Followers

Thursday, March 31, 2011

ulasan surah yusof ayat 4.

assalamualaikum..
hari ni aku terjumpa satu ulasan@penerangan surah yusof.
klau korang ada ikut blog aku sejak awal lagi mesti korang tau aku ada masukkan surah yusof sebagai ayat pengasih atau doa untuk dikasihi.
tp yg aku jumpa ni ulasan sebab ia mengandungi panduan untuk sesape yg ingin mengamalkannya.ni aku jumpa dalam senbang2 melayu





Menurut ilmu hikmah ayat 4 Surah Yusuf ini adalah ayat pengasih. Apabila diamalkan maka insyaa-Allowh pengamal nya akan dikasihi, disayangi, disenangi bahkan mendatangkan berahi .. bergantung kpd jenis org yg terkesan olehnya. Ianya boleh diamalkan dgn ditujukan khusus kpd seorg individu shj, ianya juga boleh diamalkan dan ditujukan ke atas sekumpulan org dan ianya juga boleh diamalkan dgn ditujukan keatas setiap dan semua org yg melihatnya. Ada cara membacanya yg tersendiri di mana ianya tidak dibaca dr pangkal ayat. Ada cara memperkuatkan pemasangan ayat sebagai pakaian diri pada sebutan-sebutan tertentu. Demikian juga ada cara menujukannya kpd sesiapa yg ditujukan pd sebutan-sebutan tertentu. Ada saat tertentu yg terlebih aula utk memulakan dan mengulangi amalan. Demikian pula ada alat-alat tambahan sebagai pelengkap yg digunakan semasa mengamalkannya. Sebagaimana ubat maka ada cara, ada dosage dan ada masa yg sesuai utk memakannya.

Walau bagaimana pun itu semua adalah kaedah khusus. Secara amnya .. secara yg mudah .. ianya boleh dibaca begitu sahaja dan ditiupkan ke dua telapak tangan dan disapukan ke muka pengamalnya. Boleh juga dibaca dan ditiupkan ke air dlm kolah atau dlm baldi atau dlm kendi sebelum digunakan utk mandi. Kombinasi kedua-dua kaedah yg tersebut juga boleh diamalkan serentak atau berselang-seli. Ulangan membacanya boleh dibuat sebanyak 1 x atau 3 x atau 5 x atau 7 kali menurut keperluan. Wanita yg dalam tempoh haid hendaklah membacanya atas niat do'a dan bukan atas niat membaca Alqur_an.

Apabila telah mengamalkan .. sila peka .. pantau keadaan dgn perihatin .. tentunya anda tidak ingin melihat rumahtangga org kucar kacir akibat suaminya sentiasa teringat-ingat wajah kita .. tentunya Warga MDC tidak ingin mendengar khabar 2 atau 3 org lelaki bermasam muka atau bersengketa hanya kerana kita seorg .. tentunya anda juga tidak ingin sentiasa diekori lelaki yg tidak dikenali dan jika yg mengekori itu adalah jenis lelaki yg kurang Agama maka dia boleh jadi bertindak di luar batasan hukum! Maka jika ada keadaan-keadaan kurang terkawal yg sedemikian .. eloklah berehat .. tinggalkan amalan berkenaan buat sementara.
 


Wednesday, March 30, 2011

bila kasih tak dihargai

assalamualaikum.....
good morning all....pagi ni awal2 lagi aku cek email sebab semalam aku ada terima email dr no yang x dikenali.
aku abaikan je msg 2,yelah dh tengah2 malam tiba2 bunyi msg.
no x dikenali,x de salam n x kenalkan diri,asben aku x bg layan msg 2.
dlm msg 2 ada tulis cenggini
"nt check email,sy x tau nk rujuk kt sape...arap2 awak dpt bantu.thanks"


bila bukak email ada la kawan aku mase skull dulu email,yelh mgkn x nk mengganggu aku malam2.panjang giler email dia tp sedih sangat,macam aku plak yg berada di situasi dia.
ceritanya bila suaminya tak menghargai kasih sayang yg dia berikan pada suaminya.
ntah la,susah sebenarnya nk memahami hati & rahsia org laki ni.asben aku pn kdg2 aku x paham sepenuhnya lagi diri dia tp kesabaran n pengorbanan mungkin boleh membantu.tp berbaloi ke bila segala pengorbanan & kasih sayang x dihargai.

aku diajukan soalan bagaimana lelaki menunjukkan kasih sayangnya pada orang yg dia sayang?
memang hati kita akan sedih dan kecewa bila kasih sayang kita tak dihargai....tapi kita x mampu melawan takdir,kita perlu kuat menghadapi situasi ni.kita x boleh salahkan takdir sebab kita yg memilih untuk hidup bersamanya,kita telah diberi peluang untuk memilih.kita yang memilih lelaki yang ego untuk menzahirkan kasih sayangnya pada kita,sukar untuk memahami lelaki macam ni.klau x jd suami lg mgkn jalan perpisahan lebih baik tp bila dh jd suami n ada anak memang payah la kita nk tinggalkannya.
bukan kita x sayang tp hati kita yg tersiksa.bila hati dh sayang,ia akan bawa penderitaan pada kita.

nasihat aku pada dia,berdoalah pada allah...jangan mudah berputus asa dengan ujian allah.pasti ada hikmah disebalik penderitaan ini.kita tiada tempat untuk mengadu melainkan pada dirinya.mohon diberi kekuatan dan jalan terbaik untuk dirinya.same2 lh kita mendoakan yg terbaik untuk dirinya.



aku ada sumthing untuk dikongsi dengan korang,sehari sebelum aku kahwin...aku ada bagi surat pada suami.

Aku Hanya Wanita Biasa...
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku..Terima kasih kerana telah memilih aku.ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
Kepadamu yang memilihku...
Aku tak sebijak khadijah,aku akan melakukan kesalahan dan begitu menyusahkn mu. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan berhikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang mu..
Duhai kau yang telah memilihku.. Ingatlah, tak selamanya aku nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku sibuk di dapur, menyiapkan makanan untuk kau dan anak2 kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan nampak kotor dan berbau asap. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja.. Atau kau akan menemukanku terhingguk2 saat mendengar masalah dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga ank2 kecil kita dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku...
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku dlm keadaan marah, menangis dan x tkawal,bukan kerana ku membangkang mu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk meluahkn beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukn hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisan. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya,tapi kadang2 aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan mmarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk mereka,dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada ank2  kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku...
Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walaupn kadang2 aku begitu bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau puja puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bcmbah iaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detik,telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku krna aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..


Tuesday, March 29, 2011

kebaikan memeluk isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Thursday, March 24, 2011

resepi sambal kering

salam....
kali ni aku nk kongsikan resepi yg baru je aku jumpa masa tngah bes dk blogwalking...
 sebenarnya lama dh aku cari resepi ni,bukan x reti cara nk buat tp x menjadik yg macam ni.walaupun ia sambal kering tempe tp aku nk tukar jd sambal ikan bilis kering sebab aku x penah makan tempe.lucu kn???


RESEPI IKAN BILIS KERING
BAHAN2NYA:
1.Ikan bilis,cuci n toskan.
2.kacang tanah
3.cili kering  yg dikisar
4.2 ulas bawang putih
5.sedikit air asam jawa
6.garam dan gula

CARA-CARANYA:
1.goreng ikan bilis dan kacang sehingga garing
2.panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bawang putih hingga kekuningan
3.masukkan cili kering yg dikisar dan masukkan air asam jawa
4.tambahkan sedikit gula dan garam.kacau sehingga pecah minyak
5.setelah agak kering sedikit,masukkan ikan bilis dan kacang.
6.sedia untuk dihidangkan,yummy...
 

gugurlah dosa diantara mereka



RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.





Wednesday, March 23, 2011

10 tips untuk memenangi hati lelaki

1. Terima Lelaki Agar Dia Menerima Anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.


2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.


3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.


4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.


5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.


6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.


7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.


8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.


9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.


10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Kerja.....Kerja............Kerja

dah seminggu cik hubby aku x kerja,nk rehat katanya tp bagi aku....cuti pn tetap ada kerja yg dia buat.bukan bercuti untuk bersama keluarga pn!!tp...cuti untuk menyelenggara kebunnya yg dh boleh ditanam ngn anak getah....*mentang2 harga getah melambung2 naik*hehehe...

sebenarnya,dh lama tanah 2 terbiar cm2...mak aku beli mse aku sekolah rendah lagi,lamer giler 2!!!mak aku beli 3 bidang tanah....cukup untuk 3 0rang anak2nya.hehehe....so,sekarang bila kami semua dh kawen...mak aku bg sorang 1.mak aku cakap terserah kt korang nk buat pe ngn tanah ni.so....cik hubby aku pn wt keputusan nk tanam getah...ank pokok getah pn mahal korang tau?x tau pn wt2 tau ek!!

ok,berbalik pd citer lain...sekarang kt kawasan umah aku ramai sangat yg akan bergelar IBU.
Termasuk la kakak ipar aku yg x sedar dia dh berbadan dua.sedar2 dia pergi berurut sebab x sedap badan.alahai...macam2.kt umah mertua aku 2,2 orang pembawak budak taw!!sorang sebulan lebih n sorang lagi dh 4bulan...aku?aku kosong lagi,x de rezeki lagi untuk bergelar ibu...mungkin allah mahu menguji perkahwinan kami atau belum masanya lagi untuk kami sesuai bergelar ibu bapa.

korang doakan aku moga2 cepat dapat baby ek?supaya ia akan lebih menguatkan semangat n memberi kekuatan pada aku untuk bersama hubby aku.

Monday, March 21, 2011

irma hasmie bertudung

entri aku kali ni pendek je....
syukur alhamdulillah,akhirnya pelakon irma hasmie dh bertudung litup...
aku tengok bila irma ni dh bertudung,makin lawa,manis n sweet g2.cayalah!!!
jom tengok pic ni klu x caye aku cakap...












 same2lah mendoakan yg terbaik untuk irma....
 

lagi lagi cerita jimmy

salam......
pagi ni x de sape2 kt umah,mak n hubby p kebun....dengan kebosanan yg melanda aku ambik kesempatan ni tuk baca majalah.yelh,ble hubby dh ada terpacak kt umah ni ne ada masa untuk baca majalah n update blog kesayangan aku nie.walau entrinya x de tarikan pn sekurang2nya aku ada tempat untuk meluahkan perasaan aku yg ntah hape2 ni.




ok,aku nk cerita ckit perkembangan cerita jimmy n suhaila yg lepas..cerita terbaru yg aku dengar..muka jimmy dh x macam dulu,seseolah x terurus.mungkin tekanan yg dia hadapi wt dia mengabaikan dirinya sendiri.tp kata jimmy dia x nk wajah jambu macam dulu,sekarang dia akan bergelar bapa n harus berperwatakan seperti seorang bapa.mungkin perubahan ke arah yg lebih baik tp bagi aku wajah@penampilan x menggambarkan apa2 yg penting hati n niat kita terhadap sesuatu perkara.


khabarnya demi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa,dia sendirian membeli barang2 kelengkapan bayi untuk bakal anaknya.terujanya jimmy untuk jadi seorang bapa...katanya,dia x mahu bakal anaknya lahir tanpa seorang bapa disisi kerana jimmy sendiri telah kehilangan bapa sewaktu umurnya 4 tahun.


dan sekarang,jimmy memohon peminat2nya mendoakan yg terbaik untuk dia n isterinya suhaila kerana dia memang sayangkan suhaila n bakal anaknya itu.
same2 lah kita mendoakan yg terbaik untuk mereka...
















hidup kita sentiasa penuh dengan ujian....cuma yg berbaza adalah cara kita menanganinya.kenali cara kita membebaskan tekanan dalam diri kita,setiap masalah ada penyelesaiannya...sentiasalah mendoakan yg terbaik untuk diri kita.komunikasi yg baik,persefahaman n saling memerlukan akan membuatkan hubungan kita lebih baik,insyaallah...

Saturday, March 19, 2011

jika aku redha dengan takdirnya

salam n hai 2 all reader....
entri aku kali ni bukan untuk menyakitkan hati seseorang,bukan jugak untuk mengaibkan seseorang,n bukan jugak untuk membuka pekung di dada tp lebih kepada untuk berkongsi apa yg aku rasa n aku mahu korang jugak berhati2 memilih dengan siapa kita berkawan n sape orang yg kita sayang.
saat ni dada terasa sebak bila igatkan kisah 2..dh 2 tahun ia berlalu tp aku nk jgk berkongsi..
kisah aku bila x dihargai,mungkin bg korang kisah aku biasa je tp bg aku yg mengalaminya memberi tekanan pd aku.aku menyayanginya n begitu juga dengan si dia...aku tau 2 tp patut ke dia abaikan aku demi orang lain??
aku disampingnya....menyediakan yg terbaik untuk si dia tp ni ke balasan yg harus aku terima atas layanan aku pd dia?aku ditinggalkan,dibiarkan seorang diri sedangkan dia boleh bergembira bersama orang lain...mse 2 hati aku sering tertanya2,siapa aku di hatinya?seseolah dia hanya memperalatkan aku..mse 2 aku hilang semangat n keyakinan untuk bersamanya.bukan aku membencinya tp cuba merawat luka sendirian.si dia?makin mengabaikan aku dengan alasan aku x patut merasa demikian hanya kerana hal yg kecik!!!
saat 2 aku rasakan hidup aku kosong,sepi..air mata menjadi peneman aku tiap saat hanya kerana menyintai dirinya...hati meronta2 mahukan si dia tp si dia ego,ego untuk mengalah hingga hubungan kami menjadi dingin.mase 2 aku tenangkan diri aku dengan bersolat n mengaji,di situ aku temui kedamaian n semangat.pada Allah aku memohon,aku istikharah...macam2 mimpi yg datang tp aku x de kekutan untuk melepaskan dia pergi dr hidup aku.

kawan2 selalu marahkan aku kerana aku lebih menjaga perasaan orang lain berbanding diri sendiri,sungguh....aku paling takut insan2 yg aku sayang terluka dengan keputusan yg aku wt hanya untuk kepuasan hati aku sendiri.aku x sekejam 2....
setiap masalah n dugaan yg berlaku dalam hubungan kami aku lalui seorang diri tanpa si dia di sisi,hanya sahabat aku yg memberi kekuatan pd diri aku...si dia??tetap dengan orang 2...bergurau senda,bergelak ketawa...sedangkan aku sendirian.x pernah si dia cuba memahami apa yg aku inginkan,apa yg aku rasakan..perbuatannya seseolah ingin menyakiti hatiku dengan sengaja.apa yg dia mahukan aku x tahu..kami masing2 menyepi dengan dunia masing2.aku dengan dunia aku n dia dgn dunianya sendiri.makin aku cuba menjauh,makin dia rapat dgn org 2...makin wt aku terluka.hati aku bnr2 sakit.asenya sudah cukup untuk aku mengalah...
 gurauan yg patut aku dapat tp telah diberi pd orang lain.patut lagikah aku menyayanginya???
kini aku cuba untuk menerima setiap dugaan yg allah berikan pada aku hanya untuk menguji aku,aku yakin pasti ada hikmahnya di setiap yg berlaku.pasti akan ada sinar kebahagiaan dalam hidup aku.allah x kn menguji hambanya dengan dugaan yg x mampu hambanya lalui.ingatlah,hidup x selalunya di atas n langit x selalunya cerah...sentiasalah berhati2 dalam setiap langkah yg kita jalani.sentiasalah bersyukur dengan apa yg kita dapat kerana kurniaan allah itu hadir tanpa kita sedari.
kepada si dia yg pernah melukakan hati aku,sy maafkan awak.setiap titik air mata yg jatuh kerana awak...saya redha.setiap kata yg awak hamburkan pada sy,sy terima dengan hati yg terbuka.mungkin itu kelemahan diri sy tanpa sy sedari.setiap jari awak yg sakiti tubuh sy...sy maafkan.ingatlah...allah itu adil n dia maha mengetahui apa yg berlaku sebenarnya..kalau awak telah terjebak dengan maksiat sekalipun bertaubatlah...pintu taubat masih terbuka untuk awak n awak akan tetap di hati ini selagi sy masih mendapat kekuatan.


aku tau dengan berdiam diri masalah antara aku n si dia x kn selesai....tp bila aku bersuara,makin aku dibodohkan.seseolah hanya aku yg bersalah...katanya aku cemburu,memang patut kalau aku cemburu kerana dia menyayangi aku.bukan org 2...

sekarang,aku cuba untuk bangkit kembali,mencari kekuatan untuk aku hadapi lelaki di masa akan datang.
 

Thursday, March 17, 2011

cari pasal pagi2 ni..

kalau tengok cuaca pagi ni hujan turun start subuh tadi ag,sejuk sampai ke tulang...tp perasaan aku bercampur baur...garam,gula,asam..bercampur,x tau yg mn satu garam,gula n asam.aku ase dh mcm org gila bila x tau nk bezakan sume 2.ayat pe ni berbelit2???

ok,straight 2 da point...pagi2 ag adik ipar aku tepon cakap astro kt umah mertua aku kne potong..mak mertua aku suruh aku bayar n aku dh bayar pn.nk kata kene potong sebab lewat bayar..x lebih pn dr tarikh bil.tarikh bil baru 12hb sedangkan aku bayar 8hb ag.menghabiskan kredit aku je sedangkan bil tertunggak pn x de..bila aku tanya org astro dia cakap masalah teknikal.banyak la dia punya teknikal...hurm.


dh la pagi2 ag suami aku bising2 cari seluarnya x jumpa padahal elok je terletak kt tempat 2...angin satu badan aku pg ni,kita letih2 mudah2 je orang cari pasal ngn kita..astro punya pasal...

pagi ni bekpes ngn pulut ikan kering je,makan panas2 best...skang kn hujan,sejuk..perut pn mula menyanyi lagu hindustan mitak diisi.2....


ni la kehidupan kn...x sentiasa di atas n x sentiasa di bawah.macam roda tp kita x dapat jangka apa yg akan berlaku kadang2 buat kita lalai,alpa dengan nikmat kt dunia ni..apa2 yg berlaku cubalah bermunasabah dengan diri kita,x penting sape yg salah n sape yg betul..cuba berfikir dari mana ia berpunca.salahkan diri kita dulu,lihat kelemahan kita sebelum menunding jari pada orang lain...adat dunia walau salah kita sekalipun kita akan cuba mencari helah untuk melepaskan diri kita..tengok kes2 yg melibatkan mahkamah,kes yg dh bertahun pn masih dibicarakan untuk mencari keputusan yg tersangatlah adil...manusia di anugerahkan akal untuk berfikir,bukan berfikir menggunakan nafsu n hati semata2.
nikmat yg allah kurniakan pada kita hanya semementara untuk melihat bersyukur ke kita dengan nikmat tersebut.dengan mudah je allah boleh menarik balik nikmat yg allah pinjamkan pada kita,penah dengar orang cakap x senang untuk senang n x susah untuk susah...segala yg berlaku pada kita telah dicatat cuma atas diri kita bagaimana kita menghadapinya...jangan mudah berputus asa,redha dengan takdirnya...sape kita untuk menentang hukum allah??kita hanya manusia biasa sedangkan dia pencipta kita...


ada sorang hamba allah yg x ske tengok orang senang sedangkan dia x pernah berusaha n hanya suka menjatuhkan orang..dia x senang gk sebab dia x pernah berusaha untuk mendapat kesenangan 2.jangan hanya mengharap bulan jatuh ke riba sebab bulan x kan jatuh.hehehe...

Wednesday, March 16, 2011

kebosanan mula melanda

ase cam putus asa untuk berblogging...ase cam x de makna menulis sume ni.x baik kn sikap mudah berputus asa..yg pntg usaha.hurmm....diriku hanya insan biasa yg x de pe2 yg menarik untuk dikongsi apatah ag untuk orang yg datang ke blog aku!
 

Saturday, March 12, 2011

trek selebriti





korang semua mesti tau kan sape pengacara trek selebriti,sape lagi kalau bukan jimmy shanley,lelaki yang agak handsome gituu...heee.jimmy yg berkahwin dengan anak pengasas produk kecantikan Natasya.

jomm layan gambar kawin dorang yg aku amik dalam beautifulnara.com.


gambar semasa mereka bersanding di KLCC



















lawa sangat dress ni,I like it!dengan warna hijau pekat,sesuai ngn dorang yg berkulit cerah.
 suhaila plak khabarnya sedang berbadan dua,tahniah untuk mereka yea.
dan berita terbaru mereka mengalami konflik dalam rumahtangga mereka gara2 suhaila percaya dengan fitnah orang yg jimmy berkahwin denganya hanya mahukan harta,pendapat aku la...x mungkin jimmy mahukan harta sebab jimmy sendiri pn dh kaya hasil menjadi artis.walaupun mungkin x sekaya mak ayah suhaila tp sekurang2nya jimmy dh berusaha untuk memberi kesenangan pada suhaila dan bakal anak mereka.





                                                

rosak??

rosak?ape yg rosak ek?korang nk tau ape yg rosak....broadband aku pn pandai wat hal,bukan tuan dia je yg pandai wt hal,hahaha...

sejak petang semalam lagi aku x dapat connect internet,aku call centre dia n dia suruh aku bukak sim.aku try bukak tp x blh jgk...pagi tadi aku try call centre dia sekali lagi n buat aduan.
x sampai 3 jam aku dh boleh connect,yahuuu...yabedabedu.hahaha..*terserlah perangai budak2,heee...*


 ok,malam ni umah aku ada buat majlis tahlil untuk arwah atuk aku.x sempat snap picture...letih sangat kena kemas balik umah yg berselerak.erm...nk wt cmne kn,sekurang2nya dengan tahlil yg kita buat ni akan mengurangkan siksaan dia di alam kubur.aku cuma ingat dua perkara je yg menjamin pahala berterusan di alam kubur kelak  iaitu:
  1. bila kita membina masjid@madrasah dengan duet kita sendiri untuk kegunaan orang ramai,maka ganjaran pahala kita akan berterusan.
2.doa anak yg soleh@solehah dimana akan sentiasa mendoakan kedua ibubapa di alam kubur n melakukan apa2 amalan kebajikan dengan niat untuk mereka.
kalau tersilap korang betulkannya yea.
ok,skang aku nk citer pasal fesyen...aku pn tau gk pasal fesyen tau!mentang2 i orang separuh bandar u oll ingat i x tau ke?isk..isk..kesian kt i.
ok,kebanyakan perempuan2 yang bertudung sekarang suka bersanggul tinggi,lebih2 lagi yg memakai tudung ekspress yg kini banyak mendapat tempat di kalangan perempuan.macam2 pattern,warna,corak n gaya.yg twist pn ada tau..mungkin bagi mereka bersanggul tinggi itu cantik sedangkan mereka x tau yg bersanggul tinggi itu berdosa.


 ni contoh yang aku bagitahu tadi,trend bersanggul tinggi.ianya haram andai yg melihat adalah lelaki yg bukan muhrim yang boleh meningkatkan nafsu syahwat mereka.berdosa...berpakaian tapi bertelanjang.korang tahu maksud 2?perempuan2 yang berpakaian tetapi mereka memakai pakaian yg ketat,yg membentuk tubuh badan dan memakai pakaian yg nipis yg menampakkan bentuk tubuh perempuan tersebut.mulai sekarang,kita kne same2 berubah ke arah kebaikan yg dibenarkan mengikut syarak.x salah berfesyen dan berhias andai kita tau batas kita sebagai perempuan yang beragama islam.jangan hanya mengaku islam andai hati kita terpesong ke arah jalan yg salah.skang pn ramai perempuan2 yg bertudung melahirkan anak luar nikah dan bergaul bebas seperti orang yg tidak memakai tudumg.tudung bukan trend tp kewajipan kita sebagai wanita islam.beradalah di jalan yg benar,insyaallah...semuanya akan dipermudahkan.

maaf yea semua,aku jd cam terlalu formal malam ni.x pelah,aku cuma mahu berkongsi ilmu,kalau ada salah silap ape yg aku tulis tadi..korang betulkan ok.

Monday, March 7, 2011

S.I.M.P.L.E

korang perasan x?blog ku dh jd mkin simple n kelam kabut,ni sume gara2 keterujaan hati untuk mendalami ilmu blog.hehehe...maklum la,hidup aku hari2 cuma megadap laptop,family,suami n anak2 buah.bab keje lak,ada tolong mak aku sket2 sambil uruskan my bisnes..petang2 lak klu aku keluar pn cume ke umah mertua..2 pn klu aku g.lau x aku akn dk kt umah je..cam perempuan yg x tau pe2 pasai dunia kn?x...aku keluar jgk tp keluar bila ada urusan aku je..x ske bercampur dgn orang yg asyik mengumpat n mengata pasal orang.betuiii...nt x pasal2 aku dikaitkan dengan pergaduhan dorang.dh bape kali aku kena tempias orang,x nk la cari pasal ngn org.ok2...


dh 2 ari aku selesema,nak ke klinik...alah biasa la demam cmni kan?bukan sampai x leh gerak..pagi2 bersin,hidung tersumbat.ase sakit segenap otot tapi asenya blh tahan ag.suami lak pkul 4 pagi dh bangun pergi keje.balik lewat katanya hari ni,erm...dh biasa tinggalkan cmni la jd..

Saturday, March 5, 2011

duet...duet...duet.

sape yg x nk duet kn?kalau ada orang nk bg ape salahnya kn?hehehe...korang yg ada blog 2 mesti ada iklan nuffnang kn?blog aku x de,kesian...isk,isk,isk.ketinggalan zaman btol aku nih!sumpah..aku memang x tau menahu pn pasai nuffnang ni.bila aku tengok je mesti dia akan keluar akaun anda telah dinyahaktifkan?cmne 2?ntah...aku pn x tau.





 so,semalam aku tgh aku dk blogwalking...aku terjumpa satu blog ni,belog cik epal.terima kasih banyak2 cik epal yea.awak memang baik sebab sudi berkongsi ilmu untuk dapat uang,hahaha...tamak ke aku ni?x..sebab aku x dapat pn earning dr nuffnang.kesian aku kn?sekurang-kurangnya adalah ckit ganjaran untuk aku kn?kalau korang nk tau cik epal ni dapat cheque dr nuffnang sebanyak RM1203.81.dh cukup banyak 2 bagi aku taw..


kalau ada sape2 yang boleh tolong jelaskan aku pasal nuffnang ni gtau aku ek..same2 tolong-menolong budak baru nk belajar ada blog.








 

Tuesday, March 1, 2011

penat...

salam n haii...

penat sgt aku ari ni,3 ari berturut2 pi bandar...tolong settlekan keje mak.uihh...pnt sgt sampaikan kering otak2 aku tuk update blog ni.


sekian....




jap jap...
aku sempat gk tau cuci2 mata kt bandar,pe ag kegilaan tuk shopping mkin mjadi2..
ble ajak cik chenta dy ckp tgk dlu,uwaaa...x leh pksa2 dy,nt x jadi lak nk p shopping.merajuk x egt dunia lak i tau..p td tgk2 jelh,lum cukup $$$$$.




                                                      http://afiacollections.blogspot.com
 korang leh dapat jubah ni kt cni,beli on9 jew terus sampai depan umah,hehehe...x perlu susah2 ajak husband.tuk org cm aku jelh,hihih...al maklum la...kete x reti nk bwak,nk p mana2 kne ajak hubby,cik chenta aku lak bz ngn keje.kecian kt aku kn kn kn?*mood sedeyyy***


.


korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...