Followers

Tuesday, January 31, 2012

review:maybelline clear smooth all in one


Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

dah lama saya tak buat review product kan?
yelah,sebab saya mmg jarang guna and try apa-apa produk dah sekarang.
risau kalau-kalau menambahkan jerawat dan parut jerawat yg sedia ada.:(
dan disebabkan saya tak pakai pelembap,sunblock atau pun bb cream,
saya terpaksa cari alternatif lain utk membantu memuluskan
kulit yg amat mengerutu.hehehe..


cari punya cari..akhirnya saya tengok iklan dalam majalah remaja.






rasa macam tertarik,jatuh cinta pandang pertama lah kiranya!
terus saya pergi cari kat pasaraya..
lepas beli terus balik rumah try.


hari pertama saya pakai bedak ni muka saya kurang nampak berminyak
berbanding menggunakan bedak miyami@pixy.
teksturnya halus dan yg penting sapu nipis je kulit dah nampak smooth.


dan kesimpulannya...
kulit saya kurang berminyak
kurang berkilau..
nampak macam pakai foundation walaupun saya hanya pakai bedak ni je.
memang puas hati la pakai bedak ni,murah pun murah je.
RM 16.90 je..
bekas pun cantik..pink gitu.





Friday, January 27, 2012

selamat sudah..


Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin


alhamdulillah,saya dah selamat sampai di kampung halaman.
semoga saya tidak melalui apa-apa halangan untuk berada di kampung..
harap-harap saya tak lagi diserang gastrik dan sakit kepala.
pasal ttc saya tak nak terlalu berharap..
hanya mampu berserah buat masa sekarang..
dan insya allah andai diberi sedikit ketenangan
saya akan pergi mengurut di kota bharu..
sepupu saya yg pergi mengurut kt sana pun berjaya hamil dan akan bersalin hujung feb..
harap-harap akan ada rezeki saya tahun ni.
insya allah..






Thursday, January 26, 2012

hai,cakkk...



Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 dah lama rasanya saya tak update blog..
rindu nak blogwalking,dengan keadaan sy yg demam..
balik ke kampung jenguk nenek saya yg sedang sakit tenat dan balik semula ke rumah saya untuk menyelesaikan kerja-kerja yg tak sempat disiapkan haritu.

balik kampung pun dengan tergesa-gesa sebab tiba-tiba pak sedara saya call yg nenek saya
dimasukkan ke wad.
masa nenek saya tinggal dengankami,dia sihat walafiat je..
tak sangka plak nenek saya akan jatuh sakit dengan tiba-tiba..

3 malam tak cukup tido,penat tolong sedara mara masak.
dengan selsema yg tak sembuh-sembuh lagi..
sampai sekarang kepala saya masih lagi berdenyut-denyut..

mungkin esok atau hari ni saya akan balik ke kampung lagi.
sebab nenek saya tenat,
tu pun masih berfikir nak balik ke tak sebab kerja saya banyak lagi yg belum selesai.
tak balik,nanti ada apa2 tak kan saya tak balik.
kereta plak suami bawak balik hantar mak saya..
pening nak fikir tp terpaksalah..

dalam hal macam ni rasanya saya tak patut pengtingkan diri sendiri,apa pun 
suami benar2 memahami situasi saya.
alhamdulillah,moga-moga ada rezeki saya tahun ni untuk mendapat zuriat.
amin..


Monday, January 16, 2012

selamat pagi



Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 
 selamat pagi semua..
nampaknya kali ni rezeki tidak berpihak pada saya.
entah la,nak kata kecewa mungkin jugak.
apa pun saya nak fikir yg positif je,tu semua bukan ketentuan kte.
Dia yg maha berkuasa.

memang saya berharap kelewatan period saya 
akan membawa satu berita gembira tapi saya silap..rezeki bukan untuk kami
suami isteri.
nak nanges,yea..memang saya menangis 
tapi saya tetap kuatkan hati.
air mata saya tak mampu memberikan hasil.
ia cuma mampu membuang segala rasa yg saya pendam.

sampaikan saya sendiri dah bagitau pada suami
kahamilan kali ni tak akan berlaku seperti kehamilan yg pertama dulu.
saya dan suami sama-sama berjanji
kami akan ubah sikap kami..
dan kini kami dah merancang untuk berpindah
harap-harap tahun ni ada rezeki untuk kami.


p/s:entah apa perancangan Allah untuk kami lepas ni.



Saturday, January 14, 2012

rindu sayang~



Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin


dah lewat cmni,sepatutnya saya dah perlu tido sebab saya perlu
bangun awal esok..tp mata ni tak mahu lelap.
pandang kiri,kosong..pandang kanan bantal peluk.
suami?

erm..terpaksa bermalam kat lain atas urusan kerja.
tinggal saya bergolek-golek sendirian atas katil.
sebab tak biasa ditinggalkan sejak kawin ni,nak tido keseorangan terus jadi lain.
macam jugak memula kawin dulu..
tido berdua,disebabkan tak biasa tido berdua saya susah nak tido.
borak-borak sampaikan kadang2 tengok2 suami dah tido.
bercakap sorang-sorang rupanya saya*sigh.

bila dah lama kawin,bila tido sorang-sorang jadi janggal plak.
lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang,
kadang-kadang secara tiba-tiba saya boleh nanges.
tanpa masalah atau tanpa apa-apa hal yg buat saya terasa.
kadang-kadang bila suami cium nak pergi kerja pun saya boleh nanges!
tapi tak boleh nanges depan suami sebab suami lagi suka mengusik!
harap-harap dengan rezeki kali ni kehidupan kami sekeluarga akan
bertambah bahagia hingga ke akhir hayat.


hye!

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 
 
 

Thursday, January 12, 2012

zuriat:petua dari TANYALAH USTAZ

 
 
 Kpd psgn yg belum mendpt chya mata...segenggam kurma yg dibuang bijinya dari suami, segenggam dari isteri, dicampurkan dgn susu kambing,kemudian diblend together, minum sorang segelas shj.amalkan sekali shja..kemudian setiap pagi amalkan minum susu kambing dan amalkan bacaan surah mariyam ayat 1-12. Insyaallah dlm msa setahun....ianya lebih dari 1000 psgn dah terbukti....wallahu'allam....SELAMAT MENCUBA

P/S: masa mengamalkan ini, elakkan mengambil makanan&minuman tajam spt limau, asam & etc..
 
sumber:facebook

Wednesday, January 11, 2012

doa untuk ibu bapa sebagai pembuka pintu rezeki

 
 
 
Rassulullah SAW pernah bersabda :

” Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.


Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)


InsyaAllah,


Berusaha dan bertawakal.. …insyallah ,


- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya…..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita…..Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .


Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)


Caranya : ‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)


Untuk yang sudah meninggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.


Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah…

sumber:facebook

Tuesday, January 10, 2012

saya mohon doa kalian

 
 
saya tak tahu dari mana harus saya mula.
hati terdetik membaca luahan hati rakan ttc.
dan saya pulak
menunggu berita gembira untuk disahkan.
saya ingin meminta rakan-rakan sekalian agar mendoakan saya beroleh zuriat kali ini.
suami dah tak sabar2 nak saya check..
tapi saya takut saya akan kecewa:(
period saya dah lewat 4 hari.jika sebelum ni saya menyedapkan hati
period saya mungkin lewat 2 hari.
tapi bila dah masuk hari ke-4,mulut saya tak putus-putus 
berdoa agar Allah memakbulkan doa dan impian saya untuk beroleh zuriat.
 
dan saya mohon agar kalian turut mendoakan saya agar saya dikurniakan zuriat kali ini.
jasa baik kalian hanya Allah yg mampu membalasnya.
terima kasih..



ezani,juara masterchef yg pertama

 
 tahniah kepada ezani akhirnya bergelar juara yg pertama
dalam masterchef.

mmg dah jangka sebab sepanjang episod yg disiarkan
saya tengok dia memang berbakat.
jarang masakannya kena kritik pedas2.
kalau ada pun biasalah kan,citarasa orang tak sama kan?
ape pun tahniah ezani!
doktor gigi yg berbakat!



Saturday, January 7, 2012

zuriat

 
 
 #semoga impian saya pada tahun ini akan tercapai.
doa-doa kan saya juga:)

Wednesday, January 4, 2012

rezeki untuk mereka yg berkahwin.

 
 
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)
 

Monday, January 2, 2012

welcome 2012

 
 
 hye korang,dah sampai kte ke penghujung 
tahun 2011 kan?
cepat tak masa berlalu?bagi aku cepat sebab segala kenangan-kenangan
tahun ni seseolah baru berlaku seminggu dua.
segala kenangan yg masih segar,sampai sekarang masih saya ingat satu persatu
sejarah yg berlaku dalam hidup saya.

tahun pertama bergelar seorang isteri benar-benar menguji
kesabaran,kekuatan dan ketabahan saya
tapi alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya untuk saya.

dan kini,saya mampu berdiri sendiri, mengikut rentak sendiri dan mencapai kejayaan dengan
langkah sendiri.
Alhamdulillah,saya benar-benar bersyukur dengan rezeki saya di tahun 2011.

antara impian dan cita-cita saya:
-semoga perniagaan saya semakin berkembang
-dimurahkan rezeki
-beroleh zuriat yg ramai
-dilindungi dari segala fitnah dan hasad dengki manusia.
 
 

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...