Followers

Sunday, October 23, 2011

suzana ghazali

Ketenangan masih boleh dirasai jika anda menerima segala ujian dan masalah dengan

 berlapang dada. 

Caranya adalah tetap kekal senyum dan ceria. 


Paling penting, anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi dan menyelesaikan 

masalah tersebut.


Masalah takkan selesai jika anda melarikan diri daripadanya.

Masalah hanya akan selesai apabila anda berusaha menyelesaikannya. 

Memang susah. Memang payah. Ada tikanya perit dan mengecewakan malah melukakan.


Tetapi percayalah, bila anda menerima setiap yang berlaku di dalam hidup anda sebagai 

 ujian, anda akan tetap

boleh kekal senyum dan ceria walaupun anda adalah wanita....



Saturday, October 22, 2011

tips untuk mereka yg kurang pandai memasak.

sambungan dari ENTRY NIE



assalamualaikum....

hari ni ada idea nak buat entri ni.
boleh la dijadikan panduan sikit2 untuk korang yg bakal
berkahwin atau yg sudah berkahwin.
saya akui sebelum kawen memang saya tak pandai masak.
setakat tumis sayur,nasi goreng dan goreng lauk
boleh la.nampak sangat saya pemalas kan:)
hehehe..
tak ada masa?itu bukan satu alasan bagi saya.
gunakan hari minggu untuk belajar memasak,
usah bermalas-malasan atas katil.
saya amik peluang memasak ketika cuti hujung tahun.
cuti atau tak saya tetap kena bangun pagi.
tak boleh tido lebih masa.
masa baru-baru hari tu memang saya 25%
baru pandai masak.
kalau kakak saya ada kt rumah saya tak risau sangat
sebab saya boleh tanya dia tapi kalau dia pergi umah mertua dia,
saya terkontang-kanting sorang2 kat dapur.

disebabkan saya dah pandai memasak,
saya akan pergi kedai cari lauk dan sayur sendiri.
kalau ada lauk kat fridge yg saya tak reti nak masak
saya tetap ke kedai cari bahan untuk masak yg saya reti buat.
suami memang tak memilih makanan 
asalkan kurang manis dan kurang masin.
memula selalu kena kritik dengan suami.
last-last saya amalkan satu petua yg saya kira agak menjadi.
semasa memasak saya niat yg saya masak ni semata-mata untuk suami.
nak kenyangkan perut suami.
masak tu jangan plak sambil merajuk/marah.
wajib tak sedap korang masak.
semasa korang tengah best dk memasak tu jangan lupa selawat dan tawakkal.
mintak-mintak apa yg kita masak tu sedap.
saya selalu buat macam tu dan alhamdulillah
suami dah tak kritik lagi masakan saya.
walaupun berkali-kali saya cuba rasa masakan saya
saya tetap rasa yg masakan saya tu agak masin
dan saya tawakkal.
tapi masa suami makan tu,suami tak kritik apa-apa pun.
yeayy saya berjaya dengan petua ni.
korang pun cubalah...

Friday, October 21, 2011

terharu+sedih=ngade-ngade

assalamualaikum...

sedih ble baca entri sorang rakan blogger ni.
terharu,malah hati mengucap ALHAMDULILLAH.
bersyukur dia diberi peluang untuk merasainya
setelah diuji dengan sebuah kehilangan.

tapi rezeki Allah tak ke mana.
Allah pasti akan memakbulkan doa hambanya 
sama ada cepat atau lambat.
itu semua ketentuan Allah
dan saya masih menunggu saat itu dengan penuh harapan.
nak tau?klik sini




Thursday, October 20, 2011

nak kulit super duper mulus?try this!

assalamualaikum...

entri pagi-pagi ni sebab excited giler nak berkongsi dengan 
korang semua?
dah kira produk ni produk rahsia saya r..
lepas mencuba dan terus mencuba akhirnya saya terjumpa dengan
tidak sengaja satu produk ni.
walaupun murah tp memang berkesan memuluskan kulit saya
yg menggerutu akibat jerawat dan parut jerawat.

sebelum ni tanggapan saya
produk murah selalunya kurang berkualiti
dan meninggalkan kesan yg agak teruk di muka.
kalau korang ada baca entri saya sebelum ni
korang mesti perasan yg sy selalu pakai krim organic aid
pada waktu malam.

tapi,secara tak sengaja saya terbeli sabun vitamin E cosmoderm.
saya beli pun atas sebab saya yakin yg vitamin E sesuai 
dengan kulit saya.
murah je,saya beli dengan harga RM5.80.


  pic google


sebelum ni kulit saya kuat berparut
berjerawat tp lepas pkai sabun ni,
alhamdulillah...jerawat pun jarang naik.
cubalah...





Wednesday, October 19, 2011

mykad baru bermula januari tahun depan

sumber:sinar harian



KLUANG- Kementerian Dalam Negeri (KDN), menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal mengeluarkan MyKad struktur baru kepada orang ramai bermula Januari tahun hadapan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, dengan pengenalan MyKad baru itu, ia adalah inisiatif dan tambah nilai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) KDN dalam agenda meningkatkan fungsi dan ciri keselamatan dokumen berkaitan pengenalan diri dan imigresen. “Kelebihan MyKad ini dari segi fizikalnya adalah diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan, teknologi tulisan laser pada permukaan kad serta cip baru yang diuji kualiti ketahanan di Sirim.
“Saya percaya dengan pengeluaran MyKad tersebut, ia dapat menyelesaikan masalah berkaitan kualiti dan ketahanan terutama kualiti cip," katanya.
Dengan MyKad itu juga katanya, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian yang menggunakan MyKad.
Beliau berkata, ciri-ciri baru di kad tersebut dapat mengekang pemalsuan Mykad, malah ia lebih berkualiti dan menepati ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran.
“Pengeluarannya MyKad ini hanya diwajibkan ke atas pemilik yang pertama kali mendaftar di JPN, manakala bagi pemegang MyKad sedia ada diberi kelonggaran untuk berbuat demikian,” katanya sempena Majlis Pelancaran Pengeluaran MyKad 1 hari dan dan Pengeluaran MyKad dengan Struktur Baru di JPN cawangan Kluang, semalam.
Dalam pada itu, Hishamuddin turut melancarkan pengeluaran MyKad dalam masa satu hari bagi cawangan Kluang yang mana ia adalah susulan dan perluasan kepada program perintis Pengeluaran Gantian MyKad Satu Hari yang telah dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN Melaka dan Kuching, Sarawak.

Tuesday, October 18, 2011

perubahan positif artis sekarang

assalamualaikum...
dah lama kot tak buat entry,
tapi alhamdulillah follower saya bertambah
dan yg paling penting
ada orang singgah blog saya.
walaupun tak penah dapat BE tapi tak kesah la..
asalkan blog ni tak sunyi.

kelmarin saya pergi shopping!
tapi tak nak tunjuk lagi apa yg saya beli.
nanti saya buat entri lain plak ok.
masa jenjalan kelmarin,
masuk kedai buku.
ingat nak cari novel
tapi tak jumpa yg dicari.

tapi jumpa majalah pa&ma.
topik pasal kesuburan.
tengok-tengok lagi,jumpa majalah media hiburan.
terus pergi bayar.

balik tu terus belek-belek majalah.
rupanya dah ramai artis wanita yg mula bertudung selepas irma hasmie.
satu perubahan yg baik.
harap-harap tak bertudung separuh jalan lah ye!
ada sesetengah artis yg kononya bertudung tapi tak menutup aurat!
macam mana tu?
dikenali sebagai artis bertudung tapi
ada gambar yg hanya menutup rambut.
leher tu masih terdedah.
pesan bukan pada orang lain je tapi diri sendiri jugak.
yg penting niat kena betul untuk berubah ke arah kebaikan.


Friday, October 14, 2011

rutin memasak sebagai seorang isteri

assalamualaikum....

rasanya dah sampai masanya untuk saya berkongsi
rutin harian saya yang berubah 
selepas berkahwin.
dah hampir setahun saya berkahwin dan rasanya
terlalu banyak yg ingin saya kongsi bersama korang semua!
dan salah satunya macam title kat atas,
rutin memasak saya sebagai seorang isteri
dan saya diberi kemudahan untuk menguruskan
rumahtangga saya sebab saya bekerja sendiri
dan saya tinggal bersama keluarga saya.

seawal 5.30 pagi saya akan bangun untuk buat kuih.
duduk kat kampung biasalah
buat kuih untuk dijual di kedai-kedai kopi
seseolah satu pekerjaan tetap.
dan ia memberi satu kepuasan pada saya walaupun
terpaksa bangun awal tiap-tiap hari.

pagi memang saya tak sempat memasak
untuk suami.
tapi sebab mak saya bukak kedai kopi,
suami akan makan nasi berlauk yg mak jual je.
saya cuma sediakan barang keperluan suami je.

keluarga saya memang tak makan pagi.
jadi tengah hari baru kitaorang makan nasi
kalau nasi dah abis,kitaorang tak makan.

pukul 3@4 petang baru saya akan masak.
biasanya kalau anak sedara saya tak tido
saya akan masak dan kemas dapur sorang-sorang
tapi dengan syarat!
syaratnya tak de sape boleh kritik cara saya memasak.
kalau orang mengkritik masakan saya,
saya tak kisah tapi kalau orang mengkritik cara saya memasak
saya tinggal terus masakan tu.
tak kira masakan tu tak masak@orang lain plak yg tolong
siapkan masakan saya tu.

tabiat saya memang macam tu,tak suka orang
menyibuk di dapur.cukup setakakt 2,3 orang.
tapi saya lebih suka masak sendirian
melainkan ada majlis kat rumah saya.

sebab suami tak memilih bab makanan,
saya cuma masak masakan yg saya dah biasa masak.
sebelum kawen,sibuk dengan study
tak de masa nak belajar memasak.
lepas abes study dekat setahun
saya kawen.

tahun pertama perkahwinan ni,
saya anggap tahun untuk saya belajar dan saya belajar banyak perkara!
nanti saya kongsi-kongsikan lagi yek!
tunggu next entry ok..




Tuesday, October 11, 2011

wallpaper henfon dulu dan sekarang

gajet masa kini,
budak sekolah rendah pun dah ada henfon sendiri.
lebih canggih dari aku plak tu.
cakap je jenis apa,nama apa..
semua diaorang tahu.
aplikasi,game,web..
semua dalam otak diaorang je.
budak sekrang memang advance dari zaman kita dulu.


wallpaper plak..
kalau masuk sekolah menengah
mesti wallpaper diaorang adalah gambar mereka sendiri.
yg buat kiss,yg buat muka terkejut,yg buat-buat kenyit mata.
macam-macam aksi dalam gambar diaorang.

dah ada pakwe plak,
letak gambar dengan pakwe
buat wallpaper
aksi manjeww2 gitu
gelak-gelak sayang..

dah kawen plak,
buat gambar sanding jadi wallpaper
gambar outdoor photoshoot 
yg ala-ala old skull
yg ala-ala zaman budak-budak
main buih yg tiup tu
belon berjuta-juta.

dan seterusnya,wallpaper berubah mengikut arus zaman.
seperti kita,berjalan seiring peredaran zaman
kalau tak berubah orang cakap kita ketinggalan zaman
tapi,kalau kita berubah terlalu cepat 
apa akan jadi?
hanya satu yg tak kan penah berubah.
hanya SATU.
ia ada dalam diri kita:)





saya tak kan berhenti berusaha:)

assalamualaikum....


banyak kan entri-entri dalam blog ni pasal masalah saya yg
masih belum pregnant.

dan mungkin ada diantara korang semua yg dah jemu
baca entri saya pasal ni.

bukan untuk menagih simpati
bukan juga untuk membuka pekung di dada.

tapi ini adalah harapan,semangat dan sokongan untuk saya mendapatkan zuriat.
sebab tu saya tak penah berhenti berusaha!

adik-beradik saya hanya 3 orang dimana salah seorang
adik-beradik saya belum mempunyai cahaya mata
walaupun dah berkahwin selama 8 tahun.

sepupu-sepupu saya yg dah berkahwin 2,3 tahun
masih belum mendapatkan zuriat.

keturunan keluarga saya sebelah mak hanya mempunyai 3 orang adik-beradik.
adik-beradik mak saya pula hanya 3 orang
dan salah seorang adik-beradik mak saya juga tidak mempunyai cahaya mata sendiri.

keturunan abah saya pula hanya mempunyai 5 orang adik-beradik.
dan masing-masing mempunyai anak tidak lebih dari 7 orang.
sepupu saya sebelah abah saya juga belum mempunyai cahaya mata
sendiri.

sebab tu saya terlalu berharap agar kami dikurniakan zuriat
dan saya amat2 menggalakkan mereka yg berjaya hamil
yg baru hamil dan menunggu masa untuk melahirkan baby
untuk berkongsi pengalaman dgn saya.
sebab saya pasti ada diantara kita yg bertuah
untuk menjadi seorang ibu.

ye,saya tahu Allah yg menjadikan setitik air mani itu menjadi segumpal darah dan akhirnya menjadi seorang hambaNYA sebagai penyambung generasi umat nabi muhammad.

saya hanya mampu berdoa dan berusaha seterusnya bertawakkal 





 


Sunday, October 9, 2011

amalan untuk memperolehi zuriat

assalamualaikum....
ilmu yg aku jumpa lebih baik dikongsi bersama kan?
dari:nuriman.wordpress

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali

- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.

- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali

- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.

-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

surah khusus untuk wanita hamil

*Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
*Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
*Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
*Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
*Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
*Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
*Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
*Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin


p/s:dulu-dulu aku ske bc yassin lepas maghrib,rasa sayu sgt.beroleh ketenangan sampaikan air mata aku menitis tp sayang baby tu tak kuat mcm ibunya.hahaha...perasan!

Saturday, October 8, 2011

mini murtabak yg besh!

assalamualaikum...


kelmarin pergi pasar malam,suami beli mini murtabak.

sebelum ni tak penah pun beli mini murtabak

tapi semalam suami beli.

kalau murtabak yg besar tu tak best pun,tak rasa pun inti kari dengan daging.
bawang besar je banyak.

yg mini ni sedap la pulak.

pagi ni terus godek resepi,

ni aku ambik dalam myresepi.


Bahan-bahan ( lebih kurang 30-35 bj )

  • 1/2 kg kentang-potong dadu kecil
  • 1/2 kg daging lembu @ ayam-dihiris halus.
  • 7bj bwg merah,5bj bwg putih,sedikit halia muda-ditumbuk
  • 4sudu besar rempah kari daging-dibancuh dgn semangkuk air.
  • 6 bj telur besar
  • bahan utk kulit;
  • 1/2 kg tepung gndum
  • 2 cwn air+1/2 sudu mkn penuh garam+1sudu mkn gula+1 sudu mkn susu tepung-dibancuh hingga larut.
  • (lupa plk)- 2 bj bawang besar-potong dadu kecil & sepokok daun sup-dihiris

Cara-cara

  1. Dsc01658
    uli tepung dgn bahan yg dibancuh td sehingga menjadi doh yg licin & kental.xperlu uli dgn kuat mcm uli donut.uli perlahan.. golek2 kn pun ok.. asalkan lama..lbihkurang dlm 10 - 15minit gak lah..
  2. Dsc01661
    gentel bulat2 sebesar penutup botol air mineral & rendamkn dlm minyak hingga tenggelam.buat hingga habis.(jgn bimbang,minyak tu x akn terjejas & boleh disimpan semula)
  3. biar sekurang2nya 3 jam baru boleh ditebar.
  4. tumis bahan2 tumbuk hingga wangi,masukkan bancuhan rempahkari,goreng hingga pecah minyak. masukkan daging n secawan air.bila daging hampir empuk masukkan kentang.biar hingga kentang empuk, rasa lah manis,masinnya.bila sdh kering & msk-sejukkan.
  5. Dsc01665
    campurkan telur,bawang besar cincang, daun sup & inti yg telah sejuk td hingga rata.ketepikan.
  6. Dsc01668
    panaskan kuali atas api yg agak kecil.sapu minyak atas permukaan tutup periuk.kembangkan sebiji doh diatasnya sehingga agak nipis tp jgn smpai koyak.masukkan 1sudu besar campuran inti,lipat jadi 4 segi.
  7. Dsc01672
    angkat murtabak mentah itu dgn cermat menggunakan kedua belah tangan & letakkan atas kuali.bila bahagian bawah telah garing,balikkan.Buat hingga habis.
  8. hidangkan brsama bawang besar cincang + cuka (akak campur cili padi ptong juga) @ kuah kari.mkn begitu saja pun ok. 

yg no 8 tu aku tak buat pun sebab tak suka makan bawang besar,lagipun aku tak boleh makan cuka.


korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...