selamat petang semua,panas kan cuaca hari ni...klau hujan pun hanya sekadar melembabkan permukaan bumi.yelah,cuaca tersangatlah panas sekarang,kadang2 masa nak tido tu aku sempat lagi mandi tau.panas sangat.yelah...aku bukan tido dalam air cond pn.rumah orang kampung mana ada air cond ni beb...tp i like it!!!
ok,korang perasan tak?sekarang ni tengah hangat produk virgin coconut oil atau juga dipanggil minyak kelapa dara.setahu aku,minyak kelapa dara ni adalah berasal dari buah kelapa yang pertama kali keluar...maknanya pokok kelapa yang pertama kali berbuah.orang cakap buah sulung...aku pun tak tahu betul ke tak,2 yang aku cuma dengar2 jelah.
mai baca lebih lanjut....
Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.
Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:
- meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
- meningkat kadar metabolisma badan
- anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
- anti oxida semulajadi
- meningkat fungsi kelenjar tairoid
- melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
- tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
- meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
- berupaya menurunkan berat badan
- meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
- membekal sumber tenaga dengan cepat
- melembab dan melembutkan kulit
- mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
- mengurangkan kesan keracunan makanan
- membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
- menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
- mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
- mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
- mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
- mengurangkan risiko dan kesan demam
- mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
- mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
- mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
- mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
ok,nanti aku sambung lagi bab minyak kelapa dara ni ok?bye...
salam...
No comments:
Post a Comment