Followers

Tuesday, August 28, 2012

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin






alhamdulillah........
inilah doa saya selepas solat dan solat terawih.
agar Allah memberi saya peluang untuk menjadi seorang ibu dan menguatkan rahim saya
untuk menampung bayi saya.

 hampir dekat dengan tarikh period sy,sy berharap yg bulan puasa tahun ni,
puasa saya akan penuh dan sempat solat sunat aidilfitri.
dan alhamdulillah,Allah makbulkan jugak doa saya untuk solat sunat aidilfitri.

masa tu tak perasan lagi yg saya mengandung,teruskan aktiviti raya.
beraya ke rumah sedara mara..
bila sedara mara tnya,saya akan jawab yg saya bru keguguran 2 bln lepas.
memang tak sangka rezeki saya kali ini,secepat ini.
tak terluah dengan kata2 saat sy tgk result upt..

bila tgk result positif terus saya pergi beli ubat kuatkan rahim di farmasi.
tapi ahli farmasi tu cuma bagi obimin..
setau saya,obimin hnya vitamin yg mcm acid folic.cuma bezanya obimin 
lebih banyak vitamin dan mineral je kn?
acid folic plak untuk org yg bru 2-3 bln mengandung kn?
klau tak silap saya la sebab saya pun masih belum arif bab-bab macam ni.

belum lepas 3 bulan dah gugur,pengalaman tu tak de.
tapi kesan makan obimin,saya jadi segar..tak letih dan pening2 dan mual hilang.
cuma saya masih tak buat kerja-kerja berat.kemas umah pun ala kadar je..
cuma badan makin kembang sebab asyik lapar je.
tak kisah la gemuk pun,aslkan kali ini saya berpeluang memegang dan memeluk
anak saya sendiri..:)


3 comments:

cendawanpink said...

alhamdulillah..
^___^
semoga sume selamat smpai dilahirkan..
hope dpt kembar..hehee.. :D

Aida said...

tahniah!..
xtahu pulak dah mengandung balik...
:)

Asz Miza said...

Syukurrr..syukur Alhamdulillah. :) Allah makbulkan doa Cheq Sue siang dan malam. :) Jaga diri baik2 ye. Insyaallah semua akan selamat. Aminnn. :D

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...