assalamualaikum...
selamat malam semua...
korang mesti dah tahu kan?hari ni hari ibu...adakah aku yang terlewat untuk buat entry pasal hari ibu ni?hehehe:P
pasti,aku yang terlewat mengupdate tentang hari ibu..
meh pakat2 ucapkan selamat hari ibu kat ibu korang,juga bakal2 ibu..
selamat hari ibu...
ibu mengandungkan kita selama 9bulan 10hari adalah saat yang paling indah dan gembira,dengan bakal zuriat yang sentiasa dibawa ke mana sahaja ibu pergi.
setiap saat ibu pasti akan membelai kita dan saat tu jua kita akan menendang2 perut ibu.
indah kan?
saat ibu melahirkan kita,ibu bertarung nyawa semata2 untuk melahirkan kita,membantu kita melihat dunia.kita dijaga bagai minyak yang penuh,dibelai dengan penuh kasih sayang.memakaikan kita dengan pakaian yang cantik2 supaya anak ibu menjadi puteri@putera yang tercantik dan segak sekali.
bila besar,ibu hantarkan kita ke sekolah supaya kita jadi anak yang cerdik pandai,yang menjadi kebangaan semua,yang disanjung hebat.saat itu adalah pembalasan yang paling tinggi buat ibu.ibu hantarkan kita mengaji al-quran supaya kita tidak lalai dalam dunia ni..kita tidak terpesong dan tergoda dengan tipu muslihat syaitan.
untuk semua yang berada dekat dengan ibu korang,peluklah ibu korang...aku pasti saat tue korang akan nanges!marilah kita sama2 doakan untuk kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat..
Bismillah hirrahman nirrahim
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”
No comments:
Post a Comment