Followers

Sunday, December 2, 2012

Doyan crepe :P

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

sana sini pakat duk sebut pasal durian crepe,durian crepe,durian crepe...
2 hari x bukak fb terus ada fenomena baru kt facebook.
mula2 tengok durian crepe,
nampak sedapa..dengan inti kt dalam nampak fresh.

terus google cari resepi buat durian crepe
dan jumpa..ada yg guna tepung gandum je,ada yg tambah tepung ubi
dan tepung jagung.
tapi bila tengok bab inti,alahai..kena guna whipping cream.
dah la kat tempat saya susah nak dapatkan whipping cream..gula aising ada la..
huhuhu..

terpaksa batalkan kejap keinginan tu..
orang cakap tu hanya nafsu dan kehendak..keperluan tu yg penting.
hehehe...
tak pelah,slow2..insyallah takkan berputus asa untuk cari whipping
cream.hohoho..

Monday, November 26, 2012

cuba dan terus mencuba

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

alhamdulillah..alhamdulilla..alhamdulillah

semakin saya mendekati yang Maha Esa,makin saya menemui makna
hidup dan hala tuju saya.

Janji Allah pastinya benar dan doa saya semoga saya sekeluarga sentiasa dimurahkan
rezeki.

Ujian demi ujian yg mendatang
memang susah untuk dilalui pada mulanya tapi alhamdulillah,
Allah membuka jalan lain pada saya.
saya mula bangkit perlahan-lahan..sampaikan masa tu dengan duit yg selalu tak mencukupi
dan mula pjj dengan suami.

mula2 kehilangan memang saya down sgt,
luaran saya nmpak ok sampaikan org tak tahu pun yg saya keguguran 
sebab hari kedua keguguran saya dah bukak kedai.
saya usahakan sikit-sikit dengan saki baki duit yg ada
dan sekarang,saya mula mngecapi nikmat allah.
alhamdulillah,semoga iman saya takkan goyah lg lepas ni.
Insyallah..

Thursday, November 22, 2012

HAPPY 2ND ANNIVERSARY

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

TAPI PERKAHWINAN KAMI,MACAM-MACAM ADA,
cam ni

DAN AKHIRNYA,
ALHAMDULILLAH.......

Friday, November 16, 2012

BANGKIT KEMBALI...

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

dah lama betul saya tak buka blogger,
dah banyak ketinggalan citer kawan2 yg sllu menyokong dan mengikuti segala 
perkembangan saya.
follower saya pun dah banyak meningkat..

terima kasih banyak atas segala nasihat dan sokongan yg kawan2
semua berikan,ia dah cukup untuk buat saya kuat.
selepas melalui segala keperitan,kesedihan dan kehilangan..

sekarang saya cuba bangkit kembali,
walaupun menghadapi masalah kewangan dan kehilangan dalam satu masa
saya cuba bangun tanpa mengharapkan pertolongan suami.
alhamdulillah,Allah tetap memudahkan laluan saya untuk menghadapi ujianNya.

bab ttc,saya akan merancang untuk beberapa bulan.
saya nak rehat dulu..tak sanggup sebenarnya kalau ia berulang lg.
plan saya lepas ni cuma jumpa bidan kampung selepas 40 hari dan
berjumpa ustaz sebab saya tahu ada yg tak kena dengan diri saya.
benda tak nampak tapi kita tahu syaitan dan iblis memang wujud!

lepas 4-5 bulan baru saya akan ttc balik,
kalau ada rezeki saya lepas ni,saya akan bukak buku pink di hosp swasta dulu
sebab dah banyak kali saya terasa hati dengan misi2 kt kd ni.
maklumlah saya kerap gugur tp rekod kosong,
saya buat buku awal semata2 untuk selamatkan kandunga saya tp
sindiran yg saya terima,x pelah..org x rasa apa yg kita rasa
kecuali mereka ditempat kita...

Thursday, November 8, 2012

alahan ketika mengandung

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

Saya ingin berkongsi status kawan saya yang saya rasa amat bermanfaat untuk semua kaum ibu terutamanya yang beragama Islam. 
"Semalam saya dapat perkongsian ilmu dari seorang cikgu dalam kelas, saya pun baru tahu dan ianya sangat BERMANFAAT dan sy rasa patut di kongsikan dengan semua:

Katanya kepada kaum wanita, berdasarkan pengalamannya…semasa kita mengandung, ingatlah ALAHAN yg kita alami spt, loya2, pening, mengidam makanan pelik2, itu semuanya perangkap dari syaitan. Kalau kita terlalu ‘melayan’ alahan kita, tu yang sebab nak benda pelik2 tu. Cikgu tu kata, syaitan akan berusaha menggangu anak dlm kandungan sehingga mungkin akan gugur, sbb syaitan berkata, "Anak dlm kandunganmu itu adalah anak soleh, jadi kalau aku tak boleh ganggu ketika kamu ‘bersama suami’, aku akan ganggu anak dalam kandunganmu sehingga gugur ’’.

Jadi peringkat 6 bulan pertama kehamilan adalah fasa yang kritikal di mana syaitan akan berusaha habis-habisan utk menggugurkan anak dalam kandungan kita, bacalah ayat al-quran sebagai pelindung diri, mohon kekuatan dari ALLAH, agar semuanya selamat, sebab kalau kita tak kuat dalam tmpoh ini, itulah yg menyebabkan macam2 terjadi semasa mengandung.

**Ya, mungkin dari segi perubatan, alahan yg kita alami tu sbg satu SIMPTOM, ttp sbnrnya klau dlm islam kita kna tahu yg alahan yg kita alami itu adalah perangkap dari syaitan. Wallahualam"

#perkongsian dalam persatuan ibu ibu comel mengandung.

Monday, October 29, 2012

saya x mampu :(

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

hari ini genap 2 minggu saya kesayangan saya pergi,
terlalu sukar rasanya hidup saya sekarang,dugaan datang bertimpa2.
saya sendiri belum mampu melihat perempuan yg sarat mengandung atau pun
baby yg baru lahir.

saya sukar mengawal emosi sendiri..
kadang2 org di sekeliling saya yg menjadi mangsa terutama suami saya.
pantang ada silap sikit,banyak yg terkeluar dari mulut saya.
suami pulak mudah sgt naik angin sekarang,
hubungan saya dgn suami dah x macam dulu..mgkn suami pn tertekan
tp apa saya blh buat,semua ni ujian Allah utk saya.

saya benar2 perlukan ketenangan sekarang,
perlu bersendirian..perlu cari kekautan dalaman dan bermuhasabah diri.
saya x mampu utk jadi sekuat dulu..

Monday, October 22, 2012

perkongsian sahabat fb

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

- link sahabat fb..

Saya teringat lebih tiga tahun dulu ketika saya meminta nasihat perkahwinan dari salah seorang naqibah yang sangat saya sayangi dan hormati...pesannya, " Jaga ruhiyyah, jagalah ALLAH. Kak sendiri, bila berusaha menjaga hubungan hati dan ibadah dengan ALLAH, hati rasa tenang saja bila pandang suami, rasa cinta dan sayang... Bila ibadah dan hati kita kucar kacir tak ingat ALLAH, solat lambat, tak b
aca Quran, tak zikrullah - ada saja yang tak kena dengan suami..."

Saya berusaha mengingati pesan ini bila saya rasa bermasalah dalam perhubungan dengan suami, famili atau teman-teman. Ya, saya pun sama saja seperti kamu ada masa-masanya perasaan rasa down, sunyi, rasa sedih, rasa geram, rasa marah, rasa tak puas hati, rasa sunyi...cemburu lagi :D

dan macam-macam perasaaan negatif bertandang - bila hati kita kosong dari mengingati Tuhan.

Jagalah ALLAH nescaya ALLAH menjagamu. Hanya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang.

Bertanggungjawablah atas perasaaan kita sendiri. Berhenti menyalahkan orang lain atas ketidakbahagiaan yang kita rasa. Check iman dan hati sendiri....adakah hati kita bersarang dengan syaitan kerana tak membiasakan zikir dan menghayati ayat Quran?

Adakah hati kita keras kerana lafaz istigfar tidak diresapkan ke hati hingga yang nampak hanyalah kesalahan orang lain - suami, kawan-kawan, anak-anak, orang sekeliling - sedangkan kita sendiri punya terlalu banyak kelemahan dan kesilapan?

Rasa kecewa, sunyi dan marah yang berterusan adalah kerana hati kita tidak bersambung dengan kasih sayang dan cinta tuhan. Hanya orang yang dekat dengan tuhan akan tenang. Hanya orang yang mengisi hati dengan cinta ALLAH akan bahagia dan membahagiakan.

Tahukah kita syaitan amat suka berlegar-legar di dalam rumahtangga untuk merosakkan kasih sayang dan menimbulkan pergaduhan. Kalau hati kita leka dan jauh dari ALLAH, maka syaitan mengambil peluang itu untuk mencucuk perasaan negatif ke dalam jiwa seperti prasangka buruk dan cemburu..

Saya kini menyedari bila saya berusaha menggarap hati dengan Tuhan, saya akan memandang suami dan madu-madu serta anak anak dengan rasa bahagia dan ketenangan, dengan hati yang lapang dan kasih sayang...

Bila hati terleka dari zikrullah apatah lagi berbuat yang sia sia dan membuang masa, itulah masanya saya rasa serabut lagi menyerabutkan suami :P

Fikiran juga melalut lalut dengan perkara negatif atau bersangka buruk - kerana hati kita dirajai syaitan.

Berhenti memburukkan pasangan, atau madu, atau mertua ipar duai, atau rakan sekerja, atau teman-teman sekeliling... mulakan muhasabah kelemahan sendiri, perbaiki hati insyaALLAH ALLAH hadirkan teman-teman dan pasangan yang membahagiakan ♥

Lihat lah hati dan iman kita, jika tak berusaha mengenal dan tak berusaha mencari redha ALLAH - itulah sebab rumahtangga selalu tak indah, kehidupan sulit dan susah, tak henti-henti di timpa musibah.

Auzubillahi minash shaitonirrojeem..Mohon perlindungan ALLAH dari godaan syaitan.

Sahabat-sahabat muslimah yang baik, ayuh merubah hati. Ayuh merawat dan menata hati. Aurakan cinta dan bahagia. Pulangkan hati kepada ALLAH

Saturday, October 20, 2012

TTC:not ready yet..

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

tunggu lah dulu,bukan serik tapi kali ke 4 amat mengharapkan yg terbaik.
x de duit pn x pe asalkan saya dapat baby,
sekarang dah banyak habis tapi masih gugur jgk..
insyallah 5-6 bulan lagi pasti ada berita gembira..terima kasih byk2 atas kata semangat dan dorongan.
saya masih belum mampu hilangkan peristiwa tu sebab
rasanya peristiwa tu paling sedih + gembira sepanjang tahun ni.

gembira :- sebab saya berpeluang melihat baby saya cukup sifat..

sedih :- bila saya terpaksa merelakan dia pergi..

insyallah,saya takkan berpaling dari jalanNya..saya harapkan lepas ni
pasti ada perancangan yg lebih baik :)

Thursday, October 18, 2012

PJJ

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

start dari hari saya gugur bermulalah PJJ...

berpantang..

hari ni hari ke ke empat aku berpantang,biasanya klau gugur aku cuma 
pantang makan 3 minggu je,lepas tu akan mula ambik makanan
yg berminyak/digoreng dengan kadar yg sedikit..

petang semalam terliur ubi kentang goreng,
budak-budak cakap potato spring..ntah la betul ke x..
ambk sikit dalam 3 keping senyap2..
malam tu terus rasa menyucuk-yucuk sakit kat perut..rasa senak je sampailah
ke malam..

tekad dah tak nak langgar pantang lg
berani ambik tu pun sebab saya dah rasa sihat..sebab suami x de saya
terpaksa handle kedai sorang2.
saya dan suami dah start pjj..klau orang tanya bila suami balik,
saya sendiri pun tak tahu -.-"
sedih betul!

Tuesday, October 16, 2012

kronologi 15 oct 2012

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

pagi semalam,tepat2 jam 8 pagi..
baby saya keluar..
alhamdulillah..baby saya keluar dengan sangat senang..
memang tak sangka yg baby saya dah keluar..

saya bangun pagi tu dalam pkl 6.45pg..
sebab saya dah turun darah malam tu,saya terus ke tandas..
rasa nak kencing tu datang kerap sangat..
dah rasa sengal2 kt ari2 dan rasa memulas tu x de lgsg..
 kontraksi rahim je kadang2 datang,saya ke bilik air..
kali kedua ke bilik air,rasa ada sesuatu keluar di permukaan jalan..
saya ingatkan cuma darah beku sbb memang tak sangka saya akan gugur pagi tu jgk..
dalam pukul 7.30 pagi tu,fil saya datang bawak minyak selusuh..
saya minum 1 sudu kecik..dalam 15min saya rasa ada benda keluar
sakit kejap je..saya ingatkan darah beku..
lepas sakit reda jap,suami saya nak sapu minyak selusuh kt perut 
tapi saya cakap saya nak mandi dulu..

masa kat bilik air,saya bukak pad..
terkejut sangat!
baby saya dah keluar..knpa saya cam baby saya?
sebab baby saya dah cukup sifat,ada tangan,kaki dan mata!
ALLAHUAKBAR...Allah memberi saya peluang utk melihat baby saya!
3x keguguran tapi baru kali ini Allah tunjukkan saya rupa baby saya.
walaupun saya tak tahu baby saya lelaki/perempuan tapi
sekurang2nya Allah menunjukkan kebesaranNya pada saya..
teringin nak ambik gambar utk dijadikan kenangan tapi rasanya
tak elok saya buat macam tu..

betul lah kata doc,baby saya x de heartbeat..
baby saya sempurna,masa dia lahir pun dia tak bercampur darah..
dia lahir dalam keadaan bersih walaupun berada di atas pad.
sungguh,kali ini saya redha..Allah sayangkan dia.
Allah tunjukkan kebesarannya pada saya,anak saya hak Allah..

keguguran kali ni saya tak ke hospital,cuma inform misi kd je..
sebab baby dah terbentuk dan cukup sifat,mak n ayah saya decide nak kebumikan dia elok2.
suami saya ambik bidan dan bungkus baby tu dgn kain putih.
tengah hari tu suami saya keluar kerja..saya tahu dia pun sedih n saya izinkan dia pergi 
sebab saya dah rasa sihat..
malam tu dia sms saya,luahkan segalanya..
saya tahu dia jgk kecewa..tp Insya allah pasti ada perancangan yg lebih baik di depan hari.

ttc..
saya takkan serik utk mengandung balik andai ada rezeki saya,
cepat atau lambat saya terima sbb saya tak pernah merancang!
alhamdulillah,hati saya lebih tenang..Allah sentiasa bersama saya,insyallah :)

Sunday, October 14, 2012

redha dan bersedia

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

pagi tadi bangun rasa menyucuk kt ari-ari..
tp ligat lg memasak utk suami,macam tau2 je saya akan diuji hari ni..
dan sekarang saya dah turun darah merah muda :(

mama dah bersedia melepaskan kamu pergi sayang,
kamu hak Allah dan hanya Allah yg mampu menguabh takdir kita.
andai belum masanya takdir kita untuk bersama,mama redha..
kamu dah mengajar mama untuk kuat,
walaupun seketika tapi mama hargai masa kamu bersama mama.
terima kasih banyak untuk kamu my dear.

insyallah akan ada adik kamu menyusul selepas ini,
Allah memberi mama ujian ini sebagai tanda Allah menyayangi mama
tapi Allah lebih menyayangi kamu.
doa mama andai kamu untuk mama,kamu akan membesar dgn elok di dalam
perut mama..
tapi andai kamu belum menjadi hak mama,
mama doakan semoga semuanya dipermudahkan..
bukan senang untuk melahirkan kamu sayang..
mama perlu kuat dan berkorban..semoga kesakitan ini akan menghapuskan dosa-dosa mama.

Tuesday, October 9, 2012

brown spot :(

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

masa saya nak solat maghrib tadi,baru saya perasan ada brown spot
di panties..
sebelum ni elok2 je x de discharge yg teruk pn,warna putih biasa je..
tapi bila keluar brown spot,saya pasti ia salah satu tanda keguguran..
hati saya memang kecewa,seseolah diri saya tak izinkan baby saya pergi dari saya..
tapi sape saya untuk menentang takdir Allah..

saya pasti kecewa saya kali berlainan dari yg sebelum2 ni..
entahlah..saya tetap makan duphaston walaupun doc pakar dah tak bagi saya
makan ubat tu tapi bagi saya,
andai Allah inginkan baby tu pergi dari saya..ia tetap akan pergi.
saya pasrah..

saya pasti lepas ni hari2 saya akan makin suram..
melewati hari2 untuk menunggu masa "melahirkan" zuriat ketiga saya :(
bulan ramadhan yg lalu,saya tenang menjalani ibadah kepada sang pencipta..
tapi bila diuji berkali-kali..
hati saya tetap lemah untuk menerima takdir Allah..
apa salah saya???

saya tetap akan berharap sehingga baby ni keluar sendiri,
berharap yg doc silap dan rasa hati saya akan betul yg baby saya akan selamat
sehingga ke saatnya nanti,amin..

Thursday, October 4, 2012

baby saya memang dah tak de :(

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

pagi tadi saya pergi scan sekali lagi..
memang doc tu cakap baby saya dah semakin kecut dan bila2 masa je boleh gugur.
perasaan saya..

entahlah..fikiran saya seseolah blur.
tak tahu nak buat apa,yg blh saya lakukan sekarang adalah menunggu
baby saya keluar dan stop makan duphaston.
disebabkan saya makan duphaston,baby saya tak keluar...
entah apa nasib saya..
betul orang cakap klau ada alahan maknanya baby tu sihat
sedangkan saya langsung tak ada alahan.

mengapa saya terus terusan diuji..
lebih baik diuji dengan tiada anak dari kehilangan anak yg kita kandung.
apa yg tak kena atas diri saya sampaikan saya tak berpeluang untuk memeluk dan 
mencium anak sendiri.
perlu ke saya berlagak seseolah tiada apa2 yg berlaku
dan teruskan hari2 sehingga tanda2 keguguran turun dan saya terpaksa menahan sakit
untuk mengeluarkan baby saya sendiri.

Wednesday, October 3, 2012

doc :baby awak mungkin dah x de...

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

pagi tadi saya ada temujanji dengan doc pakar di hospital..
sampai kt sana biasalah kena timbang dan cek bp.
lepas siap,tunggu jap lps tu nurse panggil nama saya masuk jumpa doc.
doc tnya itu uni..bla bla bla..
lepas tu naik katil untuk scan..nasib saya dapat doc lelaki.
tp x pelah bukan scan ikut bawah pn kn?

scan punya scan doc tu tak nampak apa2,
doc perempuan plak scan..maklumlah pakar kt gov ni gabung satu bilik.
tempat scannya cuma 1 je..
scan punya scan doc tak nampak pun denyutan jantung saya..
jantung pn tak nampak.
panggil doc pakar sendiri,dia pun cakap baby tu macam dah tak de harapan untuk hidup!
saya diam..tak tau nak fikir apa masa tu bila doc cakap macam tu.
doc cakap baby tu tak gugur sebab doc ada bagi ubat duphaston..
doc bg temujanji 2 mggu lg..
keluar dari bilik doc terus saya nanges,saya x ada kekuatan untuk kehilangan anak yg
saya kandung buat kali ke 3..

tak layak ke saya untuk jadi seorang ibu???

Friday, September 28, 2012

antara dua

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

tajuk entri dah macam lagu kan?
tapi tu yg saya rasa sekarang...susah utk lepaskan diri dari dua2nya..
serba salah,diluah mati mak..ditelan mati bapak!
saya cuba sedaya upaya untuk telan sedalam-dalamnya sorang diri.
saya tau tak elok saya beremosi macam ni..
tapi hati saya sedih,terlalu sedih..tiada kekuatan langsung untuk saya tersenyum.
seseolah saya berada di dunia sepi sendirian..

saya mohon semangat,agar Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk tersenyum..
tanpa perlu saya melalui semua ini..
entah sampai bila saya perlu melaluinya sorang diri..
suami...dia hanya senyap bila saya utarakan benda ni..
saya tau dia pun serba salah macam saya tapi saya yg menanggung!
bukan dia!!

Tuesday, September 25, 2012

perubahan

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

sekarang saya dah 10 minggu,baru 2 bulan lebih..
tak sabar sebenarnya saya nak lepasi trimester 1..risau tkt2 ada apa2 berlaku.
harap dijauhkan segalanya,aminn..

banyak yg berubah lepas saya disahkan mengandung,
bab badan yg mengembang..mula mula je rasa macam tu sebab penangan duphaston.
doc suruh saya makan 1 biji pagi dan 1 biji malam
tapi sebab kesan duphaston tu maha hebat,saya cuma ambk 1 biji je.
mula mula takut ada komplikasi apa-apa
tapi sebab selera makan bertambah-tambah..
lepas tu klau telan duphaston sebelah malam,pagi esoknya perut saya
kembung sangat.sakit bila ditekan..nak jalan pn kne slow-slow je.
lepas berminggu-minggu kena macam tu,saya terus tak ambik duphaston sebelah malam.
tapi syukur alhamdulillah,setakat ni tak ada sebarang masalah lagi.

bila saya ambik 1biji je duphaston,terus tak lalu makan nasi.
klau bleh nak makan mee ke,bihun ke..
malam2 plak saya akan makan roti atau biskut je.
kadang2 teringin jgk mkn fastfood macam maggi,burger..
tapi kadang2 jelah..tak kerap sangat.

setakat ni masalah saya vaginal discharge yg agak teruk gk bagi saya.
memang tak selesa,tiap2 hari kena pakai pantyliner..
cuma dari hasil carian saya,vaginal discharge tu normal bila last trimester 1.
harap-harap ia akan normal balik lepas ni..

bye!

Sunday, September 16, 2012

pregnancy : 9 weeks

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

#hanya doa yg tak putus-putus dipanjatkan pada Allah swt agar bayi saya
selamat hingga ke saat melahirkannya nanti.amiin..

Friday, September 7, 2012

langkah pencucian penting untuk hamil

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

pengalaman keguguran 2 kali sangat2 berbeza..
yg mula2 dulu tak tahu apa-apa kn?
sebab baru 5 bulan kawen,lps mengandung 2 bulan gugur..
masa gugur ni,emosi yg memainkan peranan.
tak boleh terikut2 sangat dengan emosi.
keguguran pertama ni bg saya sangat sakit,tak pernah rasa lagikan sakit macam tu.
masa dalam pantang cuma jaga makan je,tak makan apa2 jamu@supplement pn.
sebab tak makan apa2 tubuh selalu je sakit2,lebih2 lagi bahagian pinggang.
tak boleh duduk lama sikit,mula la sakit2 n lenguh2.
lepas makan bidadari baru sakit pinggang tu hilang.

keguguran kedua selepas genap setahun keguguran yg pertama.
nk masuk 3 bulan..
masa ni memang tak berharap sangat sebab saya tau kandungan saya bermasalah,
selalu sangat keluar cecair coklat yg agak pekat.
bila jumpa doc kt kk,dia cakap spotting walaupun masa tu dia nampak pelik dengan kandungan saya.
agak kecewa di situ..
lepas keluar semua,doc scan pn dh x de apa2..
hari ke 5 saya mula minum bidadari balik..sepanjang minum bidadari,
banyak darah berketul-ketul keluar.
rasa macam sakit sengugut masa nak keluar darah berketul tu.
saya minum dekat 45 hari,terus stop sebab dh dekat dgn period masa bulan puasa tu.
tup..tup saya tak datang period bulan puasa dan disahkan peknen seminggu selepas raya.
masa saya jumpa bidan dulu pun,dia ada bgtau saya klau darah kotor dah keluar habis kt jalan kita,
senang la klau nak lekat balik..

kalau korang yg mana hanya overweight n ada masalah peroid tak teratur,
saya sarankan produk pencucian biodex..
(tp seelok2nya cuba dapatkan nasihat dr pakar dlu sblm buat sesuatu yea)
tapi produk tu agak mahal la bg saya..
tak pun cuba produk bidadari dulu/apa-apa produk yg boleh mencuci bahagian peranakan kita.
tak semua masalah tak datang period disebabkan hormon.
saya pun gemuk jugak,berat 70kg tp period tetap tiap2 bulan.
cubalah dulu yea,kita tak tahu apa yg berlaku dalam badan kita.
cuba ikhtiar yg mana serasi k..jgn pernah give up dan stress.
serahkan semuanya pd Allah swt.kandungan yg saya kandung sekarang
hadir tanpa saya berharap apa2 sebab tak sangka Allah swt bg rezeki pd saya secepat ini.
alhamdulillah..<3

Tuesday, August 28, 2012

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

alhamdulillah........
inilah doa saya selepas solat dan solat terawih.
agar Allah memberi saya peluang untuk menjadi seorang ibu dan menguatkan rahim saya
untuk menampung bayi saya.

 hampir dekat dengan tarikh period sy,sy berharap yg bulan puasa tahun ni,
puasa saya akan penuh dan sempat solat sunat aidilfitri.
dan alhamdulillah,Allah makbulkan jugak doa saya untuk solat sunat aidilfitri.

masa tu tak perasan lagi yg saya mengandung,teruskan aktiviti raya.
beraya ke rumah sedara mara..
bila sedara mara tnya,saya akan jawab yg saya bru keguguran 2 bln lepas.
memang tak sangka rezeki saya kali ini,secepat ini.
tak terluah dengan kata2 saat sy tgk result upt..

bila tgk result positif terus saya pergi beli ubat kuatkan rahim di farmasi.
tapi ahli farmasi tu cuma bagi obimin..
setau saya,obimin hnya vitamin yg mcm acid folic.cuma bezanya obimin 
lebih banyak vitamin dan mineral je kn?
acid folic plak untuk org yg bru 2-3 bln mengandung kn?
klau tak silap saya la sebab saya pun masih belum arif bab-bab macam ni.

belum lepas 3 bulan dah gugur,pengalaman tu tak de.
tapi kesan makan obimin,saya jadi segar..tak letih dan pening2 dan mual hilang.
cuma saya masih tak buat kerja-kerja berat.kemas umah pun ala kadar je..
cuma badan makin kembang sebab asyik lapar je.
tak kisah la gemuk pun,aslkan kali ini saya berpeluang memegang dan memeluk
anak saya sendiri..:)

Saturday, August 4, 2012

bla..bla..bla..

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

hampir sebulan saya tak update entry,sepi betul blog saya.
macam tuan blog ni diselubungi rasa sedih n masih beremosi,betul x?

emosi..sy dh buang emosi jauh-jauh dr hidup saya.
saya cuma nak hidup tenang dan dikelilingi dengan penuh kasih sayang.
walaupun kadang-kadang dikecewakan oleh manusia yg tak punya adab!
apa pun itu adalah satu lumrah kehidupan..
kata seorang teman saya,saya seorang yg kuat semangat!
itu yg saya perlu buat dalam hidup saya :)

soal ttc...saya nak berehat seketika dari ttc.
org cakap klau kita dah gugur kali kedua,peratus untuk peknen balik lekat elok
rendah..
apa pun saya akan cuba berusaha sebaik mungkin.
bukan kata saya berehat tnpa berusaha tp tak terlalu memikirkan soal ttc.

raya..hehehe :)
persiapan saya ala kadar je...biskut raya pn buat yg senang2 je..
pemalas sebenarnya :P
baju raya pn biasa2 je,cuma lebihkan persiapan untuk rumah..

OPSS!!
sebelum terlupa saya nk ucapkan

  SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURIH UMAT ISLAM
DAN SELAMAT MENYAMBUT 
HARI RAYA AIDILFITRI..

Friday, July 6, 2012

x-ray

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

lama betul saya tinggalkan blog..
entahlah,fasa stress saya sudah berakhir..
saya dah ada hobi baru cuma mood bercuti tu x kesampaian :(
x pe,lepas raya memang kne plan betul2.

minggu lepas saya dapat call dari klinik o&g.
katanya saya kne datang x-ray 15 july nnti...untuk tengok kedudukan blader n kidney..
saya tak tau macam mana prosedur x-ray ni,
apa pun saya harap saya tak perlu lagi jumpa doc..

baru-baru ni saya ada pergi umah bidan,
sebenarnya untuk dia rasa apa ketulan yg ada dekat rahim saya.
sakit sangat masa dia tekan2 benda tu tapi dia tak cakap apa2 pn pasal 
ketulan tu cuma dia cakap yg peranakan saya rendah sangat.
dia cuma bagi akar kayu direbus dan minum.
katanya untuk naikkan peranakan saya.

saya harap sangat yg ketulan tu akan hilang,
tak sanggup lagi rasanya menunggu doc berjam-jam!

Wednesday, June 27, 2012

sambungan kisah jumpa pakar

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

saya sampai kat sana dalam pukul 9 pagi.
sebab saya dah biasa dengan bilik doc pakar tu,jadi tak perlu nak tanya2 orang
kat mana bilik tu.bila saya masuk dah ada 8 orang kt dalam bilik tu.
terus saya bagi surat rujukan dari HGM.

lama jugak saya menunggu,kebetulan hari tu rmai orang jumpa pakar untuk buat pap smear.
hampir 2 jam saya menunggu baru nama saya dipanggil.
giliran saya kne dgn doc lelaki,lelaki pun lelaki lh kn?
nak buat macam mn,apa2 pun doa saya masa tu agar dpt tau ketulan tersebut!

doc terus tgk gmbar scan kt surat rujukan tu..
? dermoid ovarian cyst..
terus doc suruh saya baring utk scan..macam biasa bila scan mesti smpai kt ari-ari kn?
scan tu terus doc jumpa ketulan tu.bentuk macam kidney..
saya pun nampak..kadang2 nampak macam kantung baby!
bila nampak macam kidney,doc terus scan cari buah pinggang.

golek sana,golek sini still tak jumpa.
doc tu panggil doc scan,doc yg satu lg tu pun tak jumpa jugak buah pinggang saya :(
mana mungkin saya tak de buah pinggang kn?
dah 21 tahun hidup,sebelum ni tak de masalah apa-apa pun!
doc pun tak tau nk bg jawapan apa lg terus dia cakap,
nanti sy telefon awak utk temujanji dgn pihak x-ray.

bila dah dapat tarikh,pihak kami akan call awak!
disebabkan hari tu ada rmai orang buat pap smear,saya pun tak terkecuali.
doc tu suruh saya buat masa tu jugak sebab dh dekat 2 tahun kawen pun
belum pernah buat pap smear,hehehe..
bila nurse pkd suruh g saya akan bg macam2 alasan!
hehehe..

apa pun,kehilangan anak saya kali ini buat saya belajar untuk lebih kuat.
perasaan saya tetap kecewa dan rasanya kecewa ni tak akan sembuh sehingga saya mendapat pengganti 
yg baru!
terlalu payah untuk saya ubati kecewa kali ini.
bila org tnya saya dah sihat ke belum,saya pasti akan tersenyum!
hanya Allah yg tahu betapa kecewanya saya..tapi saya redha.
andai ini takdir saya sebelum saya mengecapi kebahagiaan,saya redha..
saya pasti allah telah merencanakan yg terbaik buat saya selepas ini.
andai dugaan saya kali ini dapat menghapuskan dosa-dosa saya yg lalu,
saya redha..

Tuesday, June 26, 2012

kisah jumpa pakar

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

saya masih belum kuat sebenarnya untuk bercerita
tentang kisah saya berjumpa pakar sakit puan semalam..
dengan mata yg masih membengkak dan hati yg belum cukup tenang sepenuhnya.

kedua-dua anak saya mati sebelum sempat dia melihat dunia!
dan doc jangkakan kalau saya mengandung selepas ini
berkemungkinan kandungan saya jugak akan gugur berikutan rahim saya yg 
tidak normal.

doc pun tak boleh kesan apa penyakit saya yg sebenar..
doc cuma cakap yg ketulan ni bukan cyst dan sewaktu dengannya..
sebab kalau cyst,ia cuma mengandungi cecair bukan darah.
ketulan saya ni plak ada darah dan berbentuk buah pinggang.
doc cakap,takkan la buah pinggang berada di depan uteras..
entahlah..dot..dot..dot!!!

Saturday, June 23, 2012

tersentap jap..:(

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

malam semalam...
masa tengah dinner,saya,suami n mak saya..
mula-mula borak macam biasa lg..
lepas tu,
tiba-tiba suami cakap 'kalau nak try berubat nak dapat anak,
boleh abang bawak kt tempat kawan abang pegi'.
isteri dia pun dah 3x gugur tp pegi jumpa org tu terus lekat.kembar plak tu...

reaksi saya?
saya terus senyap,x cakap apa-apa.
dalam hati terlintas jugak,mungkin suami dah rasa sunyi.
nak anak..
maklumlah..kawan baik dia yg kawen kemudian dari dia pun 
dah nak masuk anak ke 2.
dia belum ada sorang pun lagi.

sekarang hati saya sensitif,
lebih-lebih lagi selalu terlintas kenangan lepas.
walaupun saya cuba untuk melupakan,makin ia datang.
saya sendiri pun x pasti kenapa..
asyik nak nanges je..PMS kot!
saya rasa berdosa betul dengan suami..lebih-lebih lagi sejak berpantang ni,
saya jrg sediakan makanan untuk dia.
kalau dia bakar ikan,lauk tulh jugak dia makan.

nasib baik tinggal dengan keluarga sendiri,
kalau tinggal dengan mertua tak taulh mcm mana,hehehe...

Friday, June 22, 2012

SELESAI SUDAH!

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

alhamdulillah..
selesai jugak saya menyiapkan kerja yg tertunggak dari minggu lepas lagi.
kadang-kadang bila m menguasai diri memang saya tinggalkan kerja-kerja tu 
macam tu je,bila terlupa nk save memang kena buat balik!

kesihatan saya dah ok..cuma masih berpantang.
nanti saya update kisah berpantang pulak yea..:)

Saturday, June 16, 2012

pantang larang di awal kehamilan

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

tittle dah nampak saya ok je kn?
alhamdulillah..
saya dah ok..sihat walafiat walaupun masih lagi sengal2 tubuh.

emosi...emosi saya stabil.mak mertua dah pesan awal2.
jgn dok layan perasaan sangat!
saya x layan sangat perasaan tu sebab saya ada kawan2 yg banyak bg semangat pada saya.
walaupun tak pernah bersua muka tp semangat tu tetap sampai pada saya,hehehe..
cuma malam2 bila saya sunyi mmg saya akan nanges.
dan kadang2 saya akan dengar zikir2 kt phone,tu ajelh yg blh menenangkan hati saya.
yg dah pergi,biarlah ia pergi.
sayang memang sayang tp saya dah redha seikhlas hati saya <3

masa mengandung pn saya dah selalu baca ayat kursi..
setiap hjung minggu saya baca yassin selepas solat maghrib..
untuk mengelakkan gangguan syaitan,tu pesan mak saya..
benda yg kita tak nampak,baik kita berjaga-jaga kn?

orang tua kn,banyak pantang larang..
lebih2 lagi sebelum sampai 7 bulan..dah sampai 7 bulan,
lain plak pantang larangnya..

ni cuma mak saya pesan..
lain org,lain caranya kan???
  • jangan mandi masa maghrib/matahari berdiri atas kepala...nanti kembar darah.
  • jangan lilit tuala kt leher,nanti anak terbelit tali pusat
  • buat kerja kena siapkan,tak boleh buat kerja separuh-separuh..nanti anak susah nak keluar.

  • * Ibu
     dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

    * Ibu dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

    * Ibu dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
    Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

    * Ibu dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

    * Ibu dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

    * Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

    * Ibu ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

    * Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

    Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

    * Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

    * Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

    * Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
yg ni saya copy dari blog tp saya lupa link blog tu sebab saya copy n simpan dlm 1 folder.
bila2 saya nak baca saya akan bukak folder tu je,khas utk amalan n doa2 masa mengandung.
nanti ada masa,saya kongsi lg yea..

Tuesday, June 12, 2012

kuasa redha n tawakal

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

keguguran kali ni saya terima dengan tenang.
tanpa saya menyalahkan diri saya atau suami sebab saya dah buat yg terbaik untuk anak saya.
saya makan ubat klinik walaupun saya tak suka bau dia.
saya minum susu anmum walaupun sebelum ni saya tak suka susu,
semuanya demi anak yg saya kandung.
suami pun tak benarkan saya paksa diri buat2 kerja rumah,
bila saya basuh baju,dia yg akan angkat bakul sampai kt ampaian.
apatah lagi untuk naik motor sendirian,suami langsung tak benarkan..

tapi saya dah tak menaruh harapan 100%
terhadap kandungan saya kali ini sebab saya tak nak kecewa macam kandungan
yg pertama dulu.saya redha dan bila saya redha baby saya keluar dengan mudah.
mungkin masa bersalin anak ketiga nanti,saya akan bersalin dengan mudah kot!
insyaallah..

kuasa Allah..dia maha segala-galanya.
kun fayakun kun,jika Dia menginginkan sesuatu terjadi maka jadilah ia!
saya percaya dengan rezeki Allah..saya terima dengan seikhlas hati.
semoga kehilangan anak yg saya kandung dapat menghapuskan dosa-dosa saya yg lalu.
2 org anak saya tak dapat bertahan lama..saya tak sempat rasa baby saya
menendang n tersedu di dalam perut saya!

hujung bulan ni saya akan jumpa pakar utk mengesahkan ketulan yg ada
di dalam rahim/kilang telor saya.
tapi kali ni saya akan berubat tradisional,bukan tak percaya dengan perubatan moden tapi saya
lebih selesa dengan perubatan tradisional!
sebelum ni,nak beli apa2 saya fikirkan baby,nak beri kehidupan yg terbaik utk anak saya
bila dia dilahirkan nanti.

tapi bila dia dah tak ada........
#tak tau nak fikir sape!nnti blog ni akan sunyi kembali dan saya mungkin akan menyepikan 
diri kejap sehinggalah ada berita gembira utk saya.

doa-doakan lah saya agar dimurahkan rezeki selalu.doa n semangat rakan-rakan sekalian buat saya kuat!

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...