandar kuantan.
disebabkan ni kali pertama aku ke kuantan,jalan pun tak tau nak ke mana.
tengok signboard je..
ingat nak singgah di kuantan parade atau berjaya megamall
tapi tak jumpa2 pun.

terus ikut signboard ke pantai teluk cempedak.
cantik jugak kawasan pantai ni,bersih n kemudahan pun banyak
boleh la untuk beristirehat tu sebab ada taman,tandas,McDonalds pun ada tau!


selepas beli sedikit cenderahati,aku terus bertolak ke cherating.
jauh jugak dari teluk cempedak untuk sampai ke cherating.dalam 2 jam lebih jugak..
sampai kat cherating,anak2 sedara je mandi kat pantai.
yang lain tukang tengok jew.~ngeee!


dari cherating terus ke kemaman.kami bertolak dari cherating dalam pukul
8.30malam.perjalanan balik memang memenatkan sebab
kami balik ikut kawasan pantai.
dari kemaman terus ke kuala terengganu.
sampai di kuala terengganu dalam pukul 11.30 malam.

jauh sangat perjalanan pulang,memang memakan masa yg agak lama.
aku sampai kat umah dalam pukul 3 pagi.

tapi berbaloi jugak walaupun sekejap n ada tempat yg kami tak dapat pergi tapi
sekurang2nya kami dah ada pengalaman ke kuantan
yeayy!



Thursday, July 28, 2011

jalan2 ke kuantan

assalamualaikum...


dah seminggu rasanya tak update blog ni,sibuk ke sana cni n line yang agak slow 
menyukarkan aku untuk update blog ni.

klau korang ada baca entri aku yg aku akan ke kuantan hari ahad yg lpas.

tak tau nak citer mcm mana,kadang2 bila baca balik macam tulis karangan 
je entri2 aku yg lpas2.

ok..

aku pergi dengan dua buah kereta,bersama suami n keluarga aku.
kami bertolak dari umah dalam pukul 5.30 petang hari khamis..

disebabkan tempat aku ni berdekatan dengan terengganu,kami decide pergi ke kuantan melalui jalan 
terengganu.dari umah aku ke terengganu hanya mengambil masa 3jam je melalui
jalan kuala berang-tasik kenyir.

kalau korang nak tahu,ada jalan altenatif gua musang-tasik kenyir
yg hanya mengambil masa 3 jam untuk sampai ke terengganu.
kalau korang dari kl,sampai di gua musang korang kena belok kanan 
dan terus ke jalan gua musang-kuala krai sampailah
korang nampak signboard tasik kenyir,terus korang belok kanan.

tapi kalau korang nak p terengganu ikut jalan ni korang kena elakkan memandu jalan ni
pada waktu malam.sebab jalan ni belum dibuka sepenuhnya
pada orang ramai dan masih ada jalan2 yg belum dibaiki lagi.

dari terengganu kami terus ke kuantan sampailah ke kemaman.

kami sampai ke kemaman terengganu dalam pukul 1pagi.4 jam dari terengganu ke kemaman.
sampai ke bukit goh~klau tak silap bukit goh ni masih dalam kawasan kemaman.
kami berenti kat pam minyak

dan syukur alhamdulillah,kami bertemu dengan seorang pak cik ni dan dia ada rumah tumpangan.
kami pun terus decide untuk bermalam kat Felda Neram 1 sebab hanya tu je yg dekat dengan bukit goh.
mak n abang aku kena kursus ni bulit goh.so,memang kena awal la sampai kat sana 
ok,sambungannya lusa k sebab esok aku ke terengganu.shopping raya!nt bulan puasa letih nak shopping!

bye2...


Monday, July 25, 2011

bila malas menguasai diri!~

assalamualaikum....

selamat pagi semua....
sejuk gler ku rasa pagi ini,oh!

hari ni terasa malas untuk buat apa2 walaupun untuk mengupdate blog
tetap malas.

nati ble aku rajin cket aku update lagi k?

babai...

Sunday, July 24, 2011

pesta air

assalamualaikum....


terlambat entry hari ni sebab aku terlalu bz hari ni.
maklumlah hujung bulan ni kan...

ok,x nak citer pasal keje dah,aku nak cite kat korang macam tajuk aku kat atas tu

tajuk cite aku ni pesta air.pesta air~sila ulang sekali lagi yea!
yes,pandai..pesta air.

kalau sebut pesta air apa yg korang akan fikir?
mesti dalam fikiran korang macam monsoon cup ke,sunway lagoon ke,bukit gambang waterworld ke..

mesti tu biasanya yang akan terlintas dalam fikiran korang kan?
tapi....

bukan tu yang aku nak cite kat sini..
aku yang citer kat korang pasal mandi sungai!
mandi sungai??
yes!!mandi sungai..

2 hari kat kampung aku ni tak de air.
kat sungai di kawasan aku semua dipenuhi dengan masyarakat setempat.

dah macam pesta tau...
dan hari ini baru air ada...

susah jugak tau tak de air,nak ke tandas,membasuh,memasak..
semua perlu air.
dah memang itu 1 keperluan kan?

oklah,pasal trip aku ke kuantan tu nanti aku cite lain kali k?
nati ada masa aku buat entry panjang2.

ok,babai..


Thursday, July 21, 2011

spontaneous thursday~~jom ke kuantan~~

assalamualaikum...


korang sihat tak hari ni?kat tempat korang panas tak hari ni?
kat tempat aku ni panas sangat..

korang,hari ni aku akan bertolak ke kuantan petang nanti.
harap2 semuanya berjalan dengan lancar,mudah-mudahan kami dapat 
tempat yang selesa untuk menginap dengan kemudahan
yang banyak.

ingat nak ke teluk cempedak tapi tak tau lah kalau2 tak ada tempat penginapan 
di kawasan teluk cempedak tu,mungkin kami akan 
cari tempat di cherating atau yang berdekatan dengan kawasan
teluk cempedak.


maknanya sampai hari ahad nanti tak de entri kat blog ni.
sebab aku tinggal laptop kat umah.
insyallah klau line internet aku ok,laju...
dan naik signal GPRS,
aku akan upload gambar2 kat sana k?
ok,babai...



Friday, July 15, 2011

spontaneous friday~ada ke???

assalamualaikum...

tips mengurangkan perut buncit

kurangkan minum ais...cubalah klau tak caye.

Ben ASHAARI dan SEKOLAH

assalamualaikum....


nak join klik sini ok!
aku sorang pengawas dan selalu ponteng pehimpunan pagi dengan alasan bertugas!!!
hahaha :)

takzirah jumaat~saat bergelar isteri & ibu~

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang… sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya…


Thursday, July 14, 2011

dia baik,kte baik tak?

assalamualaikum....

meh2 baca,aku nak kongsi satu artikel dengan korang semua.


Bismillahirrahmanirrahim.....
Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”
Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.
Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.
Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.
Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.
Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.
Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.
Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!
Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.
Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.
Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.
Wallahualam.....

Monday, July 11, 2011

alhamdulillah...

assalamualaikum....

dah lama aku tak update entri,2 3 hari tak de line celcom bermakna aku tak dapat online.
rindu sesangat untuk menjengah blog korang semua.
lepas tue aku balik kampung.

dah lama tak balik kampung
semuanya makin canggih.kat kampung aku sekarang tanam padi pun menggunakan mesin dah.
x de lagi perlu menggunakan tenaga manusia macam dulu.
asal ada duit je semua jadi.tengok sekarang,tarif elektrik dah naik,terapi bijik mata pun dah naik!
nak tolong astro punya pasal.

itulah,~asal ada duet je semua jadi~
ingat senang ke nak dapat duet sekarang kalau tak usaha lebih?
macam aku,buat itu buat ini..
tak lain tak bukan hanya untuk mencari sesuap nasi~ayat~
bukan senang nak hidup senang
dan bukan susah nak jadi susah.

apapun aku bersyukur dengan rezeki yang allah berikan pada kami suami isteri.
walaupun ada pasang surutnya tapi kami tetap bersyukur.
susah senang kami sama2 lalui bersama.
aku sendiri tak benarkan suami aku meminjam.
kadang2 hidup ni kita kena belajar jugak untuk susah.
jangan terlalu leka dengan kemewahan.
susah tue lebih mengajar kita menghargai apa yg kita ada.

berbelanja boleh tapi biar ada simpanan.
aku sendiri tak penah halang atau marah suami aku berbelanja sebab aku tau dia bekerja keras.
hanya untuk aku dan dia.
yang aku marah bila dia menghabiskan gajinya tanpa sedikit simpanan.

apapun kami bersyukur dengan rezeki kami
setelah apa yg aku lalui,dengan kata2 yg kurang  enak,dengan dugaan yg benar2 mengajar aku erti sabar dan sebuah kehilangan buat aku lebih menghargai masa2 aku dengan suami.
itulah ujian allah...pasti akan ada manisnya.



~maaf klau entri ni entri merepek,hehehe~



Tuesday, July 5, 2011

petua mengempiskan perut buncit

assalamualaikum....

2,3 hari ni aku asyik makan malam je,klau dulu jarang2 je aku makan malam
sebab keluarga aku keturunan besar2.
hanya aku je yg kurus cket dlm keluarga aku
~bangga jap:)
he..he..he.
tapi sekarang klau masuk dapur je mesti teringin nak makan.
padahal dah makan tengah hari tuh!
nafsu..nafsu.

so....
aku nak kongsikan dengan korang tips untuk mengempiskan perut buncit!

1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
  • Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
  • Tumbuk kesemua sehingga lumat.
  • Perahkan air Limau Nipis.
  • Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Credits : http://meniti-hari.blogspot.com/2009/03/petua-untuk-kuruskan-badan-dan.html

Monday, July 4, 2011

pengenalan kepada migrain

 assalamualaikum korang....

haa,petang2 ni aku cuba curik2 masa jap sebelum hubby aku balik keje.semata2 nak update pasal migrain ni.aku dapat idea untuk publish info pasal migrain ni pun sebab 
ayah mertua aku ada migrain.sekurang2nya aku pun dapat info pasal penyakit yg selalu jugak menyerang mertua aku tu.

meh baca info yg aku dapat ni..


Pengenalan : Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.


Punca : Migraine merupakan sakit kepala yang berulang-ulang disebabkan oleh sesuatu sebab.

Trigger factor (faktor penyebab) migraine berkemungkinan faktor hormon seperti ketika datang haid, mengamalkan pil perancang, faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising, faktor stress seperti kurang tidur, tension, banyak memikir dll., 
 




faktor pemakanan seperti makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa/perasa/pengawet/pewarna tiruan (ajinomoto, maggi mee), makanan mempunyai xanthine (cokelat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik untuk individu (pulut, mee kuning, durian, buah pala) dll. 
 


Untuk mengelakkan migraine, faktor penyebab perlulah dikenalpasti dan dielakkan.
Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca sakit kepala selain dari di atas.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit : Migraine juga ialah sejenis penyakit keturunan. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yg lebih tinggi daripada lelaki.







Friday, July 1, 2011

punca keguguran & pencegahan

assalamualaikum....

hari ni kte kongsi cket2 info pasal keguguran.
dah lama sebenarnya aku duk google tp hari ni baru sempat nak publish.

Sebab-sebab keguguran
  • Kelainan gen/kromosom. Sekitar 60-70% keguguran terjadi karena kromosom sperma tidak sesuai dengan kromosom telur sehingga janin tidak berkembang atau berkembang tidak normal. Keguguran adalah cara tubuh untuk mengakhiri kehamilan yang tidak sempurna tersebut.
  • Kelainan dan infeksi kandungan. Embrio janin perlu tempat yang sesuai agar dapat berkembang. Kelainan bentuk atau infeksi pada kandungan dapat menyebabkan keguguran karena embrio gagal melekat.
  • Imunitas. Sel darah ibu dapat membentuk antibodi yang mencegah perkembangan plasenta secara normal.
  • Pembukaan leher rahim. Pada usia kehamilan yang lebih lanjut, pembukaan leher rahim yang terlalu cepat (sebelum masa persalinan) dapat menyebabkan keguguran.
  • Penggumpalan darah (blood clotting). Beberapa wanita hamil mengalami kelainan trombosis (penggumpalan darah) yang menghalangi pembentukan pembuluh darah plasenta.
  • Penyebab lainnya. Kelainan hormon, diabetes yang tidak terkontrol, kebiasaan merokok, minuman beralkohol dan berbagai parasit juga dapat menyebabkan keguguran.
:-moga2 pisang tidak berbuah 2x.

awas...Dia datang!!!

Pengenalan : Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.



Punca : Migraine merupakan sakit kepala yang berulang-ulang disebabkan oleh sesuatu sebab.




 
Trigger factor (faktor penyebab) migraine berkemungkinan faktor hormon seperti ketika datang haid, mengamalkan pil perancang, faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising, faktor stress seperti kurang tidur, tension, banyak memikir dll.,


faktor pemakanan seperti makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa/perasa/pengawet/pewarna tiruan (ajinomoto, maggi mee), makanan mempunyai xanthine (cokelat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik untuk individu (pulut, mee kuning, durian, buah pala) dll.


Untuk mengelakkan migraine, faktor penyebab perlulah dikenalpasti dan dielakkan.
Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca sakit kepala selain dari di atas.

 
Jenis-jenis atau Punca Penyakit : Migraine juga ialah sejenis penyakit keturunan. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yg lebih tinggi daripada lelaki.



aku buat entry ni sebab semalam mertua aku sakit kepala.suami aku pun bawak p klinik..
yelah,x kan nak duk diam je ble mertua sakit kan?
sme2 kita mendapat pengetahuan pasal penyakit ni.
mencegah lebih baik dari mengubati.



korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...