Followers

Thursday, April 28, 2011

orang melayu yg x ske tengok bangsa kita maju..

Assalamualaikum….

Selamat pagi sume…

Aku nk citer kt korang pasal hasad dengki orang kita,sampai bila la bangsa kita nk maju kalau masih ada hasad dengki dalam hati masing2 kan?biasanya orang melayu yg kebanyakkannya yg mempunyai hasad dengki…x sume la,jgn slh phm k?

X bleh tgk orang senana cket,akan ada cakap2 yg kurang enak di belakang kita.aku paling x ske orang cmni..pantang orang berdiri cket,mesti akan ada nada yg menjatuhkan kte balik.dorang x nk berusaha tp ble orang lain kte mula menyibuk hal orang.pe yg dia dh buat kt awak sampai cm2 sekali tuduhan awak lemparkan?jangan ingat kte berkuasa melebihi kuasa allah swt,Dia Maha Adil!Dia Maha Mengetahui dgn setiap apa yg terjadi.

Penah terjadi x kt korang?pe yg korang rasa bila kita x penah ganggu hidup n pekerjaan dorang tp dorang sibuk2 nk jaga tepi kain kita.

Sakit ati kn?lebih2 ag orang 2 sombong n bongkak..jangan terlalu taksud dengan harta,kelak ia akan memakan diri sendiri.berserdahanalah dalam mencari kekayaan.seiringkan dengan akhirat,moga2 kte x tergolong dalam golongan tersebut..amin.

p/s:sedekahkan al-fatihah untuk arwah ayah sahabat baik ku.moga2 rohnya dicucuri Allah SWT.

Wednesday, April 27, 2011

alhamdulillah...

assalamualaikum...
alhamdulillah...
akhirnya Allah swt perkenankan doa aku..
sebenarnya tiap2 kali lepas solat aku akan berdoa agar hari raya aidifitri nanti aku berdua,
Allah perkenankan doa aku,aku hamil...
tp rasanya masih awal lg usia kandungan aku
aku pn x p check lg kt klinik..
aku hanya check kt umah dengan pregnancy test.
warnanya juga masih kabur..
moga2 bayi yg aku kandung kini akan memberi kehidupan yg lebih baik antara aku dan suami
insyaallah...




Tuesday, April 26, 2011

aku hanya manusia biasa.

assalamualaikum,
aku update entry ni semata2 untuk puaskan hati orang lain yg dengkikan kehidupan aku.
aku hidup tak penah menumpang orang..
aku hidup dengan cara aku sendiri untuk bahagia dunia akhirat,
dosa dan pahala antara aku dengan Allah,
untuk apa korang terus menghancurkan hidup aku dengan perkara yg bukan2?



aku tau aku tak kaya tp aku bahagia dengan kehidupan kami sekeluarga,
aku senang dengan hasil titik peluh keluarga aku sendiri..
aku tak sombong,aku tak memilih kawan..
aku tak membezakan miskin dan kaya sebab kita semua sama..
yang paling aku bezakan ialah orang miskin yang berlagak sombong..
yang ni bukan golongan sahabat aku..
ada ke orang miskin yang berlagak sombong?
ada..
malah siap memburukkan orang yang penah menolongnya..
jangan jadi macam 2 sahabat,kelak akan memakan diri..


penyelesaian untuk kulit berparut

assalamualaikum...
sambil2 menunggu line tenet aku ok,aku nk update blog  dlu.
mesti salah sorang dr korang ada masalah kt muka kn?lebih2 ag jerawat yg meninggalkan parut itam yg sukar ilang.aku pn salah satu dr golongan 2..
jerawat ske tumbuh dan meninggalkan parut yg agak sukar untuk hilang..
dh puas aku cari penyelesaian untuk kulit kombinasi aku ni..dk google2 dalam internet,dk pikir2 aku pn decide nk try organic aid-vit e moistourising cream.

 tp bagi aku cream ni agak mengeringkan kulit muka klau pkai selalu..dan aku cuma pakai waktu malam je.klau pkai siang,muka jd berminyak pulak..
entah la,aku tgh pening untuk memilih pelembap untuk muka sebab krim kecantikan tak sesuai untuk kulit aku.arap2 aku akan jumpa produk yg sesuai.korang ada cadangan x?

sibuk,sibuk,sibuk..

salam all...
sejak kelmarin lg,aku melalui hari yg tersangat lh sibuk...
kerja aku memerlukan aku sentiasa membuka internet,google chrome n mozilla sentiasa menjadi mangsa aku untuk membuat kerja..dengan line internet celcom yg hanya EDGE benar2 memerlukan kesabaran saat loading.

perkhidmatan am yg aku lakukan benar2 buat aku obses dengan internet n blog!
3 hari aku tanpa line celcom kt kawasan aku ni leh buat aku x senang duduk,hingga sanggup aku nek moto n daku bukit semata2 mencari line internet tp tetap x leh..
obses kn aku ni?ke ada ag yg ag obses dr aku?sila angkat tangan :P


3 hari jgk tanpa line internet membuatkan kerja2 aku menimbun dengan banyaknya...
tp sempat lg update blog dengan idea yg agak meraban :P
ok,nt aku update lg.nk sambung kerja..
ada perkhabaran gembira untuk korang sumer..
bye..





















Monday, April 25, 2011

bahagiakah mereka??


Assalamualaikum….

Semalam lepas makan malam,tpon aku ada terima sms…
Dari kawan aku yg kawin pada 17.2 yg lepas…
Lebih kurang dh 2 bulan dorang kawin..
Dia cakap yg dia dh pregnant sebulan setengah…

Alhamdulillah…

Bertambah anak adam di muka bumi ni…
Penah korang dengar orang bahagia akan cepat mendapat rezeki berbanding mereka yg x bahagia?
Allah menguji mereka dengan tidak memberi zuriat kepada mereka…

Mungkinkah mereka tidak layak?

Atau mereka ada masalah dalam rumahtangga?

Atau mereka tidak layak bergelar ibu bapa?

Atau mereka tidak bahagia?

Semua 2 kemungkinan yg telah allah swt aturkan untuk mereka..

Tanpa kita tau hikmah tersirat disebalik semua kejadian ni…

Aku sendiri masih menunggu berita gembira,siapa yg x mau mengadungkan anak sendiri di dalam rahim selama 9 bulan..

Moga2 ia akan menjadi pengikat kasih sayang antara aku dan suami…

Moga2 suami aku akan berubah dengan kehadiran zuriat dalam keluarga kami..

Aku x penah berhenti memohon supaya allah murahkan rezeki aku…
Insyaallah…

Thursday, April 21, 2011

punca pembentukan batu karang

meh pakat2 baca artikel pasal batu karang.


Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.
 
Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.
 sme2 lh kita menjaga pemakanan n mengamalkan gaya hidup yg sihat untuk mengelakkan penyakit merbahaya pada masa akan datang,sekian...

Wednesday, April 20, 2011

pelamin oh pelamin..

assalamualaikum wbt,selamat tengah hari sume.
hehehe..semangat berbunga hari ni...
td kawan aku datang mintak tolong aku cari idea untuk deco dia punya pelamin akad nikah,almaklum la...skang kn dah bulan 4.jap je bulan 5 pas2 bulan 6...cuti sekolah mesti ramai yg nk wt majlis kahwin.klau buat bukan masa sekolah cuti,mesti ahli keluarga x dapat pulang bercuti kn?
pejam celik pejam celik je kn?tup tup dh masuk bulan 6..
ok,jom pakat review pelamin yg aku cari kt google..


 yang nie sesuai sangat untuk akad nikah


 
 aku suka sangat dengan pelamin ni..berkenan lak!






















aku...

sselamat malam semua...
entry yg ntah hape2 untuk aku tulis malam ni
aku sendirian..ntah nape mood kurang baik,
aku sendiri x pasti...
mudah terasa n ase ingin menangis..
ingin sekali aku pergi jauh n x kn kembali lg pada dunia aku sekarang...
sungguh,aku perlukan kekuatan untuk memusahabah diri tika aku bersendirian tanpa orang tersayang di sisi
aku punya dia tp di manakah dia??


K.U.A.L.A L.U.M.P.U.R

salam semua....
erm,dh lama aku x wt entry kn?aku x sempat nak bgtau korang yg aku p kL dengan mengejut!
aku sendiri membawa baju ala kadar sebab mak sedara aku menelipon dgn mengejut petang ahad yg lepas.pak sedara sebelah suami aku dimasukkan ke ccu di hospital banting..terkena serangan jantung.aku bertolak dgn hubby aku,mertua n mak aku pukul 8 malam n sampai kL dalam pukul 1.30 pagi.aku tidur kt umah mak sedara hubby aku kt flat pantai dalam.

pagi 2 dalam pukul 12 tengah hari aku bertolak ke hospital banting dengan 3 buah kereta bersama sepupu n mak sedara yg lain.jauh sangat dari pantai dalam ke hospital banting dimana hubby aku kena p amik sepupu dia kt klang.korang nk tau sepanjang aku jalan aku ke klang sampai ke kuala langat mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.tp best jgk tau kawasan kuala langat 2 sebab sepanjang jalan penuh dengan kedai jual baju tau,macam2 fesyen korang leh jumpa.disebabkan aku jarang2 p kL maka keterujaan hati makin berkobar2...dh lama sebenarnya aku x p kL.lebih2 ag sekarang hubby aku agak sibuk dengan kejenya..masa aku untuk berjalan2 agak terhad.

maaf dengan gambar yg agak kabur sebab amik pic atas kete

petang 2 kami x p mana2 pn,dk kt umah mak sedara hubby aku je,mak sedara aku x de kete untuk bawak kami jalan2 sebab anaknya pinjam kete mak sedara hubby aku 2.hubby aku sendiri pn dh lupa jalan kL maklumlah dh hampir 2 tahun lebih dia meninggalkan bandaraya kL yg makin pesat membangun.dengarnya sogo ada wt sale kn?bila p kL benda yg wajid aku beli mesti alat solek tp aku x beli brand yg mahal pn,paling x aku beli alat solek farmasi color cosmetics macam lipstick n eyeshadow.alat  solek mac,revlon n bobbi brown x penah ag aku pakai..bimbang effectnya ke atas kulit aku yg x comey ni..dh la x comey nt makin x comey disebabkan muka aku mudah dihinggapi jerawat.jadi aku kena berhati dengan setiap barangan mekap yg aku gunakan.



ok,asenya idea aku dh lari.nt jumpa lagi,bye. 

Sunday, April 17, 2011

perempuan

salam all...
pagi yg redup,mintak2 hari nie akan hujan.x tertanggung lagi asenya untuk menahan panas terik!korang sihat x?dengan cuaca yg x menentu skang ni,mudah untuk korang dijangkiti demam@selsema.arap2 pandailah korang menjaga kesihatan korang ek?lebihkan air kosong n kurangkan ais tp dgn musim panas ni mana mampu korang@aku sendiri menahan diri untuk minum ias kn? 


ok,nk start cakap pasal perempuan..aku terjumpa kelebihan perempuan.
bacalah....

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’ alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab..
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keromah (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
aku copy paste dr koleksi terbaik.

Saturday, April 16, 2011

panass.....

salam all....
tempat korang ari ni panas x?kt kampung aku ase tersangatlah panas,tp kt KL asenya hujan.betoii ke?
ase x nk wt pe2,nk dk diam2 jew...masuk dlm umah pn panas,masuk dlm kedai aku pn panas.ase nk p berendam je kt sungai p takot nk p sorang2..

weee....
rasa happy sangat sebab barang yg aku tunggu selama ni dh smpaiiii..
korang nk tau barang pe?x menarik pn tp nk hebah jugak kt korang,korang kn pembaca setia aku,tol x?
jumm jumm jumm
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 ni jew yg aku dk heboh 1 dunia,br sampai..panas3 ag taw.aku beli on9 je sebab hubby bz ngn keje..




petang2 cm ni x tau nk makan pe,sekarang musim buah mangga.pe kata kita makan mangga muda cicah ngn kicap n gula?best gk...
jomm..



haaa....dh siap pn,pe ag..makan r!

bagi korang yg x ske asam korang mesti ase x best..masam.sebenarnya aku bukan ske sgt makan asam disebabkan sekarang musim buah mangga,try la cket.amik ase pokok sdri...hehehe.







hehehe..x de motif kn entry aku,x kisah la...yg penting,kita happy!








Friday, April 15, 2011

bila susu dibalas tuba

salam all....
ermm...dh lama x update entry gara2 kebekuan otak untuk mencari idea n kesibukan aku mencari bahan untuk sumthing.
ok,korang nk tau nape aku tulis entry pasal susu dibalas tuba?mengikut peribahasa melayu,maksud air susu dibalas dengan air tuba ialah bila kebaikan yg kita lakukan dibalas dengan kejahatan.

2 la perumpaan yg paling tepat untuk aku samakan dengan sorang manusia ni+maaf,ayat kurang sopan+.bukan niat aku untuk mengutuk segala perbuatan dia tp rasanya perbuatan dia makin melampau dek kesenyapan aku dengan perbuatannya.x sangka lak cm2 sekali dia balas kt aku..

citernya cenggini....
ada jawatan kosong kt jabatan iktisad di kota bharu,kelantan...memandangkan dia x de keje n hanya memperabihkan duit mak ayah dengan menelan top up sebanyak 5 inggit sehari maka aku pn dengan bermurah hati memberitahu dia tentang jawatan kosong tersebut.

klau korang nk tau aku cn orang cm lembu dicucuk hidung...dia datang nk isi spa,aku tolong isikan dengan menggunakan email aku sendiri,dia nk mintak bukak fesbuk dia aku tolong,dia nk hutang top up sampai berpuluh hinggit,aku tetap senyap...tup tup kelmarin abangnya datang tanya aku nape x tepon kt adik dia mase posmen datang???

klau korang nk tau kedai aku wakil pos kt kawasan aku ni,tugasnya aku hanya menerina surat bukan menghantar surat!!ok,cuba paham?pagi 2 dia datang nk mintak tolong aku poskan suratnya memandangkan tarikh tutup jawatan 2 pada 21 april ni,maknanya 5 hari lagi.disebabkan aku sibuk dengan kedai bercampur dgn penerimaan surat maka aku terlupa untuk meneliponnya.salah aku jgk kan?tp yg buat ati aku panas dia citer kt family dia yg aku x nk tolong dia bagi surat 2 kat posmen.x patut asenya abang dia tanya aku cm2,sedangkan abangnya x tau pe yg telah aku tolong adik dia selama ni...sebelum membuat keputusan@berkata sesuatu,selidik dulu...jgn men terjah je.ia akan menyebabkan banyak pihak terasa.okeh???




 

                                                                                                                              with love,
                                                                                                                               

Sunday, April 10, 2011

perutku mintak diisi...

assalamualaikum sumer...
 kalau aku nk tunjuk kt korang aku rasa nk makan pe,korang akan baca x entry aku?hahaha...soalan maut g2!tentu korang akan cakap gila ke hapa nk tunjuk pe yg aku mkn!!
weeee...x pe la,masa lalu makan ni...makan je nk makan pe pn.*berat naik br padan muka kau*
ok2,aku nk tunjuk makanan yang aku kempunan ase nk makan.


1.cheezy wedges KFC
gila kentang betul la aku nih!


kegilaan aku terhadap cheezy wedges ni selepas hubby aku yg belikan.






2.kek keladi
best giler la kek keladi berbanding kek2 biasa yg lain.













last2 yg aku makan semalam cuma ini,x de selera.



Saturday, April 9, 2011

makanan yang membantu mengekalkan awet muda

assalamualaikum all...
hari ni aku terjumpa artikel tentang makanan yg membantu kita sentiasa awet muda.jom semak...

 

1. Minyak Zaitun: Minyak zaitun mengandungi polyphenols, sejenis antioksidan yang berupaya untuk mencegah penyakit akibat penuaan. Lemak tidak tepu di dalamnya turut ampuh dalam menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser.

2. Ikan: Ikan mengandungi lemak omega-3 yang baik bagi menurunkan kolesterol dan penyumbatan dalam pembuluh darah serta mencegah keabnormalan jantung.

3. Yogurt: Mempunyai bakteria baik yang berupaya mempertahankan sistem kesihatan pencernaan serta mengurangkan risiko penyakit usus yg berkaitan usia. Ia juga kaya kalsium yg dapat mencegah osteoporosis.

4. Kekacang: Vitamin, mineral, zat phytochemical dan antioksidan terkandung di dalam kacang. Kacang juga kaya lemak tidak tepu yg menawarkan manfaat serupa dengan minyak zaitun.

5. Blueberry: Penelitian dari Jean Mayer Human Nutrition Research Centre mendapati blueberry berupaya mengurangkan peradangan atau inflamasi dan kerosakan oksidatif yang berkaitan dengan penurunan daya ingatan dan kemampuan motorik di usia tua.

6. Anggur: Anggur merah mengandungi resveratrol yang melindungi diri daripada penyakit jantung dan diabetis.

7. Coklat: Kaya dengan flavanos, antioksidan yang dapat membantu melancarkan peredaran darah sekaligus mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit diabetis, darah tinggi, demensia dan penyakit ginjal.

tambahan:
+tidur kene cukup
+elakkan stress
+makan mengikut keperluan
+bersenam untuk mengeluarkan peluh(toksid)
yang penting,kita happy!!!

pembahagian netbook 1 malaysia

assalamualaikum...
hai all....
dah 2,3 hari line broadband aku tersangatlah lembap gara2 pembahagian netbook 1 malaysia.disebabkan kawasan sekitar rumah aku ni ketiadaan kabel telefon akibat dicuri,maka semua orang mengambil insiatif untuk menggunakan broadband.klau dh ramai orang menggunakan broadband termasuk aku menyebabkan line internet aku ni tirit menjadi lembap.klau dulu hanya 3,4 orang yg menggunakan broadband tp sekarang dh berpuluh2 orang menggunakn broadband.korang bayangkan hampir 4 ribu pelajar di 3 buah sekolah mendapat netbook percuma,sape x nk kn?
ada kebaikan dan keburukan aku nampak dalam usaha kerajaan untuk rakyat malaysia supaya celik it.korang sendiri tahu dalam semua benda korang boleh baca,lihat n kemudian tiru.macam2 kes dh berlaku disebabkan internet,kadang2 sampai ke tindakan undang2 spt kes video youtube datuk anwar ibrahim.macam2 dh dunia sekarang....sedangkan pembahagian netbook untuk pelajar sekolah menengah yg masa 2 mungkin masih mencari keseronokan.mungkin ada yg menggunakan untuk mencari maklumat mengenai sesuatu bahan,maklumlah budak sekolah menengah sekarang kadang2 perlu membuat folio atau kertas kerja tp sebanyak mana maklumat yg boleh mereka perolehi kalau lebih banyak hiburan dalam internet,mesti budak2 akan lebih ke arah hiburan.tp apa yg aku tulis ni cuma pandangan aku,setiap benda 2 ada pra kontranya.setiap orang ada pendapat masing2 n kita bebas meluahkan pendapat kita asalkan tidak melanggar undang2.ye x?




netbook 1 malaysia

skenya dia dapat netbook free

Thursday, April 7, 2011

bangun pagi2 siram atas kepala...cucur jagung.

as salam n good morning all...
sesuai ke aku letak tajuk 2?hehehe...saje je 2 nk bg suspen cket.
dlm pale otak ni x de idea pn nk tulis pe tp x pelh...yg penting tetap update skali shri.
hari nie hubby p keje pkul 4 pagi lg,semalam pn balik pukul 10mlm dh.
masa die balik 2..
aku:abang nk g keje pkul brpa esok?
hubby:pkul 4 pg
 aku senyap,dh boleh agak dh klau bos dia tepon suruh cepat siapkan keje untuk claim n sambung tempat lain plak!
dk paham sangat2 okeh!huh...

so,semalam aku buat cucur jagung.1st time belajar buat cucur jagung...lagipun kuih segera dh abis,x sempat pergi pasaraya sebab hubby sibuk keje memanjang.semalam aku wt adunan n pagi td baru aku goreng.sebenarnya aku ambik resepi cucur jagung ni dalam majalah seri dewi & keluarga keluaran april 2011.
pagi tadi aku keluarkan adunan n goreng..nampak cm jadi la jgk,hehehe...
jadi,aku nk kongsikan resepi cucur jagung ni dgn korang sumer...



cucur jagung

bahan2:
300gm tepung gandum
150ml air
15gm garam
150gm gula
150gm jagung manis

cara2 membuatnya:
-->gaulkan semua bahan kecuali tepung dan gaul sehingga sebati.
-->masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh.

lepas 2 korang blh la goreng sesuka hati korang,hehehe...pic x snap sbb blum siap goreng lg hubby aku dh makan n yg selebihnya aku masukkan dalam bekas bg dia bawak bekal supaya matanya x ngantok!

Wednesday, April 6, 2011

kena diet jgk!

salam...
erm,bila korang baca tajuk entri kali ni mesti korang pn leh agak kn?
2 la pasal,gara2 temankan hubby makan tiap kali balik keje lewat malam
kalau dia x de,sah2 aku x mkan mlm.
bulan 11 aku kawin..bln 3 baru berat aku naik.
korang nk tau berapa berat aku naik?5kg dear...
waaaaa......baju2 aku pn dh mula2 marah2 n perut aku dh mula menunjukkan belang sampaikan kawan2 aku cakap aku pregnant!
kalau pregnant btol2 x kesah la gemuk ke gumuk ke,ni hanya lemak yg mengisi perut aku.waaa.......


sebelum aku kawin ari2 aku dh diet n berjaya turunkan 5kg jd berat aku maintain 55kg?berat kn tp sebab aku tinggi{ceh,perasan!},jd berat ideal aku mengikut BMI hanya 55kg.sekarang dh naik 60kg balik...huhuhuhu.

klaua perut buncit cmne aku nk melaram...pkai baju2 dh lawa tp kt perut,mak oii...mcm pregnant 5bln.


no..no..no..no..no..no..no..no..no..no..

Tuesday, April 5, 2011

petua mendapatkan anak

salam n hye all..
dh lame asenya x update blog,statistik pon dh menurun.sungguh aku kekeringan idea ditambah dengan serangan gastrik yg kerap menusuk perut aku ni.makan pn sakit,x makan lagi la sakit.

badan aku pn sejak akhir2 ni ase lemah je badan,mudah penat klau buat pe2 keje pn.bila aku bgtau hubby aku,respon dia biasa2 je.x pnah teruja bila aku bgtau pe2,lebih2 dia lebih mementingkan org lain berbanding aku,aku sendirian dlm menjalani hidup aku sorang2 tanpa suami untuk dikasihi,sebab 2 aku terlalu mengharap untuk punya anak supaya hidup aku lebih bermakna.okeh2,kembali pd tajuk utama...


aku nk bagi korang petua untuk sape2 yg blom dapat anak,same2 kita berikhtiar untuk mendapat rezeki kurniaan Allah swt.






nie petuanya:
1.ambil segenggam kacang hijau
2.rendam kacang hijau dengan air yg sama aras dgn kacang hijau tersebut.rendam sehingga tubuh ekor anak tauge,lebih kurang 2 hari.
3.bila dh jd anak tauge,cuci dan buang kulit kacang hijau.
4.masukkan 2 gelas air ke dalam periuk dan rebus tauge tersebut  lebih kurang 15min dgn api yg sederhana.
5. apabila air rebusan dh tinggal separuh dan tapiskan.
6.minum air rebusan tersebut tiap2 pagi bermula hari period pertama sehingga waktu subur.maknanya sampai hari yg ke-14.
semoga kita same2 mendapat manfaat atas ilmu yg dikongsikan

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...