Followers

Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

bila azan berkumandang~makan dan makan.

hye semua..
entry kedua hari ni,hehehehe...

tbe2 datang mood rajin untuk update,so jangan bemalas-malasan lagi!

cuba perhatikan sekeliling korang atau ahli keluarga korang sendiri ke...

jiran-jiran korang ke ataupun kawan-kawan korang sendiri..

pasti ada yang cakap"bulan pose ni boleh la amik kesempatan untuk berDIET"

sebab siang hari kan kita berpuasa,tak leh makan macam biasa.

aku sendiri pun dulu-dulu ada jugak niat untuk berdiet pada bulan puasa tapi hanya tinggal angan-angan.

korang nak tau sebab apa?

sebab keluarga aku semua memang berselera bila berbuka.

abah aku,wajib ada kuih-muih masa berbuka.tak sah kalau abah aku tak makan kuih-muih dulu sebelum makan nasi.

disebabkan wajib ada kuih-muih jadi memang wajib kitaorang buat sendiri.

kalau beli memang tak cukup.

lagipun kiuh onde-onde ataupun puteri berendam tu senang je.

lepas tu baru makan nasi.makan nasi plak,kalau ada lauk yang feveret wajib aku menambah nasi.

sama macam suami aku jugak.

sebab tulah aku akan mula berdiet lepas raya...

sampailah awal tahun..dan klau diet aku tu penuh disiplin berat aku akan turun dalam 5-6 kg.

ok lah tu sebab berat aku mudah naik dan mudah turun.

lebih2 lagi masa awal-awal kandungan dulu,walaupun aku makan tak banyak tapi berat naik 6kg.isk2..

kalau dulu berat aku ideal tapi sekarang dah hampir-hampir obes.

memang dah patut ler berdiet kan...bahaya dah tu ble masuk tahap obes.

oklah,see again ya!

bye...

raya dah dekat weyyy.....

assalamualaikum....

hari ni tbe2 mood datang untuk tulis entri ni sebab biasanya masa ni aku sibuk dok buat biskut raya ataupun

dok menjahit manik yang belum siap lagi tu.

manik dekat baju tu aku cuma perlu tambah cket2 je lagi cme manik kat tudung tu yang aku belum jahit lagi.

tapi x pe sebab manik kat tudung aku nak buat simple je...sebenarnya aku dah beli tudung siap,yang siap ada

batu permata tu semua tapi sebab nak lagi lawa aku tambah 3 kumtum manik berbentuk bunga..

sesaje je tapi x delah sampai tudung tu akan nampak serabut nanti...

tahun ni aku buat 6 jenis biskut je...tapi masih dalam kuantiti agak banyak.biasanya hanya aku dan kakak aku

je yang buat biskut ni sebab bila malam raya mak aku akan buat kek.

dan juadah wajib di pagi raya adalah ketupat daun palas,tape dan nasi beriani dgn ayam masak kurma.

kalau korang nak tau tape tu adalah beras pulut yang dikukus dan dimasukkan ragi.lepas tu dibungkus dengan daun pokok getah ataupun daun pisang dan dibiarkan sehingga masak(manis)

biasanya orang kelantan memang tau makanan ni,tapi tak taulah dorang panggil apa.

oklah,masih nak siapkan manik2 tu semua.

Sunday, August 21, 2011

mood raya

assalamualaikum....

dah lama rasanya tak buat entry kat blog ni..

kebetulan kte raya hujung bulan dan awal2 lagi aku perlu selesaikan 


mana2 kerja aku yang belum diselesaikan ditambah dengan kesibukan orang untuk membeli.

maklum lah sejak bulan puasa ni aku hanya memberi tumpuan pada kedai aku je.

bisnes yang lain aku dah stop sebab kerja2 lain tu memerlukan aku sentiasa ke sana ke mari.

bila bulan puasa ni letih jugak lebih2 lagi bila aku sorang je yang terpaksa handle semua kerja ni.

persiapan raya korang macam mana?aku belum sempat pun lagi buat biskut raya 

sebab manik yang aku jahit di baju raya aku belum siap lagi.

aku hanya ada masa menjahit manik tu semua pagi je,tu pun kejap.

sebab tengah  hari orang dah ramai,petang aku masak dan malam kalau aku tak ke terawih 

adalah sedikit masa untuk jahit manik.

ingatnya kalau tak sempat siap jugak hari ni,terpaksa la mejahit manik selepas bersahur.

tahun ni memang tak beli baju yang ready made punya sebab corak dan jenis kain sama je macam tahun lepas.

nak beli kebaya,badan ni tak sesuai pkai baju kebaya pendek tu.orang tinggi lebih sesuai pakai 

kebaya yang labuh tau!

oklah korang,aku nak teruskan menjahit kejap.entry2 mungkin akan kurang sampailah ke hari raya nanti ok!

terima kasih pada korang semua yang sudi singgah blog aku dan menjadi follower blog aku walaupun tak de entri2 terbaru.
bye,see again ya!

Wednesday, August 17, 2011

ujian dan kesabaran

begitu banyak yang tersirat di dalam kepala,terasa berat bahu yang memikul..terasa begitu lemah untuk berdiri dengan sendiri.begitu sukar untuk menyusun ayat,meluahkan kata-kata yang tersirat hingga menyebabkan aku biarkan ia terus bermain di minda.



Ujian adalah sunatullah dan bentuknya adalah pelbagai. Ujian berlalu bersama orang beriman tanpa di sedari dan tanpa dia duga sebelumnya. Yang harus dilakukan oleh orang yang beriman ialah bersabar dan redha dengan apa yang ditakdirkan Allah swt.

Firman Allah swt,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan, "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
- (Al Ankabut:2-3)

Allah swt berfirman:

"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekuranganharta, jiwa da buah-buahna. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-oarang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilahi raji'un"(SEsungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali). Mereka itulah ynag mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

-( Al Baqarah: 155-157)

Allah swt menguji para hambanya kerana empat faktor:

1. Ketinggian darjat di dyunia dan di akhirat.
Mereka ini diuji pada permulaan jalan. Jika mereka sabar dan mengharap pahala dari Allah swt , maka Allah meninggikandarjat mereka untukselamanya.

2. Pembinaan dan pendidikan.
Allah hendak mendidik hati dengan ujian dariNya, sehingga dia benar-benar ikhlas dan jujur denganNya.

3. Pernyataan penghmbaan yang sebenar.

Untuk menetukan seorang hamba itu benar-benar yang taat dengan bukti-bukti yang kukuh bukan sekadar pengakuan yang lemah.

4.Pahala dan ganjaran di sisi Allah swt,
Seorang yang sabar dan berharap dengan Allah akan sentiasa diberikan pahala dan mendapat kemenangan di sisi Allah swt.

Sabda Rasulullah saw, "Jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu mendpatiNya di hadapanmu (dengan pertolongannya), Kenallah Allah dalam kesenangan, pasti Dia akan mengaenalmu dalam kesusahan". Selanjutnya Rasulullah saw bersabda, "Ketahuilah bahawa kemenangan ada bersama kesabaran".

-( At Tirmizi)

Firman Allah swt, "..........sesungguhnya hanya orang ynag bersabarlah yang dcukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-zumar : 10)

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa yang dapat meringankan cubaan dan musiabah ialah beriman dengan takdir. Sesiapa yang belum beriman kepada takdir, maka Allah tidak akan menerima setiap perbuatan,keadilan, tindakan, kalimah dan tiada juga zakatnya dan justeru
dia akan mendapatkan azab ynag sangat pedih

sumber:SINI

peristiwa nuzul al-quran

assalamualaikum semua...
selamat pagi dan selamat berpuasa...
sempena hari nuzul al-quran ni,aku nak kongsikan peristiwa pada hari turunnya al-quran yg menjadi panduan pada kita semua hari ni...


Adalah menjadi kebiasaan umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan perayaan ulang tahun atau sambutan memperingati Nuzul Al-Quran.


Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Peristiwa ini menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Bagaiman Al Quran itu diturunkan?

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

1. Dikatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

2. pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:


1. Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dala, kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan: "Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku". ( As-Syura: 51)


2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.


3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: " Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".


4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : "Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".

Tuesday, August 16, 2011

senarai kopi yang mengandungi racun

1. Cafe Abang Yes
2. Candi Gold
3. Candi 193
4. Extend Up energy Drink
5. Extremen,
6. Extrewoman
7. Goji Guarana
8. Goji Guarana Extra
9. Goji More
10. Goji Yumberrry
11. Guara Cafe
12. HBW Ice Lemon Tea
13. Hotton Vitality Candy
14. Ie2 O
15. King Cappucino
16. Knight Cofee
17. Kolek Cafe Power Plus
18. Kopi Angguk
19. Kopi Asmara
20. Kopi Bagus AAA
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
22. Kopi Pahlawan
23. Kopi Super Angguk
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
25. Maca Max
26. Macagin Ginseng Candy
27. Mentalk Candy
28. Nexus MXP
29. Night Cafe
30. Red Energizer Candy For Men
31. Royal Beverage Maqrifatun
32. Sasanergy Drink
33. Trica Jus Tri-Max
34. True SR
35. Vigor Candy
36. Vitca-F
37. Vitca-M
38. Winnie Beauty V1
39. XKL Sky Fruit Juice Premix

Friday, August 12, 2011

tak setanding,tak sepadan

assalamualaikum....

petang tadi sempat ke bazar ramadhan sebab pergi bandar jap tadi.

kebetulan suami balik awal dan aku pun memang nak pergi

beli manik dan labuci cket untuk dijahit di baju raya.

sebab baju raya memang mak yang jahit,bila dah siap bolaeh la jahit manik plak.

lagipun lagi 2 minggu lebih kita akan raya.

so,memang banyak keje yang perlu dibuat.lebih2 lagi hanya aku dan akak aku je yang siapkan 
kerja2 yang berkaitan dengan persiapan raya.

sebenarnya aku nak citer pasal bazar ramadhan tadi.

kalau tahun lepas,masih ada kuih yang 4 singgit.duit 1 ringgit tu masih laku

tapi sekarang...

masih laku tapi kuantiti dah tak macam dulu.

puding caramel dah 2 ringgit sepotong.agar2 dah 2 ketul singgit.

kalau dulu agar2 ni 4 ketul singgit tapi sekarang dah 2 ketul.

klau sedap boleh tahan tapi klau dekorasi je yang lawa tapi rasa hampeh rasa tak berbaloi plak beli.

klau dulu masuk 7eleven bawak duit 10 ringgit rasa dah cukup tapi sekarang tak berani nak masuk 7eleven dengan bawak duit 10 ringgit.mesti tak cukup punya walaupun hanya beli sebotol air 
dan 2,3 jenis makanan segera.

kalau sekarang bila dah guna duit 50 ringgit,kejap je dah abes.
kadang2 tak tau beli apa tengok2 dah abis duit 50 yang dah diguna tadi.

aku bukan dari keluarga kaya,handbag atau kasut paling mahal yang penah aku beli 
bawah dari 70 ringgit.

sebab aku bukan duduk dikawasan dimana ada shopping complex,ada kedai ayng jual barang mahal2 macam yang ada dalam shopping complex tu.

kawasan aku hanya ada pasaraya je,klau ada beg yang jenama pun hanyalah jenama swiss polo 
ataupun gavy.

kalau kebetulan aku pergi ke bandar besar dan ada promosi baru aku akan 

beli.itupun yang bawah dari 70.kalau pakaian,alat solek ataupun tudung ada jugak yg mencecah 100 ringgit.
tapi bergantung pada keadaan jugak.

kalau ada benda yang lagi penting memang aku tak beli.
nak kata aku berjimat,aku suka membeli sampaikan mak aku cakap ikutkan hati aku,satu shopping complex nak borong.

entahlah tapi mahal ke murah ke,yang pasti aku tak penah meminta atau menumpang kesenangan orang lain.
kalau orang lain menumpang atau meminta-minta dengan aku adalah.
oklah,maaf kalau entry ni entry merapu.nanti baca lagi entry aku yang akan datang k!

bye.

Thursday, August 11, 2011

beraya tahun ni berdua weyyy...

assalamualaikum...

orang lain dah sibuk dok buat persiapan raya,ada yang dah beli baju raya,

ada yang belum ambik lagi baju kat tailor,

ada yang dok pening nak pilih mekap untuk raya,

beg,kasut..semua nak yang baru maknanya duit jugak ada yang baru.

korang yang berkerja kan nak dapat bonus.

aku je yang terkebil2 tunggu suami bagi duit untuk raya,ahahaha..

aku cme tinggal nak buat biskut dan kek je untuk raya ni.

malam nanti nak settlekan persiapan untuk suami plak.

tinggal baju melayu je yang belum beli lagi

aku hanya beraya sederhana je sebab aku ada urusan yang agak penting

jugak sebelum raya dan raya nanti tak dapat bercuti panjang

sebab aku ada kerja baru selepas raya nanti.

tapi kuih raya aku akan buat 10hari sebelum raya sebab klau buat awal2

nanti tak sedap plak rasa simpan dalam tupperware lama2.

tak pun abis satu-satu dipungah anak sedara aku tu.

bukan setakat anak sedara je,pak sedaranya pun sama naik.


sebelum tu aku nak menjahit manik di baju raya aku tu nanti.

seperti biasa,tiap2 tahun memang aku akan jahit manik ataupun pearl kat baju raya aku.

tapi kalau nal lebih senang dan cepat,jahit pearl lagi mudah dari manik yg halus tu.

memang agak melenguhkan tenguk jugak la...

nanti aku upload manik2 yang aku dah siap jahit nanti ok.

see again ya

bye.


Tuesday, August 9, 2011

dugaan di bulan puasa

assalamualaikum...


selamat berpuasa pada hari yang ke-9 semua..
kejap je kan?dah seminggu lebih kita berpuasa..
dah seminggu lebih tapi aku belum sempat pun ke terawih macam dulu.

minggu pertama berpuasa,aku uzur..
tak dapat nak pegi..
semalam suami ada keje,aku pun turut sama tak pegi.
takut jugak nak pegi sorang2 walaupun jarak umah dengan masjid tu dekat.
nak ajak mak,mak sendiri pun masih dalam keuzuran.

hari ni,aku pulak selesema..x sedap badan.
masa bangun sahur tadi pun dah rasa pening tapi sebab terpaksa bangun jugak sebab
nak sediakan makanan untuk suami.
terpaksa makan berdua ngn suami je..sebab kakak dan mak aku sama2 uzur.

memang tak best kalau time bersahur@berbuka hanya dua orang.lamgsung tak best!
sebab tu aku lebih selesa duduk ngn keluarga aku sendiri
sebab kadang2 bila aku terlupa tentang tanggungjawab aku pada suami.
mak aku akan ingatkan aku.

syukur alhamdulillah,tanggunggjawab aku pada suami masih lagi sempurna.

Monday, August 8, 2011

asyik2 nak tunjuk makanan jew!



assalamualaikum.....


bulan2 puasa ni asyik nak tunjuk makanan jew kat korang kan?hehehe:)

korang janhan marah plak ek?sebenarnya nak tunjuk cup cake ni sebab payah sangat nak jumpa kat kawasan aku ni.

nak buat,erm...nampaknya kena abiskan masa 3 jam dulu br boleh buat cup cake ni sebab aku bukanlah tinggal di bandar2 besar.

setakat tinggal di kampung apalah sangat yang ada,sob..sob.[sedeyy]



teringin nak rasa macam mana rasanya cup cake ni tapi nampak gayanya haruslah pandang menembusi cup cake untuk merasa bagaimana rasanya cup cake ini.







dugaan berblogging @ dugaan berpuasa

assalamualaikum.....

selamat berpuasa pada hari yang ke-8 semua.

kejap je rasa kan?tup tup dah seminggu...

3minggu lagi kita menyambut hari raya aidilfitri lak!~erk,awal sangat ke nak cakap pasal raya2 nih??

rasanya dah tak terlalu awal untuk bercakap tentang hari raya tp entry ni bukan entry hari raya ok!masih entry dan perihal bulan puasa.

oh...adakah ini dugaan berpuasa atau dugaan berblogging.


aku nak buat satu entri pun susah,korang nak tau kenapa?sebab bila aku siap buat enrty and nak publish,tbe2 keluar tulisan merah RALAT BERLAKU KETIKA MENYIMPAN.

apakah yang terjadi ini?oh....tbe2 semangat unntuk buat entry hilang!

ni yang tak ske.tak ske...


hari tu masalah untuk upload gambar disebabkan line broadband yang memang slow tp sekarang masalah apa plak tak taulah.nampak gaya kena berhenti berblogging dah*mungkinkah*

p/s:mood tak tau nak cakap apa.

Ramadhan Giveaway

assalamualaikum....


1st time join giveaway..giveaway sempena ramadhan...
kalau korang nak join klik sini

tarikh tutup :20 ramadhan maknanya 20/8/2011

dan hadiah-hadiahnya:

Tempat Pertama : Rm 100
Tempat Kedua  : Rm 80
Tempat Ketiga : Rm 50
Tempat Keempat : Rm 30
Tempat Kelima : Rm20


agak lumayan kan?boleh la beri duit raya pada kanak-kanak ribena yg datang beraya kat umah nanti :D

Saturday, August 6, 2011

dessert berbuka puasa...ke-5

tiap2 hari mesti wajib ada kuih muih masa berbuka puasa.

seseolah makanan yang wajib ada bila berbuka.
ok,untuk petang ni nak buat kuih ni.
sedapp tau...
















korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...