Followers

Friday, December 30, 2011

menanti zuriat part II

 
 
sambungan dari entry ini
saat saya bermuhasabah diri,saya mula sedar anak itu adalah rezeki dari Allah.
hanya Dia yg mampu memberikan rezeki tersebut pada saya.
saya hanya mampu berusaha dan mencari jalan ikhtiar sebagai satu usaha.
tidak guna saya menyelahkan suami atas apa yg berlaku kerana 
ia adalah takdir untuk saya dan suami.

pasti ujian yg diberi adalah untuk menghapuskan dosa-dosa 
saya dan suami.
dan berkenaan doa saya
-Allah tidak memberi pekerjaan pada saya kerana dia ingin menganugerahkan 
'sesuatu' buat saya.
-Allah menarik balik rezeki yg diberikan adlah juga untuk menganugerahkan
'sesuatu' buat saya.

anugerah itu adalah suami saya yg telah berubah 90%.
alhamdulillah,semenjak saya keguguran suami lebih memberi perhatian
dan punya kesabaran dalam dirinya.

apa yg saya harapkan,moga-moga tahun 2012 yg akan datang
saya dimurahkan rezeki untuk mengandung,melahirkan dan 
melihat anak saya membesar di depan mata saya sendiri.
Insya Allah.


 

menanti zuriat

#entri ini bukan entri untuk mengih simpati oke!
hye korang semua,selamat hari jumaat..
kalau korang tinggal di kawasan kelantan,hari ni dah cuti.
jumaat dan sabtu,kalau diluar kawasan kelantan hari ni keje kan?
hehehe..

aktiviti hari jumaat saya tak de kot sebab suami saya perlu naik ke kl.
ada keje dengan adik-beradiknya tapi saya tak ikut,buat penat jek
sebab lepas selesai urusan kat sana suami terus balik.
lain la kalau nak p shopping ke,jenjalan ke..
tu yg best!
semalam saya sempat blogwalking..
mungkin rezeki saya bila berjumpa dengan blogger yg senasib dengan saya.
yg mana telah bertahun kawen tapi belum dikurniakan zuriat.
sebelum ni saya penah cari tapi tak jumpa-jumpa jugak.
bila dah jumpa saya baca entri beliau satu persatu.
sayunya hati bila perasaan mereka menginginkan anak melebihi perasaan saya sendiri.
masyaallah,rupanya ada lagi wanita yg terlalu menginginkan anak
melebihi dari saya sendiri.

sebak dan hampir menitis air mata saya bila membaca luahan hati mereka.
saya juga seperti mereka tapi saya masih mampu menahan agar tidak menjadi 
terlalu emosi!
ibu yg ingin hamil tidak BOLEH stress,
menjaga makan minum dan kesihatan diri.
dan satu lagi pesanan saya,usah terlalu berharap.
(maaf kalau saya terlalu kasar tapi saya ada sebabnya)
saya pernah keguguran suatu masa dulu,dimana 7 bulan perkahwinan
rumahtangga saya dilanda ujian.
setiap kali saya solat,saya akan melakukan solat hajat untuk  menenangkan 
diri saya.disamping tu doa saya agar allah memberi jalan keluar pada saya
dari masalah ini.
saya hanya mohon 2 perkara pada Allah s.w.t
-dimurahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan dan berada jauh dari keluarga
-dikurniakan zuriat.

5 bulan usia perkahwinan,saya disahkan hamil 2 bulan.
tapi sayang kandungan saya tak bertahan lama,semasa kandungan 9 minggu
saya keguguran.menangis saat saya turun darah.
fikiran saya mula bercelaru dan menyalahkan suami atas apa yg terjadi pada saya.
2 bulan saya bermuhasabah diri,sejak tu ahli keluarga saya tidak pernah
merungut mengenai baby.

sambungan------->

Thursday, December 29, 2011

PA&MA

 
 
hye korang semua..
selamat pagi......

semalam ke bandar jap,beli barang sikit.
singgah jap kat kedai majalah,saje-saje je sambil tunggu mak beli barang.
belek-belek jap majalah..
lepas tu mata tertancap kat majalah pa&ma.

bukan setakat para ibu je tertarik dengan majalah nie
aku pun tertarik jugak tau!
masa mula-mula kawen dulu pun penah beli majalah pa&ma
sebab tajuk dia best.
persediaan untuk baby baru lahir.

sama jugak dengan edisi januari 2012,
SELAMAT DATANG ZURIATKU.

walaupun belum lagi bergelar ibu
tapi sekurang-kurangnya saya ada pengetahuan sebelum bersalin.
banyak info yg ada dalam edisi kali ni.
breastfeeding untuk ibu berkerjaya
bersalin dalam air dan bonus keadaan bayi selepas dilahirkan.
memang berbaloi beli majalah ni walaupun harganya
dah naik 50 sen.
jadi rm7.50,ok la tu sbb banyak info kat dalam tu.


ok,till then:)
bye!

Saturday, December 17, 2011

buah zuriat

 
 
baru-baru pergi umah jiran yg baru balik dari mekah,
saje je pergi saje2 dgn mak..
biasalah kan kalau orang balik dari mekah
mesti ada air zam-zam,buah kurma 2,3 jenis.
biasalah amik berkat try serba sikit.

nak balik tu,mse saya pergi salam dgn dia,dia cakap tunggu jap.
saya macam terpinga-pinga jgk ler,
ingatkan apa..tibe2 dia keluar bawak macam buah dalam plastik.
dia cakap dia beli buah zuriat,memandangkan saya belum mengandung lagi dia bagi saya cuba.
mana ler tau rezeki kan?

hari tu mse sy pergi rumah bidan kat kampung sebelah,
dia ada cakap kalau sape2 nak g haji,
pesan beli buah zuriat,memandangkan mse tu jiran saya tu dah pergi mekah.
memang tak sempat pesan kat dia.
last2 dia bagi buah tu kat saya,rezeki..
alhamdulillah..sekarang masih belum rebus lg sbb tak tau nak ambik isi dalam ke
nak buang sabut je..
kalau korang ada tau mana satu yg diambil utk direbus,
korang bgtau ek..


#doa-doakanlah juga yea,tq.


 
 
 
 

Tuesday, December 13, 2011

rezeki allah adalah anugerahNya.

 
 
semalam saya menerima berita gembira
isteri si F telah pun melahirkan seorang baby girl..alhamdulillah,terasa sebak
di dada.terus saya amik wudhuk dan bersolat..
jiwa saya perlu ditenangkan..saya sendiri tak pasti tentang perasaan 
saya tika menerima khabar tersebut.
sebab saya tau due saya sama dengan isterinya.

jika saya tidak gugur 7 bulan yg lalu,saya pasti sedang menimang cahayamata sendiri.
bukan untuk meraih simpati korang semua..anggaplah saya sedang mencurah 
perasaan yg saya pendam sekian lama di atas bahu rakan-rakan sekalian.


betol orang cakap,bila hati kte tak tenteram..kte akan khusyuk dalam solat.
sebab itu kadang-kadang Allah memberi kte ujian agar kte lebih dekat denganNya
(pandangan saya)
menangisi masib saya ketika Allah menarik balik rezeki..
tapi kini saya mula redha bila seseorang meniupkan kata-kata dalam diri saya
bahawa mungkin Allah memberi saya ujian begini untuk saya lebih mengenali saya
sendir dan juga suami.
saya mula memikirkan kata-kata itu
dan sejak dari itu,saya menemui kebenarannya..
sungguh,saya menemui kebenarannya dan sehingga sekarang
saya mampu mengorak langkah yg lebih jauh dalam bisnes bersama-sama suami.
Alhamdulillah...

Monday, December 12, 2011

kehamilan kosong

 
 
 
sumber:facebook
 
Hamil tapi tidak ada bayi dalam kandungan biasa juga disebut dengan kehamilan kosong atau blight ovum. Seperti kehamilan pada umumnya, ibu yang mengalami kehamilan kosong ini juga mengalami terlambat menstruasi, mual dan muntah diawal kehamilan serta terjadi pembesaran perut. Ketika dilakukan tes kehamilan, si ibu dinyatakan kehamilan positif. Hal ini disebabkan kerana plasenta juga menghasilkan hormon kehamilan yaitu human chorionic gonadotropin (HCG). hormon inilah yang memberi syarat bahwa kehamilan sudah terjadi

Namun sayang, meskipun janin sudah terbentuk, tapi janin tersebut tidak tumbuh berkembang dengan sempurna. Kandungan hanya berupa kantong yang berisi cairan. Seorang ibu akan diindikasikan telah mengalami kehamilan kosong apabila telah dipastikan melalui pemeriksaan USG.

Penyebabnya

* Hampir 60% kehamilan kosong disebabkan adanya kelainan kromosom dalam proses pembuahan sel telur dan sel sperma.
* Meskipun prosentasenya tidak terlalu besar, infeksi rubella, infeksi TORCH, kelainan imunologi, dan sakit kencing manis/diabetes melitus yang tidak terkontrol.pada ibu hamil dapat menjadi menyebabkan terjadinya kehamilan kosong.
* Kian tua usia istri dan suami serta semakin banyak jumlah anak yang dimiliki juga dapat memperbesar peluang terjadinya kehamilan kosong. 

Pencegahan

*Melakukan imunisasi pada si ibu untuk menghindari masuknya virus rubella ke dalam tubuh. Selain imunisasi, ibu hamil pun harus selalu menjaga kebersihan diri dan lingkungan tempat tinggalnya.
*Sembuhkan dahulu penyakit yang diderita oleh calon ibu. Setelah itu pastikan bahwa calon ibu benar-benar sehat saat akan merencanakan kehamilan.
*Melakukan pemeriksaan kromosom
*Tak hanya pada calon ibu, calon ayah pun disarankan untuk menghentikan kebiasaan merokok dan memulai hidup sehat saat prakonsepsi.
*Periksakan kehamilan secara rutin. Sebab biasanya kehamilan kosong jarang terdekteksi saat usia kandungan 

masih di bawah delapan bulan.





Sunday, December 11, 2011

kuasa sebuah doa

 
 
doakan lah yg terbaik untuk dia walaupun hati ini terlalu berat!
semoga semuanya dipermudahkan kerana dia pernah
menjadi sebahagian dari diri ini.








rantai burung hantu haram?

 
 
 
pagi ni bukak facebook kejap..tengok2 perkembangan kawan-kawan
masa sekolah dulu,kot2 ada yg bertunang x gitau kte!hik hik..
kot2 dah ada kawan-kawan yg dh ada baby baru(#x sbr nk pegi tengok bby!)

tup..tup..
ada cerita baru pasal rantai burung hantu yg famous amos untuk penggemar vintage
adalah HARAM!
haram okeh..memang saya x penah beli dan x berminat dgn perhiasan macam tu
tapi untuk korang2 yg penah membeli dan memakai barang perhiasan 
yg menyerupai bentuk binatang,manusia dan apa saja yg bernyawa dikira haram.

seperti mana hadis RASULULLAH:
maksudnya:"malaikattidak akan memasuki rumah yg di dalmnya terdapat patung-patung
atau gambar-gambar(sesuatu yg bernyawa)"
nak tau lebih lanjut klik sini.


.doa pembuka pintu rezeki.

 
 
 
DOA DHUHA

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikkannya kecantikkanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya PerlindunganMu

Ya Allah jika rezeki masih di langit turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
KecantikkanMu
KeindahanMu
KekuatanMu
KekuasaanMu


Limpahkan kepadaku segala
yang Engkau telah limpahkan
kepada
hamba-hambaMu yang soleh
 
 
 
 

Wednesday, December 7, 2011

pantang larang terhadap bayi

 
 


1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
p/s:sejauh mana kebenarannya,sy sendiri x pasti.cuma untuk berjaga2.kuasaNya mengatasi segalanya.. 

wordless wednesday!

 
 
 
 
 

 


 
 

Monday, December 5, 2011

versi Rumahtangga:abang mintak izin nak kawin satu lagi??

 
 
rasanya saya masih baru setahun jagung dalam perkahwinan.
mungkin belum layak untuk memberi masihat/pandangan dalam perkahwinan.
tapi,bila ia berlaku dengan seseorang yg dekat dengan saya
saya terpanggil untuk melontarkan rasa hati saya.


kesian sebenarnya saya melihat si isteri..menangis,termenung sepanjang hari.
tapi si suami masih bergembira dengan perempuan lain.
si anak yg masih tak tau apa-apa merengek2 dengan atoknya nak makan kfc.
si anak pun tau kalau mintak dengan si ayah,pasti si ayah suruh mintak dengan ibunya.
bila merengek dengan si ibu,pasti dimarahinya sebab fikiran si ibu tengah berserabut!

bila saya merenung dalam-dalam perkara yg berlaku di depan mata saya,
saya kesian..rasa nak menangis tengok si anak yg masih kecil
yg belum kenal air mata ibu..
terpaksa melalui pengalaman dimana tiada si ayah untuk menemani mereka sepanjang hari.
dimana sebenarnya kasih sayang seorang ayah terhadap
anak-anak yg masih kecil?

tidak timbul ke perasaan insaf/sedar diri dalam ayah mereka
bila kanak-kanak yg lain bergembira bermain di taman bersama ibu bapa mereka
makan bersama di restoran.
kalau dengan perempuan lain,sanggup plak si ayah keluar makan,teman shopping dan menumpang bahu untuk perempuan itu menangis bila diserang isteri tua!
sedangkan isteri menangis di rumah,ditengkingnya sebab macam budak-budak!
sama-samalah kita mendoakan kebahagian rumahtangga kita.

semoga saya juga dijauhkan dari perkara-perkara yg dapat 
merenggangkan hubungan saya dengan suami.
tak sanggup rasanya saya nak tengok anak-anak jauh dari kasih sayang seorang ayah.


korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...