Followers

Friday, September 28, 2012

antara dua

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin



tajuk entri dah macam lagu kan?
tapi tu yg saya rasa sekarang...susah utk lepaskan diri dari dua2nya..
serba salah,diluah mati mak..ditelan mati bapak!
saya cuba sedaya upaya untuk telan sedalam-dalamnya sorang diri.
saya tau tak elok saya beremosi macam ni..
tapi hati saya sedih,terlalu sedih..tiada kekuatan langsung untuk saya tersenyum.
seseolah saya berada di dunia sepi sendirian..



saya mohon semangat,agar Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk tersenyum..
tanpa perlu saya melalui semua ini..
entah sampai bila saya perlu melaluinya sorang diri..
suami...dia hanya senyap bila saya utarakan benda ni..
saya tau dia pun serba salah macam saya tapi saya yg menanggung!
bukan dia!!

Tuesday, September 25, 2012

perubahan

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin


sekarang saya dah 10 minggu,baru 2 bulan lebih..
tak sabar sebenarnya saya nak lepasi trimester 1..risau tkt2 ada apa2 berlaku.
harap dijauhkan segalanya,aminn..

banyak yg berubah lepas saya disahkan mengandung,
bab badan yg mengembang..mula mula je rasa macam tu sebab penangan duphaston.
doc suruh saya makan 1 biji pagi dan 1 biji malam
tapi sebab kesan duphaston tu maha hebat,saya cuma ambk 1 biji je.
mula mula takut ada komplikasi apa-apa
tapi sebab selera makan bertambah-tambah..
lepas tu klau telan duphaston sebelah malam,pagi esoknya perut saya
kembung sangat.sakit bila ditekan..nak jalan pn kne slow-slow je.
lepas berminggu-minggu kena macam tu,saya terus tak ambik duphaston sebelah malam.
tapi syukur alhamdulillah,setakat ni tak ada sebarang masalah lagi.

bila saya ambik 1biji je duphaston,terus tak lalu makan nasi.
klau bleh nak makan mee ke,bihun ke..
malam2 plak saya akan makan roti atau biskut je.
kadang2 teringin jgk mkn fastfood macam maggi,burger..
tapi kadang2 jelah..tak kerap sangat.


setakat ni masalah saya vaginal discharge yg agak teruk gk bagi saya.
memang tak selesa,tiap2 hari kena pakai pantyliner..
cuma dari hasil carian saya,vaginal discharge tu normal bila last trimester 1.
harap-harap ia akan normal balik lepas ni..

bye!

Sunday, September 16, 2012

pregnancy : 9 weeks

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin



#hanya doa yg tak putus-putus dipanjatkan pada Allah swt agar bayi saya
selamat hingga ke saat melahirkannya nanti.amiin..

Friday, September 7, 2012

langkah pencucian penting untuk hamil

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin


pengalaman keguguran 2 kali sangat2 berbeza..
yg mula2 dulu tak tahu apa-apa kn?
sebab baru 5 bulan kawen,lps mengandung 2 bulan gugur..
masa gugur ni,emosi yg memainkan peranan.
tak boleh terikut2 sangat dengan emosi.
keguguran pertama ni bg saya sangat sakit,tak pernah rasa lagikan sakit macam tu.
masa dalam pantang cuma jaga makan je,tak makan apa2 jamu@supplement pn.
sebab tak makan apa2 tubuh selalu je sakit2,lebih2 lagi bahagian pinggang.
tak boleh duduk lama sikit,mula la sakit2 n lenguh2.
lepas makan bidadari baru sakit pinggang tu hilang.


keguguran kedua selepas genap setahun keguguran yg pertama.
nk masuk 3 bulan..
masa ni memang tak berharap sangat sebab saya tau kandungan saya bermasalah,
selalu sangat keluar cecair coklat yg agak pekat.
bila jumpa doc kt kk,dia cakap spotting walaupun masa tu dia nampak pelik dengan kandungan saya.
agak kecewa di situ..
lepas keluar semua,doc scan pn dh x de apa2..
hari ke 5 saya mula minum bidadari balik..sepanjang minum bidadari,
banyak darah berketul-ketul keluar.
rasa macam sakit sengugut masa nak keluar darah berketul tu.
saya minum dekat 45 hari,terus stop sebab dh dekat dgn period masa bulan puasa tu.
tup..tup saya tak datang period bulan puasa dan disahkan peknen seminggu selepas raya.
masa saya jumpa bidan dulu pun,dia ada bgtau saya klau darah kotor dah keluar habis kt jalan kita,
senang la klau nak lekat balik..

kalau korang yg mana hanya overweight n ada masalah peroid tak teratur,
saya sarankan produk pencucian biodex..
(tp seelok2nya cuba dapatkan nasihat dr pakar dlu sblm buat sesuatu yea)
tapi produk tu agak mahal la bg saya..
tak pun cuba produk bidadari dulu/apa-apa produk yg boleh mencuci bahagian peranakan kita.
tak semua masalah tak datang period disebabkan hormon.
saya pun gemuk jugak,berat 70kg tp period tetap tiap2 bulan.
cubalah dulu yea,kita tak tahu apa yg berlaku dalam badan kita.
cuba ikhtiar yg mana serasi k..jgn pernah give up dan stress.
serahkan semuanya pd Allah swt.kandungan yg saya kandung sekarang
hadir tanpa saya berharap apa2 sebab tak sangka Allah swt bg rezeki pd saya secepat ini.
alhamdulillah..<3



korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...