begitu banyak yang tersirat di dalam kepala,terasa berat bahu yang memikul..terasa begitu lemah untuk berdiri dengan sendiri.begitu sukar untuk menyusun ayat,meluahkan kata-kata yang tersirat hingga menyebabkan aku biarkan ia terus bermain di minda.
Ujian adalah sunatullah dan bentuknya adalah pelbagai. Ujian berlalu bersama orang beriman tanpa di sedari dan tanpa dia duga sebelumnya. Yang harus dilakukan oleh orang yang beriman ialah bersabar dan redha dengan apa yang ditakdirkan Allah swt.
Firman Allah swt,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan, "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
- (Al Ankabut:2-3)
Allah swt berfirman:
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekuranganharta, jiwa da buah-buahna. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-oarang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilahi raji'un"(SEsungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali). Mereka itulah ynag mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
-( Al Baqarah: 155-157)
Allah swt menguji para hambanya kerana empat faktor:
1. Ketinggian darjat di dyunia dan di akhirat.
Mereka ini diuji pada permulaan jalan. Jika mereka sabar dan mengharap pahala dari Allah swt , maka Allah meninggikandarjat mereka untukselamanya.
2. Pembinaan dan pendidikan.
Allah hendak mendidik hati dengan ujian dariNya, sehingga dia benar-benar ikhlas dan jujur denganNya.
3. Pernyataan penghmbaan yang sebenar.
Untuk menetukan seorang hamba itu benar-benar yang taat dengan bukti-bukti yang kukuh bukan sekadar pengakuan yang lemah.
4.Pahala dan ganjaran di sisi Allah swt,
Seorang yang sabar dan berharap dengan Allah akan sentiasa diberikan pahala dan mendapat kemenangan di sisi Allah swt.
Sabda Rasulullah saw, "Jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu mendpatiNya di hadapanmu (dengan pertolongannya), Kenallah Allah dalam kesenangan, pasti Dia akan mengaenalmu dalam kesusahan". Selanjutnya Rasulullah saw bersabda, "Ketahuilah bahawa kemenangan ada bersama kesabaran".
-( At Tirmizi)
Firman Allah swt, "..........sesungguhnya hanya orang ynag bersabarlah yang dcukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-zumar : 10)
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa yang dapat meringankan cubaan dan musiabah ialah beriman dengan takdir. Sesiapa yang belum beriman kepada takdir, maka Allah tidak akan menerima setiap perbuatan,keadilan, tindakan, kalimah dan tiada juga zakatnya dan justeru
dia akan mendapatkan azab ynag sangat pedih
sumber:SINI
Followers
Showing posts with label merawat luka di hati ini. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011
peristiwa nuzul al-quran
assalamualaikum semua...
selamat pagi dan selamat berpuasa...
sempena hari nuzul al-quran ni,aku nak kongsikan peristiwa pada hari turunnya al-quran yg menjadi panduan pada kita semua hari ni...
Adalah menjadi kebiasaan umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan perayaan ulang tahun atau sambutan memperingati Nuzul Al-Quran.
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Peristiwa ini menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Bagaiman Al Quran itu diturunkan?
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
1. Dikatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
2. pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:
1. Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dala, kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan: "Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku". ( As-Syura: 51)
2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.
3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: " Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".
4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : "Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".
Posted by abu samah at 6:14 PM

Label:
agama,
life,
merawat luka di hati ini,
pedoman
Saturday, March 19, 2011
jika aku redha dengan takdirnya
salam n hai 2 all reader....
entri aku kali ni bukan untuk menyakitkan hati seseorang,bukan jugak untuk mengaibkan seseorang,n bukan jugak untuk membuka pekung di dada tp lebih kepada untuk berkongsi apa yg aku rasa n aku mahu korang jugak berhati2 memilih dengan siapa kita berkawan n sape orang yg kita sayang.
saat ni dada terasa sebak bila igatkan kisah 2..dh 2 tahun ia berlalu tp aku nk jgk berkongsi..
kisah aku bila x dihargai,mungkin bg korang kisah aku biasa je tp bg aku yg mengalaminya memberi tekanan pd aku.aku menyayanginya n begitu juga dengan si dia...aku tau 2 tp patut ke dia abaikan aku demi orang lain??
aku disampingnya....menyediakan yg terbaik untuk si dia tp ni ke balasan yg harus aku terima atas layanan aku pd dia?aku ditinggalkan,dibiarkan seorang diri sedangkan dia boleh bergembira bersama orang lain...mse 2 hati aku sering tertanya2,siapa aku di hatinya?seseolah dia hanya memperalatkan aku..mse 2 aku hilang semangat n keyakinan untuk bersamanya.bukan aku membencinya tp cuba merawat luka sendirian.si dia?makin mengabaikan aku dengan alasan aku x patut merasa demikian hanya kerana hal yg kecik!!!
saat 2 aku rasakan hidup aku kosong,sepi..air mata menjadi peneman aku tiap saat hanya kerana menyintai dirinya...hati meronta2 mahukan si dia tp si dia ego,ego untuk mengalah hingga hubungan kami menjadi dingin.mase 2 aku tenangkan diri aku dengan bersolat n mengaji,di situ aku temui kedamaian n semangat.pada Allah aku memohon,aku istikharah...macam2 mimpi yg datang tp aku x de kekutan untuk melepaskan dia pergi dr hidup aku.
kawan2 selalu marahkan aku kerana aku lebih menjaga perasaan orang lain berbanding diri sendiri,sungguh....aku paling takut insan2 yg aku sayang terluka dengan keputusan yg aku wt hanya untuk kepuasan hati aku sendiri.aku x sekejam 2....
setiap masalah n dugaan yg berlaku dalam hubungan kami aku lalui seorang diri tanpa si dia di sisi,hanya sahabat aku yg memberi kekuatan pd diri aku...si dia??tetap dengan orang 2...bergurau senda,bergelak ketawa...sedangkan aku sendirian.x pernah si dia cuba memahami apa yg aku inginkan,apa yg aku rasakan..perbuatannya seseolah ingin menyakiti hatiku dengan sengaja.apa yg dia mahukan aku x tahu..kami masing2 menyepi dengan dunia masing2.aku dengan dunia aku n dia dgn dunianya sendiri.makin aku cuba menjauh,makin dia rapat dgn org 2...makin wt aku terluka.hati aku bnr2 sakit.asenya sudah cukup untuk aku mengalah...
gurauan yg patut aku dapat tp telah diberi pd orang lain.patut lagikah aku menyayanginya???
kini aku cuba untuk menerima setiap dugaan yg allah berikan pada aku hanya untuk menguji aku,aku yakin pasti ada hikmahnya di setiap yg berlaku.pasti akan ada sinar kebahagiaan dalam hidup aku.allah x kn menguji hambanya dengan dugaan yg x mampu hambanya lalui.ingatlah,hidup x selalunya di atas n langit x selalunya cerah...sentiasalah berhati2 dalam setiap langkah yg kita jalani.sentiasalah bersyukur dengan apa yg kita dapat kerana kurniaan allah itu hadir tanpa kita sedari.
kepada si dia yg pernah melukakan hati aku,sy maafkan awak.setiap titik air mata yg jatuh kerana awak...saya redha.setiap kata yg awak hamburkan pada sy,sy terima dengan hati yg terbuka.mungkin itu kelemahan diri sy tanpa sy sedari.setiap jari awak yg sakiti tubuh sy...sy maafkan.ingatlah...allah itu adil n dia maha mengetahui apa yg berlaku sebenarnya..kalau awak telah terjebak dengan maksiat sekalipun bertaubatlah...pintu taubat masih terbuka untuk awak n awak akan tetap di hati ini selagi sy masih mendapat kekuatan.
aku tau dengan berdiam diri masalah antara aku n si dia x kn selesai....tp bila aku bersuara,makin aku dibodohkan.seseolah hanya aku yg bersalah...katanya aku cemburu,memang patut kalau aku cemburu kerana dia menyayangi aku.bukan org 2...
sekarang,aku cuba untuk bangkit kembali,mencari kekuatan untuk aku hadapi lelaki di masa akan datang.

merawat luka di hati ini
Subscribe to:
Posts (Atom)