Followers

Wednesday, February 29, 2012

lemau+letih.

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
hari ni dah last day bulan februari..
saya memang sibuk ditambah dengan period pain.idea betul-betul kering 
nak update walaupun ada banyak yg menimpa diri saya.
masalah peribadi..sukar untuk saya terjemahkan dalam ayat-ayat blog.
cukuplah saya menanggungnya..
 
bila ada dua family..banyak perasaan yg perlu saya jaga
walaupun hati sendiri terpinggir.
nak luahkan pada suami,bimbang suami terasa hati dengan saya.
last-last saya pendam sendiri..tp memendam perasaan 
memang benar-benar memberi tekanan pada saya walaupun hati ini menangis.
 
bila saya terpaksa membuat muka manis di depan orang yg telah melukakan hati saya,
mungkin ini ujian yg harus saya terima sebelum bergelar ibu.
perkahwinan saya belum lengkap sepenuhnya,
walaupun hati meronta-ronta mahukan anak tapi saya 
terpaksa pendam sendirian..biarlah masalah antara saya,suami dan keluarga selesai 
terlebih dahulu.
 walaupun setiap dugaan yg datang ada kekurangan dan kelebihan sendiri,
tapi saya belum ada kekuatan dan keberanian untuk
membuat keputusan.biarlah ia berlalu dengan perlahan-lahan..
dan semoga Allah sentiasa merahmati setiap perjalanan hidup saya.
amin..
 
Thursday, February 23, 2012

T_T'

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 sejak diserang gastrik,berat turun 6kg.hahaha..best giler kot!
x adalah best sgt,kurang 6 kg..apalah sangat.
tak kan nampak badan ni susut melainkan turun 10kg..nak turun 6kg pun 
amik masa 2 bulan jgk ok.
tips:yg sedang berdiet tu,berat turun 2kg sebulan pun dah ok taw...

memang tak sangka pun berat akan turun sebab saya tak lah diet sangat cuma kurang makan
sebab tak lalu,
lagi-lagi kalau silap masa makan,perut mula meragam.biasalah gastrik,
makan pun sakit perut,tak makan lagilah..
perut ni asyik buncit je,penuh dengan angin.
sapu minyak halia pun still tak jalan.
last-last saya kurangkan minum ais.
baru ok ckettt....

saya perlu turun 3kg lagi untuk ke berat ideal 65kg.
hehehe..kurus sangat pun tak cantik jugak..oklah 65 tu sebab menag tubuh
saya kasar.klau kurus pun tetap nampak gemuk..
dah baka macam tu,hehehe.

tips:kurangkan ais untuk perut yg mudah buncit dan jangan lupa pakai girdle,

Wednesday, February 22, 2012

misha omar sah menjadi tunangan orang:)

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
Tuesday, February 21, 2012

alhamdulillah..syukur.

 alhamdulillah...saya bersyukur sangat2.
akhirnya...doc mengesahkan rahim saya tak ada masalah..
cuma mungkin bukan rezeki saya lagi untuk ada baby sendiri.
 
apa pun saya bersyukur sangat2 bila saya masih berpeluang untuk 
dapat baby saya sendiri.
sekarang doa saya agar impian-impian saya akan terlaksana tahun ini.
amin..

Thursday, February 16, 2012

percaturan hidup

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 kadang-kadang dengan ujian yg diberi pada kita
boleh buat kita terkedu,tanpa disangka kita menerima nasib begini.
bukan mengeluh dan menyesal dengan jalan hidup yg kita pilih..
tapi..
saya pasti Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita,
anak..
saya diberi ujian sukar mendapatkan zuriat.
keguguran di awal kehamilan..
saat tu putus asa,saling menyalahkan takdir bergolak dalam jiwa saya..
orang lain tidak melihat air mata saya tapi hati saya menangis.
kenapa saya diberi ujian sebegini sedangkan saya sedang ditimpa masalah lain ketika itu.
beratnya ujian..
 
tapi tanpa saya sedar masalah itu beransur pergi tanpa perlu saya berusaha
membaiki setiap kesilapan dahulu.
saat saya kehilangan anak yg saya kandung,saya bangkit berusaha
mendapatkan zuriat tanpa sokongan dari sesiapa.
mahu pun suami atau ahli keluarga.
bekerja siang malam hanya untuk baby..
menabung supaya saya dapat memberikan kehidupan yg terbaik untuk baby.
 
rezeki yg datang mencurah-curah tapi saya tak sempat mendapatkannya.
mungkin status sebagai isteri menghalang saya untuk bekerja keras..
walaupun minat saya ke arah tu tapi saya terpaksa mengehadkannya demi suami.
lagi-lagi kalau saya terpaksa berurusan dengan lelaki.
lebih-lebih lagi suami tak izinkan saya ke mana-mana seorang diri.
 
hidup kan...
setiap perkara yg berlaku ada kekuranganya..
dan ada juga kelebihannya..apa pun pandanglah ia dari sudut yg positif.
saya sendiri tidak ingin bersedih atas berita kedukaan yg saya terima.
bila kita tak dapat anak,mulut orang makin sedap mengata.
bayangkan kalau tak ada orang yg mengata/bertanya pasti kita tidak terlalu memikirkannya kan?
:)
 
Wednesday, February 15, 2012

endometriosis & cyst

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

lama kan saya tak update blog?
dengan kesihatan dan kesibukan menguruskan perniagaan yg agak kelam kabut,
saya seseolah hampir melupakan tentang dunia blog.(>.<)

saya pun tak pasti dengan keadaan diri saya sekarang.
tadi saya ke klinik,dah 2,3 hari sakit di bahagian ari-ari.kadang2 nak berjalan pun terpaksa slow2 je..
sebelum ni kesakitan tu akan datang sebelum dan selepas period.
itu pun cuma 2,3 hari tapi kali ni makin kerap.
risau dengan keadaan diri,saya terus ke klinik.masuk jumpa doc n saya terus cerita masalah saya.
terus doc suruh saya baring..lepas tu doc tekan perut saya dan kata doc saya
rasa ada 'sesuatu' kat sini sambil tekan perut saya.
mungkin awak ada endometriosis atau pun cyst..nak scan doc yg scan tu cuti.
lepas tu doc suruh saya amik air kencing takot-takot saya peknen.
dalam hati dah tahu saya bukan peknen.

lepas siap check sume doc sahkan saya hamil!
eh,bukan!tak hamil..cuma doc hairan dengan 'sesuatu' tu..
doc cakap lepas makan ubat klau sakit tu datang lagi memang saya akan scan.
tapi kalau betul-betul ada cyst,doc cakap memang tak boleh buat apa melainkan lakukan
pembedahan buang cyst tu.

rasa peluang untuk hamil makin nipis:(
rasa down sangat2 tapi saya tak de alami tanda2 cyst dan endometriosis tu sume!
harap-harap scan nanti tak ada berita sedih lagi untuk saya.
baru saya bertekad untuk tidak terlalu memikirkan pasal anak..
tapi bila saya diberitahu tentang "sesuatu",
terus rasa macam tak ada harapan...

~doakan saya yea semua..

Sunday, February 12, 2012

perkongsian dari suzana ghazali.

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
isteri bertakliq:sah atau tidak.

Seorang isteri yang sedang hamil lima bulan bertemu dengan saya, inginkan penjelasan tentang status dirinya yang terkini. Menurut si isteri, suaminya terlibat dalam hubungan dengan wanita yang bekerja di rumah urut. Dah banyak kali menegur sikap dan perbuatan si suami dan si suami pula, dah banyak kali berjanji untuk menamatkan hubungan tersebut tetapi janji hanya tinggal janji. Hinggalah pada satu malam, si isteri yang amat tertekan dicampur rasa sedih yang amat sangat, meminta suami berjanji, takkan berjumpa atau telefon atau jawab telefon perempuan tu lagi. Jika suami engkar, akan jatuh talak satu kepadanya (si isteri). Kata-kata isteri diakui oleh suami dan suami melafazkan, ya lah, abang janji…
Tidak sampai sebulan selepas perjanjian tersebut, si isteri dapat bukti, si suami ada menghubungi perempuan rumah urut tersebut malah beberapa kali si suami menerima panggilan daripada si perempuan. Bila diluah kepada si suami tentang perjanjian yang pernah dibuat, si suami menegaskan, perjanjian tersebut dilafaz oleh isteri dan suami cuma akui maka ia bukanlah takliq dan tidak jatuh talak. Rasa sangsi dengan jawapan suami, si isteri mengadakan temujanji bersemuka dengan saya.
Jawapannya: lafaz yang disebut oleh isteri tadi adalah juga termasuk di dalam kategori lafaz takliq sebab walaupun lafaz tersebut diucapkan oleh isteri tetapi lafaz si isteri diterima dan dipersetujui oleh si suami. Apabila lafaz tersebut berlaku maka perkahwinan suami isteri tadi telah digantung kepada syarat yang disebutkan di dalam lafaz tadi. Apabila syarat yang diucap berlaku maka takliq dikira telah dilanggar dan talak dikira jatuh, sama kedudukannya seperti lafaz takliq wajib yang dilafazkan oleh suami selepas selesai akad nikah.
Sebenarnya, takliq yang secara mudahnya bermaksud menggantung perkahwinan kepada syarat yang tertentu yang jika berlaku syarat tersebut, perkahwinan akan dibubarkan. Tak kiralah jika isteri yang melafazkan syarat-syarat tertentu itu asalkan syarat tersebut diakui, diterima dan dipersetujui oleh si suami maka takliq tetap sah menurut syarak. Apabila lafaz syarat tersebut berlaku, maka takliq dikira telah dilanggar dan perkahwinan terbubar.
Kalau suami bersetuju dan mengakui sekadar untuk menutup mulut si isteri? Tak kiralah apa juga alasan yang diberikan oleh si suami, asalkan lafaz si isteri tadi diterima walau dengan sekadar uacapan ya atau ok atau aah atau apa-apa juga lafaz yang membawa maksud terima, ataupun suami menganggukkan kepala, statusnya adalah sama: takliq tetap sah dan boleh dikira berlaku apabila syarat yang ditetapkan oleh si isteri tadi dilanggar.
Kenapa boleh berlaku? Sebab, talak bukanlah bahan gurauan. Talak yang disebut secara soreh iaitu jelas dan nyata walaupun dalam nada bergurau ataupun hanya dengan hasrat bergurau, tetap dikira sebagai talak yang sah. Jika lafaz yang disebut adalah lafaz kinayah iaitu lafaz yang tidak menunjukkan lafaz perpisahan yang jelas dan nyata tetapi lafaz tersebut boleh juga difahami sebagai lafaz perpisahan, talak boleh berlaku sekiranya si suami mempunyai niat untuk menceraikan si isteri.
Jika lafaz cerai sahih atau lafaz takliq ditulis atau ditaip oleh si isteri kemudian si isteri dapatkan tandatangan si suami, apakah talak dan takliq tersebut sah? Jawapannya; bergantung kepada keadaan ketika si suami menandatangani kertas yang ditulis atau ditaip oleh si isteri. Jika si suami membaca ayat-ayat yang ditulis atau ditaip itu kemudiannya menandatanganinya maka dikira si suami memahami maksud ayat yang ditandatangani itu. Secara jelasnya juga bermaksud si suami bersetuju dengan ayat-ayat itu maka jawapan mudah, talak dikira berlaku jika ia adalah lafaz talak dan takliq juga dikira sah dan akan berlaku bila syarat pada ayat-ayat tadi dilanggar.
Sebaliknya jika si suami tidak membacanya tetapi si suami tahu dan faham dengan isi kandungan ayat-ayat yang disediakan oleh si isteri kemudian bertindak menandatanganinya, keadaan tersebut adalah sama dengan keadaan jika si suami membacanya kemudian menandatanganinya. Namun, jika si suami tidak tahu apa-apa satu mengenai kandungan ayat-ayat tersebut dan si isteri tidak pula mengkhabarkan apa-apa pun tentang isi kandungan ayat-ayat tersebut kemudian terus ditandatangani oleh si suami, tandatangan tersebut termasuk dalam kategori cerai kinayah dan perlukan niat suami kenapa si suami menandatangani ayat-ayat cerai talak atau takliq tersebut?
Seperti yang pernah dan selalu saya jelaskan, talak sama ada lafaz soreh, kinayah atau takliq, bukanlah perkara gurauan atau mainan. Jangan bermain-main dengan lafaz-lafaz berbau talak. Sekiranya rasa ragu-ragu dengan lafaz yang pernah disebut atau diakui atau ditandatangani, rujuklah kepada pihak yang arif dan pakar untuk dapatkan penjelasan. Jangan sampai anda terlibat dalam persetubuhan syubhah pula. Paling penting, jangan tunggu sampai lafaz-lafaz tersebut berlaku tiga kali, baru nak buat pengesahan. Ya, rujuk itu ada tapi anda tetap perlukan pengesahan sejak awal bagi mengelakkan masalah di belakang hari…

Thursday, February 9, 2012

saya hamil???

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 err...tittle punyalah gempak tp hasilnya..
hampeh!hahaha..
tak nak lagi fikir pasal peknen ke,hamil ke,mengandung ke..
sebab?
sebab saya yakin satu hari nanti pasti ada rezeki buat saya.
cuma lambat atau cepat..

tapi...
penantian tu satu penyeksaan..
tiap kali pergi tengok baby,tuan rumah dan orang sekeliling mesti cakap
kawan-kawan dah dapat,awak bila plak?
x de rezeki lagi...
lepas gugur dlu awak tak lekat-lekat lagi.
erm..
tu jelah ayat saya bila orang sekeliling tanya pasal baby.
kat suami pn penah cerita macam ni..tp suami relax je(saya tau dia pn sedih)
kata suami saya mampu hamil cuma belum rezeki.
tu je ayat suami..dan saya terus diam.

hari ni rasa banyak sangat angin dalam tubuh ni.
nak muntah pun ada..lapar tp klau makan nak bernafas pun rasa susah.
bagitau mak..tp kata mak cek nanti tak datang period.
oh..

last-last dengar jelah cakap mak padahal saya takot kecewa.
yea..mmg sy tak ada kekuatan untuk buat upt.

Wednesday, February 8, 2012

wordless wednesday~wink wink wink~

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

Tuesday, February 7, 2012

azimat sirih untuk lulus bahasa inggeris

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’
Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

ttc journy:period cycle

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
sebelum ni..saya tak pernah pun cerita tentang period cycle..
sebab sebelum ni period saya memang teratur.kalau lewat pn cuma 1@2 hari.

bln disember tahun lepas,sy lewat 10 hari.biasanya period 6hb tp terlajak ke 16hb.
cd 35 br sy period..itu pun jenuh dk bt upt,last2 give up sbb biasanya upt x penah silap!

dari 16hb,biasanya period sy 5-7 hari tp kali ni cuma 4 hari!
tak pernah lagi sebelum ni cuma 4 hari.warnanya plak merah muda dan sikit2.
tak penuh pun satu pad.
tp saya fikir masa tu saya stress,jadi mungkin stress tu penyebab haid saya lewat.
 
bulan januari,cd 21 saya period.3hb,ada keluar brownish spot.
saya ingatkan cuma keputihan tp dah bau hanyir mcm darah.
tak ada simptom2 pun nak period,mmg tak sangkan nak period.
petang esoknya keluar sikit darah(macam nak gugur dulu).
terus malam tu saya pakai pad.

esoknya ada darah di pad dan memang saya period.
sama macam bulan lepas,warna muda dan sikit.
juga cuma 4 hari.
ada jugak baca kt forum pasal tanda awal kehamilan 
tp tak semua orang sama kan?
nak buat upt takut kecewa tp..

semalam rasa senak perut..
hari ni rasa menyucuk-yucuk sebelah kiri..
ingat nk pergi klinik tp tak jadi2 lagi.
asyik tak jadi je..
hmmm...

Monday, February 6, 2012

3 pasanan iblis untuk umat nabi adam..

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

suatu ketika iblis bertemu nabi musa dan meminta nabi musa bertanya Allah taala,mungkinkah Allah mengampunkannya andai dia bertaubat.nabi musa bersetuju mengemukakan soalan itu kepada Allah.
Allah memberitahu nabi musa,bahawa Allah akan mengampunkan iblis jika iblis mahu sujud di makam Nabi Adam.lalu Nabi Musa membawa jawapan itu kepada iblis.
iblis amat berang ketika mendengar jawapan Allah dan berkata waktu Adam masih hidup,aku sudah benci melihatnya sujud kepadaNya,inikan pula selepas dia wafat.
disebabkan engkau Musa bersetuju membawa pertanyaan ku kepada Allah,maka akan aku khabarkan keselamatan umatmu daripada aku tapi ingat aku dalam tiga keadaan ini.

pertama,apabila anak adam berdua-duaan lelaki dan perempuan yg ajnabi,maka aku yg ketiga.akan aku heret kedua-duanya ke lembah zina.maka ingatlah tipu dayaku kalau mahu selamat.

kedua,apabila manusia marah,maka itulah jerat aku untuk menyebarkan permusuhan sesama manusia.Akulah yg akan duduk di matanya sehingga merah menyala kebenciannya pada saudaranya.dan aku duduk di hidungnya sehingga kembang kempis hidungnya menahan kemarahan sehingga terjadilah permusuhan dan kebencian yg merosakkan.

ketiga,apabila seseorang itu keluar dari rumah semata-mata kerana Allah(berdakwah)
jangan dia pandang anak isteri dan rumahnya.kerana pada masa itulah aku akan tarik ingatanya pada anak isteri dan dunianya sehingga dia tidak mahu ke jalan Allah!

#salam maulidur rasul..

Sunday, February 5, 2012

amalan murah rezeki

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
 
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
 
Friday, February 3, 2012

welcome februari

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
kejap je dah masuk bulan kedua..
bulan februari..erm..bulan sambutan hari kekasih.
tp tak semestinya tanggal 14hb je kita perlu menyambutkan 
sebab setiap hari adalah hari berkasih sayang.

lagipun banyak yg negatif berbanding yg positif jika 
kita menyambutnya..
lebih-lebih ianya berasal dari agama kristian.
bertentangan dengan agama kita dengan mengikut upacara/adat agama lain.

bukan tu je,apa yg saya lihat..
hari valentine disambut dengan cara yg tidak bermoral..
mengadakan parti,mabuk dan yg lebih teruk hubungan seks!
saya percaya tu semua berlaku..

apa-apa pun,bagi saya setiap hari adalah hari berkasih sayang dan hari untuk kita terus mengenali 
hati budi pasangan kita.

gara-gara puntung rokok

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 seputung rokok menyebabkan kebakaran 14 unit pangsapuri.
isk..isk..isk.
memang tak sangka hebatnya sebatang rokok!

NILAI – Sebanyak 14 unit kediaman di Pangsapuri Taman Semarak di sini, hangus dalam kebakaran, kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, keseluruhan tingkat empat di sebuah blok di pangsapuri itu musnah, dipercayai berpunca daripada puntung rokok.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.26 malam dan mengambil masa lapan minit untuk ke lokasi.

“Tiba di lokasi, api sudah marak berikutan keadaan angin kencang menyebabkan api merebak pantas.

“Semua rumah di tingkat empat pangsapuri terbabit musnah dan kami berjaya memadamkan api daripada terus merebak ke tingkat lain setengah jam kemudian,” katanya.

Menurutnya, sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai serta Mantin berserta 18 anggota termasuk dari Senawang diaeahkan ke lokasi kejadian.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih disiasat.

“Walaupun tingkat empat pangsapuri ini tidak berpenghuni, namun kita percaya ia dijadikan tempat tinggal oleh gelandangan warga asing,” katanya.

Zainal berkata, kejadian itu kali kedua berlaku di pangsapuri berkenaan pada tahun ini.

 sumber:sinar harian

Wednesday, February 1, 2012

so sad

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

mengenang nasib diri..dimana kadang-kadang diduga dengan dugaan
tanpa saya bersedia menghadapinya.

dugaan dan dugaan yg berlaku disekeliling saya
buat saya sedikit sebanyak turut tertekan..rasa ingin lari dr semua ini tapi
saya tidak mampu.

tekanan dan dugaan datang bersilih ganti..
tanpa saya temui jalan keluar tanpa menyakiti hati sesiapa.

ya Allah...

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...