Followers

Tuesday, November 29, 2011

cerita cuti

 
baru-baru sempat cuti seminggu..
start niaga balik,keje berlonggok-longgok..
sampaikan saya mintak tolong kakak semak barang.
barang customer mestilah dijaga dengan baik kan?
nanti kalau rosak kita jugak yg susah.
kena ganti pulak ambik masa yg agak lama jugak.

cuti pada hari pertama saya ke kuala lumpur..
tak pergi jalan-jalan pun,cuma ke pejabat felda.
lepas selesai urusan kat pejabat felda saya terus balik.bayangkan saya bertolak dari rumah pukul
6.30 pagi,sampai kat rumah pun pukul 6.30 petang.
12jam atas kereta,letih giler.

hari jumaat saya bukak kedai jap,
rehat je kat rumah..
hari sabtu saya ke kemahang sebab bsn nak buat pelancaran perbankan tanpa cawangan.
turun dari rumah dalam pukul 7 pagi
masa pelancaran tu hujan turun renyai2..
tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
lepas siap kat kemahang saya terus ke kota bharu
ke rumah mak sedara saya,rehat kat sana..
masa kat kota bharu tu sempat lah jugak jalan-jalan,makan-makan..
tak delah sampai shopping sakan..
pagi esoknya terus balik rumah..
tak larat dah asyik tido lewat je..
muka pun dah tak bermaya dah..

oklah,otak dah blur,otak dah tak tau cerita kali ni tunggang langgang ke hape(- -")

Monday, November 28, 2011

kegilaan hujung tahun



 
hai korang semua,selamat malam...
wah..kegilaan hujung tahun?apa tue?
Y.E.S
yaer end sale!
pergilah mana-mana shopping complex mesti akan ada jualan akhir tahun macam ni
masa ni mesti tiba2 nak jadi kaya
yg belum bersuami mesti nak suami kaya.
yelah masa nilah boleh ambik peluang menbeli-belah dengan potongan harga kan?
masa ni mesti berfikir kalaulah aku punya duit yg banyak!

baru-baru saya ada ke shopping complex..
beg ada sale,kasut ada sale,guardian and watson pun buat sale jugak!!!
sape tak sawan macam ni...
pulak-pulak time gaji..

tapi apa nak buat poktku kosong!
terpaksa memendam rasa..
oh,dengan gaji yg separuh riban2 aja..
mana ku mampu shopping sakan....
mse ini rasanya mau menagis..hahaha!
 
tak adalah sampai macam tu sekali
aku sempat jugak beli,beli mask je...mask dari watson..
superb giler.
dah lama tak mersa kulit smooth macam ni..

oklah,nak tido dh..
penat sangat buat keje rumah tak henti-henti dengan kenduri kawen lagi.
biasalah cuti sekolah kan?

selamat malam...































Monday, November 21, 2011

HAPPY ANNIVERSARY SAYANG

alhamdulillah....

hari ni adalah hari ulang tahun perkahwinan kami.
terima kasih sayng...
kerana telah memberi sebuah kehidupan yg bahagia kepada saya.
sayang menjaga saya saat saya sakit.
sayang menyuap saya saat saya tidak mampu untuk menyuap makanan saya sendiri.
sayang sama-sama menangis bersama saya saat saya keguguran.
sayang sanggup marahkan doktor kerana saya tidak diberi ubat saat saya ditahan di wad.
dan saat itu,saya amat pasti....hanya saya dihati sayang.


dan buat selamaya saya akan sentiasa disisi sayang.
doa saya agar kita dimurahkan rezeki,beroleh zuriat yg soleh dan solehah
dan bersabar dalam menghadapi apa jua yg melanda dalam rumahtangga kita.
happy our 1st anniversary sayang.






 

















payung emas

semenjak dua menjak ni update mesti pasal cerita je kan?
macam dah tak de keje lain nak buat,
kalau hujung bulan memang tak menyempat nak tengok tv
sebab siang hari kat kedai
malamnya plak terpaksa ke bandar,sekarang kan dah ada cdm
senang nak bank in walaupun bank dah tutup.

korang tengok tak cerita payung emas kat tv3 baru-baru ni?
lakonan farahdhiya dan remy ishak.
nampak ayu je farahdhiya bertudung.

ceritanya berkisarkan hidup bermadu
apabila hidayat,suami farahdhiya lakonan remy ishak begitu menginginkan
zuriat sedangkan ain(farahdhiya)tak mampu memberikan zuriat pada suaminya
kerana dia disahkan mengidap penyakit apendiks dan terpaksa dibedah
tapi sayang baby dia tak dapat diselamatkan.
#sayu sangat part ni,macam saya je ditempat ain.sob..sob.

ain terpaksa membenarkan hidayat berkahwin lain
kerana dia tidak mampu melahirkan zuriat.           
ain memilih khadijah,pembantu hidayat di pejabat untuk menjadi madunya.

selepas berkahwin,khadijah disahkan hamil
dan hidayat lebih banyak menghabiskan masa bersama khadijah.
sara,sepupu nor ain yg baru bercerai
menemani ain di rumah selama beberapa hari.

sara mula menghasut ain dan ain mula
bersikap dingin pada hidayat.
keesokkan paginya hidayat kemalangan dalam perjalanan ke pejabat.
dan pengakhirannya mestilah happy ending kan?
mereka semua bersatu dan bahagia bersama dimana khadijah juga selamat
melahirkan seorang bayi lelaki.


saya sendiri tak tahu apa perasaan saya lepas tengok cerita ni,
entah la..
rasanya saya tak sehebat dan setabah ain jika saya berada di tempat ain.
moga-moga allah sentiasa memberi saya kekuatan dan ketabahan dalam menjalani hidup ini.
amin....




Saturday, November 19, 2011

"susuk untuk kuat solat"




KUALA LUMPUR: “Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.
Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.
Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.
Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.
Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.
p/s:alahai macam-macam benda yg berlaku sekarang kan?

masterchef malaysia

assalamualaikum...

good morning...alhamdulillah,saya masih berpeluang mengecapi hari ini
dengan rasa yg cukup indah.

masterchef malaysai?
erm..dah lama ditayangkan kat tv,sekarang dah 18 peserta dari 24 peserta.
sebelum ni ingat tak best masterchef,ingatkan ia hanyalah satu program masakan 
macam chef ajar org memasak
lepas tu baru test.

rupa-rupanya tak...
tengok buat pertama kalinya buat saya jatuh cinta dengan program masakan
kali ni.
sebelum ni saya cukup tak ske tengok program masakan kt tv sebab kadang2 saya 
belum sempat lagi tengok bahan apa yg dimasukkan terus dia masukkan bahan yg lain.
tak puas hati tengok.
tapi..
walaupun masterchef ni bukan ajar penonton memasak
tapi saya rasa saya mampu cedok resepi dari peserta untuk pelbagaikan masakan.
saya kagum dengan peserta
mampu membuat masakan yg sedap dan unik dengan bahan asas yg diberikan.
cepat otak diarong fikir masakan apa yg perlu dimasak
dengan bahan2 tersebut.

kalau saya ditempat diaorang
saya rasa saya tak mampu!
kecuali saya telah mempunyai pengalaman memasak dimana
saya mampu menyediakan masakan barat,timur,itali dan macam2 lagi lh.
apa yg saya tengok
peserta bukan dari bidang masakan.
kalau dari bidang masakan takkan diaorang diterima masuk dalam masterchef kan?
ngeee....
macam pelajar,doktor gigi,artis dan suri rumah.
saya tabik dengan korang semua!!!





Friday, November 18, 2011

si tudung tweet

http://3.bp.blogspot.com/-a4l7P333HbQ/TqPzEbfH8OI/AAAAAAAABJM/WvQYD4NIRoE/s1600/assalamualaikum3.png


cerita dah lama ditayangkan kat tv tp saya baru nak buat entry.
sibuk bebenor nampaknya..sibuk ke?
hahaha..sendiri tanya sendiri jawab yea,x lah sibuk mana pun cuma sibuk blogwalking ke blog korang semua.
best tau baca blog blogger lain,lebih2 lagi kalau pasal pregnancy.
kalau korang nak saya masuk dalam blog korang hari2,jangan lupa buat entry pasal pregnancy tau.

yang belum kawen takkan nak buat entry pregnancy kot?????
tak pe,saya masih blogwalking ke blog korang semua cuma tak semua saya tinggalkan komen yer.
kalau ada shoutbox saya akan tinggalkan jejak kt situ tp ble line lembab memang shoutbox tak kan keluar.



ok2,tengok tajuk entry kt atas,
saya nak cerita pasal drama si tudung tweet yg ditayangkan di tv9 baru2 ni.
dimana pelakonnya terdiri drpd liyana jasmay(zubaidah)juliana evans(marissa).izzueislam dan afiq muiz.baca sinopsis cerita si tudung tweet ni dulu
Telefilem menarik arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.

Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! Telefilem mesti tonton ini pastinya menghiburkan anda seisi keluarga.
sumber:perekacerita.com






Wednesday, November 16, 2011

cerita raya aidiladha

assalamualaikum...


lama giler nak update cerita raya kan?
tapi raya aidiladha kali ni lebih best berbanding tahun lepas sebab tahun lepas sibuk nak
buat persiapan kawen.
aidiladha kali ni saya qurban.
buat makan kat rumah mak saya
dan kebetulannya abang ipar saya buat aqiqah kat rumah mertua saya.
jadi saya memang sibuk..
bangun seawal 6 pagi saya

disebabkan saya uzur,memang tak dapat nak sembahyang hari raya aidiladha.
satu kerugian di situ..sedangkan sehari sebulan raya saya sllu
berdoa supaya saya sempat sembahyang raya tahun ini.
tapi mungkin allah tak izinkan.
(T  T)


selepas ahli keluarga saya balik dari masjid
terus kami pergi ke tempat menyembelih lembu,jalan kaki je sebab dekat je dengan rumah.
tak sampai 5 min pn..
pertama kali melakukan ibadah qurban!
saya gementar.

lepas siap semuanya
saya terus pulang,memasak hidangan untuk tetamu yg datang tengah hari nanti.
lepas siap memasak di rumah saya
terus saya ke rumah mertua sampailah petang.
sungguh penat rasanya raya aidiladha kali ni.
lepas siap kemas-kemas umah mertua terus saya balik
rumah saya.

siap mandi,solat dan makan
terus saya tido,memang letih sangat2.
bangun-bangun dah masuk waktu maghrib.
sampaikan tetamu yg datang pn saya tak layan.
rumah kawan2 pun saya tak pergi

raya kedua terus saya balik kampung.
kat ketereh,kota bharu.
pergi kubur arwah atuk dan jenjalan kat rumah saudara mara.
biasalah kalau raya aidiladha mesti wajib makan kat rumah yg kte pergi tu kan?
setiap kali singgah rumah sedara mara mesti hidangkan nasi.
memang kena langgar diet time raya nih!

petang tu kami sekeluarga decide nak ke tesco,
takde benda pun nak cari sebenarnya
tapi sebab kaki family saya ni jenis ske berjalan
dan ble driver on je memang tak kena suruh dah!
dia ikut je,hehehe..


kat tesco x bli apa-apa pun
cme beli makanan sejukbeku dan makanan ringan je.
sempat timbang berat tp naik lg 3 kg dlm mse 6 bln!erkk..
terus set nak diet,x kre dh mcm mn pun.
lepas siap semua shopping kt tesco tu terus pergi wakaf che yeh.
sebenarnya wakaf che yeh terkenal sebab ia adalah pasar borong.
tapi bagi saya,pasar wakaf che yeh ni masih mahal
macam baju t-shirt,jeans,selipar dan beg....harga standard pasar malam.
sama je dgn harga pasar malam,abes tu dimana murahnya wakaf che yeh ni?

kalau nak murah pergi munduk,sempadan thailand-malaysia
tak pun rantau panjang..tapi rantau panjang tu mahal la cket berbanding munduk.

raya ketiga terus balik rumah,rehat.
raya keempat dah start niaga balik,dah tak berduet lepas raya ni..
hehehe..


p/s:entry ni dah lme sebenarnya tp hari ni baru nk publish!


sebelum  tu,sesapa belum daftar churp-churp.klik sini okeh!


Saturday, November 12, 2011

doa untuk mengelakkan keguguran part 2


Menurut Ustaz kat Darussyifa', doa ni boleh juga digunakan untuk menahan kandungan i.e. menahan daripada kandungan jatuh @ gugur.

Caranya:

Masa kita baca Surah Al-Ikhlas tu dari Ayat 1 : Qul huwallah huahad - stop kejap dan niatkan --> Ya Allah, pertahankanlah kandunganku (dan lain-lain yang kita mintak)

Then sambung Ayat 2 : Allahussomad - stop lagi dan niatkan --> Ya Allah, pertahankanlah kandunganku (etc)

Sampai laa habis surah Al-Ikhlas tu.

Jangan lupa baca Al-Fatihah tau! Takut korang tak perasan! :)




doa untuk mengelakkan keguguran

sambungan dari entry nie

SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung) 

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


Terjemahannya:

Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Cara-cara Bacaan.
Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.





info tentang keguguran

assalamualaikum....

sebenarnya info ni saya dapat masa saya cari doa untuk mendapatkan zuriat.
terjumpa info ni kat blog resepirahsiaku kalau tak silap.
korang try la google balik yea sebab dah lama 
saya simpan dalam laptop saya
cuma belum berkesempatan nak buat entry.
lagi-lagi ia adalah pasal keguguran dimana saya rasa blog saya dah penuh dengan
entry pasal keguguran tapi lepas baca blog rakan blogger
dimana ia juga keguguran,
hati saya tergerak untuk buat entry ni.
anggap sajalah bahawa ia ilmu yg bermanfaat.
Fakta Keguguran
Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran
Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko keguguran
Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:
  1. Pemakanan yang tidak sihat
  2. Merokok
  3. Horman yang tidak seimbang
  4. Jangkitan kuman
  5. Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.
  6. Terdedah pada radiasi dengan banyak
  7. Mengambil ubatan yang memudaratkan bayi
  8. Demam yang tersangat panas
  9. Rahim yang tidak normal

Bila perlu berjumpa doktor?
Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :
  1. Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
  2. Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
  3. Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
  4. Keluar lendir yang berbau dari faraj
  5. Demam melebihi 38 darjah C
Selepas keguguran:
  • Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
  • Jangan gunakan tampon
  • Jangan douche vagina anda
  • Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
  • Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
  • Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.
Dilatation and Curettage (D&C)
Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.

Hamil selepas gugur
Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.

Kehamilan Hampir Gugur
Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom
Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:
  • Merah pekat
  • Merah cair
  • Coklat
  • Kadang-kadang sangat sedikit
  • Kadang-kadang berketul darah
  • Sakit belakang
  • Sakit pada ari-ari
  • Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur
Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:
  • Jangkitan kuman pada faraj
  • Polip pada pangkal rahim
  • Hamil di luar rahim
  • Cancer pangkal rahim
  • Bagaimana diagnosa dibuat?
Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.

Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:

Tunggu dan lihat
Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.

Kurangkan aktiviti yang lasak: 
Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.

Ubat Progesterone
Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.

Tenangkan fikiran
Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran
Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.

beauty contest from aina rahman

assalamualaikum...


tbe2 jadi semangat nak update blog sbb jumpa contest yg best giler hadiah dia!
nak tau hadiah apa?
baca sampai habis oke...
nak join klik sini

Terma dan syarat :
  1. Peserta dikehendaki LIKE page Aina Rahman .
  2. Terbuka kepada kaum wanita dan warganegara Malaysia sahaja.
  3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Disember 2011.
  4. Seorang, satu penyertaan sahaja.
  5. Pemenang akan terbahagi kepada 2 bahagian :
  • Berdasarkan cabutan undian
  • Referral terbanyak
  1. 6. Pemenang akan diumumkan pada 21 Disember 2011 dan keputusan adalah muktamad.

Cara-cara penyertaan :

  1. Like page Aina Rahman di facebook.
  2. Buat satu entry ringkas mengenai contest ini di blog anda. Sertakan banner contest seperti di atas dan backlink kepada blog Aina Rahman.
  3. Tag 3 orang (minimum) rakan anda. Semakin ramai yang anda tag, makin tinggi peluang anda untuk menang ketegori "referral terbanyak".

Hadiah² yang ditawarkan :

  • Pemenang utama :
    - 1 set barangan make up bernilai lebih RM 100.
    - 1x sesi make over percuma dari Aina Rahman.
  • Pemenang referral terbanyak :
    - 1 set barangan make up bernilai RM 50
    - 1x sesi make over percuma dari Aina Rahman.
  • Hadiah saguhati akan diberikan sekiranya jumlah penyertaan melebihi 50 peserta.
disebabkan follower blog saya kebanyakkannya terdiri dari kaum perempuan,
maka saya nak tag korang semua oke tak?
join jgn tak join tau sebab hadiah dia adalah barangan make up!

 

Wednesday, November 9, 2011

november datang lagi


assalamualaikum...

november merupakan bulan yg paling banyak memberi kenangan 
pada saya.

bulan november saya menemukan seorang lelaki
bulan november saya disatukan dengan lelaki yg
sangat saya sayangi
bulan november juga dimana hujung bulan november ni 
sepatutnya saya dijangka bersalin
tp sayang kandungan saya tak kuat dan gugur pada 21.5.2011.
dan pada 21.11.2011 nanti merupakan ulang tahun perkahwinan
saya yg pertama.

ia benar-benar memberi kenangan yg adakalanya pahit dan 
adakalanya manis.
tapi sekarang,saya sedang menikmati kemanisan atas kesabaran yg 
saya pertaruhkan dengan ketabahan.
alhamdulillah,saya mampu menghadapi ujian-ujian yg diberi
kepada saya.

apapun saya bersyukur dengan rezeki kurniaanNYA.



korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...