menanti zuriat part II
sambungan dari entry ini saat saya bermuhasabah diri,saya mula sedar anak itu adalah rezeki dari Allah.hanya Dia yg mampu memberikan rezeki tersebut pada saya.saya hanya mampu berusaha dan mencari jalan ikhtiar sebagai satu usaha.tidak guna saya menyelahkan suami atas apa yg berlaku kerana ia adalah takdir untuk saya dan suami.
pasti ujian yg diberi adalah untuk menghapuskan dosa-dosa saya dan suami.dan berkenaan doa saya-Allah tidak memberi pekerjaan pada saya kerana dia ingin menganugerahkan 'sesuatu' buat saya.-Allah menarik balik rezeki yg diberikan adlah juga untuk menganugerahkan'sesuatu' buat saya.
anugerah itu adalah suami saya yg telah berubah 90%.alhamdulillah,semenjak saya keguguran suami lebih memberi perhatiandan punya kesabaran dalam dirinya.
apa yg saya harapkan,moga-moga tahun 2012 yg akan datangsaya dimurahkan rezeki untuk mengandung,melahirkan dan melihat anak saya membesar di depan mata saya sendiri.Insya Allah.
4 comments:
Cheq sue, jangan terlalu berharap. Memang sangat setuju. Saya dah dua bulan berharap akan conceive tapi masih belum ada rezeki. Kalau dari mula memang susah nak lekat, mungkin sy tak terasa sangat. Tapi lepas keguguran, dan tengok kawan2 yg sama2 pregnant dulu perut dah besar, sy rasa sangat sedih. Suami sy selalu pesan, kalau dah redha jangan sedih. tapi kita ni perempuan, naluri nk jd seorang ibu tu sentiasa ada. Saya cuba tak nak terlalu fikirkan sangat tapi agak susah. Sy doakan kita berdua dapat rasa nikmat mengandung tahun depan. Insyaallah. Amin..:)
btol tu asz,klau kte berharap pn nanti kte jgk yg kecewa.sape x nk melalui pengalaman menjadi sorang ibu tp tulh,blm rezeki nk bt cmne kan.
salam sue...chinta balas kunjungan kat cni...erima kasih sudi bagi kemen yang membina untuk chinta..chinta hargai sgt2 tau...pasni kita ley saling memberi semnagat la..su lupa nak ty nape chinta ley nak follow awk..;)2 3 kali gak sy cubatapi x dapat gak
semoga beroleh rezeki yang melimpah pada tahun 2012 ini. smga che sue cpt dapat baby :) amin.
Post a Comment