Followers

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

T_T'

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 
 sejak diserang gastrik,berat turun 6kg.hahaha..best giler kot!
x adalah best sgt,kurang 6 kg..apalah sangat.
tak kan nampak badan ni susut melainkan turun 10kg..nak turun 6kg pun 
amik masa 2 bulan jgk ok.
tips:yg sedang berdiet tu,berat turun 2kg sebulan pun dah ok taw...

memang tak sangka pun berat akan turun sebab saya tak lah diet sangat cuma kurang makan
sebab tak lalu,
lagi-lagi kalau silap masa makan,perut mula meragam.biasalah gastrik,
makan pun sakit perut,tak makan lagilah..
perut ni asyik buncit je,penuh dengan angin.
sapu minyak halia pun still tak jalan.
last-last saya kurangkan minum ais.
baru ok ckettt....

saya perlu turun 3kg lagi untuk ke berat ideal 65kg.
hehehe..kurus sangat pun tak cantik jugak..oklah 65 tu sebab menag tubuh
saya kasar.klau kurus pun tetap nampak gemuk..
dah baka macam tu,hehehe.

tips:kurangkan ais untuk perut yg mudah buncit dan jangan lupa pakai girdle,


 

Friday, January 27, 2012

selamat sudah..


Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin


alhamdulillah,saya dah selamat sampai di kampung halaman.
semoga saya tidak melalui apa-apa halangan untuk berada di kampung..
harap-harap saya tak lagi diserang gastrik dan sakit kepala.
pasal ttc saya tak nak terlalu berharap..
hanya mampu berserah buat masa sekarang..
dan insya allah andai diberi sedikit ketenangan
saya akan pergi mengurut di kota bharu..
sepupu saya yg pergi mengurut kt sana pun berjaya hamil dan akan bersalin hujung feb..
harap-harap akan ada rezeki saya tahun ni.
insya allah..






Thursday, January 26, 2012

hai,cakkk...



Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 dah lama rasanya saya tak update blog..
rindu nak blogwalking,dengan keadaan sy yg demam..
balik ke kampung jenguk nenek saya yg sedang sakit tenat dan balik semula ke rumah saya untuk menyelesaikan kerja-kerja yg tak sempat disiapkan haritu.

balik kampung pun dengan tergesa-gesa sebab tiba-tiba pak sedara saya call yg nenek saya
dimasukkan ke wad.
masa nenek saya tinggal dengankami,dia sihat walafiat je..
tak sangka plak nenek saya akan jatuh sakit dengan tiba-tiba..

3 malam tak cukup tido,penat tolong sedara mara masak.
dengan selsema yg tak sembuh-sembuh lagi..
sampai sekarang kepala saya masih lagi berdenyut-denyut..

mungkin esok atau hari ni saya akan balik ke kampung lagi.
sebab nenek saya tenat,
tu pun masih berfikir nak balik ke tak sebab kerja saya banyak lagi yg belum selesai.
tak balik,nanti ada apa2 tak kan saya tak balik.
kereta plak suami bawak balik hantar mak saya..
pening nak fikir tp terpaksalah..

dalam hal macam ni rasanya saya tak patut pengtingkan diri sendiri,apa pun 
suami benar2 memahami situasi saya.
alhamdulillah,moga-moga ada rezeki saya tahun ni untuk mendapat zuriat.
amin..


Monday, January 16, 2012

selamat pagi



Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 
 selamat pagi semua..
nampaknya kali ni rezeki tidak berpihak pada saya.
entah la,nak kata kecewa mungkin jugak.
apa pun saya nak fikir yg positif je,tu semua bukan ketentuan kte.
Dia yg maha berkuasa.

memang saya berharap kelewatan period saya 
akan membawa satu berita gembira tapi saya silap..rezeki bukan untuk kami
suami isteri.
nak nanges,yea..memang saya menangis 
tapi saya tetap kuatkan hati.
air mata saya tak mampu memberikan hasil.
ia cuma mampu membuang segala rasa yg saya pendam.

sampaikan saya sendiri dah bagitau pada suami
kahamilan kali ni tak akan berlaku seperti kehamilan yg pertama dulu.
saya dan suami sama-sama berjanji
kami akan ubah sikap kami..
dan kini kami dah merancang untuk berpindah
harap-harap tahun ni ada rezeki untuk kami.


p/s:entah apa perancangan Allah untuk kami lepas ni.



Saturday, January 14, 2012

rindu sayang~



Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin


dah lewat cmni,sepatutnya saya dah perlu tido sebab saya perlu
bangun awal esok..tp mata ni tak mahu lelap.
pandang kiri,kosong..pandang kanan bantal peluk.
suami?

erm..terpaksa bermalam kat lain atas urusan kerja.
tinggal saya bergolek-golek sendirian atas katil.
sebab tak biasa ditinggalkan sejak kawin ni,nak tido keseorangan terus jadi lain.
macam jugak memula kawin dulu..
tido berdua,disebabkan tak biasa tido berdua saya susah nak tido.
borak-borak sampaikan kadang2 tengok2 suami dah tido.
bercakap sorang-sorang rupanya saya*sigh.

bila dah lama kawin,bila tido sorang-sorang jadi janggal plak.
lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang,
kadang-kadang secara tiba-tiba saya boleh nanges.
tanpa masalah atau tanpa apa-apa hal yg buat saya terasa.
kadang-kadang bila suami cium nak pergi kerja pun saya boleh nanges!
tapi tak boleh nanges depan suami sebab suami lagi suka mengusik!
harap-harap dengan rezeki kali ni kehidupan kami sekeluarga akan
bertambah bahagia hingga ke akhir hayat.


Monday, January 2, 2012

welcome 2012

 
 
 hye korang,dah sampai kte ke penghujung 
tahun 2011 kan?
cepat tak masa berlalu?bagi aku cepat sebab segala kenangan-kenangan
tahun ni seseolah baru berlaku seminggu dua.
segala kenangan yg masih segar,sampai sekarang masih saya ingat satu persatu
sejarah yg berlaku dalam hidup saya.

tahun pertama bergelar seorang isteri benar-benar menguji
kesabaran,kekuatan dan ketabahan saya
tapi alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya untuk saya.

dan kini,saya mampu berdiri sendiri, mengikut rentak sendiri dan mencapai kejayaan dengan
langkah sendiri.
Alhamdulillah,saya benar-benar bersyukur dengan rezeki saya di tahun 2011.

antara impian dan cita-cita saya:
-semoga perniagaan saya semakin berkembang
-dimurahkan rezeki
-beroleh zuriat yg ramai
-dilindungi dari segala fitnah dan hasad dengki manusia.
 
 

Thursday, December 29, 2011

PA&MA

 
 
hye korang semua..
selamat pagi......

semalam ke bandar jap,beli barang sikit.
singgah jap kat kedai majalah,saje-saje je sambil tunggu mak beli barang.
belek-belek jap majalah..
lepas tu mata tertancap kat majalah pa&ma.

bukan setakat para ibu je tertarik dengan majalah nie
aku pun tertarik jugak tau!
masa mula-mula kawen dulu pun penah beli majalah pa&ma
sebab tajuk dia best.
persediaan untuk baby baru lahir.

sama jugak dengan edisi januari 2012,
SELAMAT DATANG ZURIATKU.

walaupun belum lagi bergelar ibu
tapi sekurang-kurangnya saya ada pengetahuan sebelum bersalin.
banyak info yg ada dalam edisi kali ni.
breastfeeding untuk ibu berkerjaya
bersalin dalam air dan bonus keadaan bayi selepas dilahirkan.
memang berbaloi beli majalah ni walaupun harganya
dah naik 50 sen.
jadi rm7.50,ok la tu sbb banyak info kat dalam tu.


ok,till then:)
bye!

Tuesday, December 13, 2011

rezeki allah adalah anugerahNya.

 
 
semalam saya menerima berita gembira
isteri si F telah pun melahirkan seorang baby girl..alhamdulillah,terasa sebak
di dada.terus saya amik wudhuk dan bersolat..
jiwa saya perlu ditenangkan..saya sendiri tak pasti tentang perasaan 
saya tika menerima khabar tersebut.
sebab saya tau due saya sama dengan isterinya.

jika saya tidak gugur 7 bulan yg lalu,saya pasti sedang menimang cahayamata sendiri.
bukan untuk meraih simpati korang semua..anggaplah saya sedang mencurah 
perasaan yg saya pendam sekian lama di atas bahu rakan-rakan sekalian.


betol orang cakap,bila hati kte tak tenteram..kte akan khusyuk dalam solat.
sebab itu kadang-kadang Allah memberi kte ujian agar kte lebih dekat denganNya
(pandangan saya)
menangisi masib saya ketika Allah menarik balik rezeki..
tapi kini saya mula redha bila seseorang meniupkan kata-kata dalam diri saya
bahawa mungkin Allah memberi saya ujian begini untuk saya lebih mengenali saya
sendir dan juga suami.
saya mula memikirkan kata-kata itu
dan sejak dari itu,saya menemui kebenarannya..
sungguh,saya menemui kebenarannya dan sehingga sekarang
saya mampu mengorak langkah yg lebih jauh dalam bisnes bersama-sama suami.
Alhamdulillah...

Sunday, December 11, 2011

kuasa sebuah doa

 
 
doakan lah yg terbaik untuk dia walaupun hati ini terlalu berat!
semoga semuanya dipermudahkan kerana dia pernah
menjadi sebahagian dari diri ini.








rantai burung hantu haram?

 
 
 
pagi ni bukak facebook kejap..tengok2 perkembangan kawan-kawan
masa sekolah dulu,kot2 ada yg bertunang x gitau kte!hik hik..
kot2 dah ada kawan-kawan yg dh ada baby baru(#x sbr nk pegi tengok bby!)

tup..tup..
ada cerita baru pasal rantai burung hantu yg famous amos untuk penggemar vintage
adalah HARAM!
haram okeh..memang saya x penah beli dan x berminat dgn perhiasan macam tu
tapi untuk korang2 yg penah membeli dan memakai barang perhiasan 
yg menyerupai bentuk binatang,manusia dan apa saja yg bernyawa dikira haram.

seperti mana hadis RASULULLAH:
maksudnya:"malaikattidak akan memasuki rumah yg di dalmnya terdapat patung-patung
atau gambar-gambar(sesuatu yg bernyawa)"
nak tau lebih lanjut klik sini.


Monday, December 5, 2011

versi Rumahtangga:abang mintak izin nak kawin satu lagi??

 
 
rasanya saya masih baru setahun jagung dalam perkahwinan.
mungkin belum layak untuk memberi masihat/pandangan dalam perkahwinan.
tapi,bila ia berlaku dengan seseorang yg dekat dengan saya
saya terpanggil untuk melontarkan rasa hati saya.


kesian sebenarnya saya melihat si isteri..menangis,termenung sepanjang hari.
tapi si suami masih bergembira dengan perempuan lain.
si anak yg masih tak tau apa-apa merengek2 dengan atoknya nak makan kfc.
si anak pun tau kalau mintak dengan si ayah,pasti si ayah suruh mintak dengan ibunya.
bila merengek dengan si ibu,pasti dimarahinya sebab fikiran si ibu tengah berserabut!

bila saya merenung dalam-dalam perkara yg berlaku di depan mata saya,
saya kesian..rasa nak menangis tengok si anak yg masih kecil
yg belum kenal air mata ibu..
terpaksa melalui pengalaman dimana tiada si ayah untuk menemani mereka sepanjang hari.
dimana sebenarnya kasih sayang seorang ayah terhadap
anak-anak yg masih kecil?

tidak timbul ke perasaan insaf/sedar diri dalam ayah mereka
bila kanak-kanak yg lain bergembira bermain di taman bersama ibu bapa mereka
makan bersama di restoran.
kalau dengan perempuan lain,sanggup plak si ayah keluar makan,teman shopping dan menumpang bahu untuk perempuan itu menangis bila diserang isteri tua!
sedangkan isteri menangis di rumah,ditengkingnya sebab macam budak-budak!
sama-samalah kita mendoakan kebahagian rumahtangga kita.

semoga saya juga dijauhkan dari perkara-perkara yg dapat 
merenggangkan hubungan saya dengan suami.
tak sanggup rasanya saya nak tengok anak-anak jauh dari kasih sayang seorang ayah.


Monday, November 21, 2011

payung emas

semenjak dua menjak ni update mesti pasal cerita je kan?
macam dah tak de keje lain nak buat,
kalau hujung bulan memang tak menyempat nak tengok tv
sebab siang hari kat kedai
malamnya plak terpaksa ke bandar,sekarang kan dah ada cdm
senang nak bank in walaupun bank dah tutup.

korang tengok tak cerita payung emas kat tv3 baru-baru ni?
lakonan farahdhiya dan remy ishak.
nampak ayu je farahdhiya bertudung.

ceritanya berkisarkan hidup bermadu
apabila hidayat,suami farahdhiya lakonan remy ishak begitu menginginkan
zuriat sedangkan ain(farahdhiya)tak mampu memberikan zuriat pada suaminya
kerana dia disahkan mengidap penyakit apendiks dan terpaksa dibedah
tapi sayang baby dia tak dapat diselamatkan.
#sayu sangat part ni,macam saya je ditempat ain.sob..sob.

ain terpaksa membenarkan hidayat berkahwin lain
kerana dia tidak mampu melahirkan zuriat.           
ain memilih khadijah,pembantu hidayat di pejabat untuk menjadi madunya.

selepas berkahwin,khadijah disahkan hamil
dan hidayat lebih banyak menghabiskan masa bersama khadijah.
sara,sepupu nor ain yg baru bercerai
menemani ain di rumah selama beberapa hari.

sara mula menghasut ain dan ain mula
bersikap dingin pada hidayat.
keesokkan paginya hidayat kemalangan dalam perjalanan ke pejabat.
dan pengakhirannya mestilah happy ending kan?
mereka semua bersatu dan bahagia bersama dimana khadijah juga selamat
melahirkan seorang bayi lelaki.


saya sendiri tak tahu apa perasaan saya lepas tengok cerita ni,
entah la..
rasanya saya tak sehebat dan setabah ain jika saya berada di tempat ain.
moga-moga allah sentiasa memberi saya kekuatan dan ketabahan dalam menjalani hidup ini.
amin....




Wednesday, November 9, 2011

november datang lagi


assalamualaikum...

november merupakan bulan yg paling banyak memberi kenangan 
pada saya.

bulan november saya menemukan seorang lelaki
bulan november saya disatukan dengan lelaki yg
sangat saya sayangi
bulan november juga dimana hujung bulan november ni 
sepatutnya saya dijangka bersalin
tp sayang kandungan saya tak kuat dan gugur pada 21.5.2011.
dan pada 21.11.2011 nanti merupakan ulang tahun perkahwinan
saya yg pertama.

ia benar-benar memberi kenangan yg adakalanya pahit dan 
adakalanya manis.
tapi sekarang,saya sedang menikmati kemanisan atas kesabaran yg 
saya pertaruhkan dengan ketabahan.
alhamdulillah,saya mampu menghadapi ujian-ujian yg diberi
kepada saya.

apapun saya bersyukur dengan rezeki kurniaanNYA.



tuduh menuduh

assalamualaikum...

entry ni sekadar luahan pendapat je yea.
pengalaman di depan mata sendiri masa saya pergi menziarah sanak saudara
kat kampung saya di ketereh,kelantan.
hati saya benar-benar tersentap dengan perlakuan sorang kakak
ni terhadap adik nya sendiri.
kalau saya ditempat adiknya pasti saya akan terasa hati.
citernya begini..
dalam tengah hari tu saya pergi rumah saudara saya
sebab dia qurban saya menolong apa yg patut kat dapur.
lepas tu si kakak ni panggil adi dia dengan panggilan yg agak kasar.
membebel si adik ambil baldi yg digunakan untuk merendam tudungnya yg agak mahal gitu!
siap promote lagi kat orang-orang yg ada kat dapur yg tudung dia tu "mahal"
tuduh adiknya mengambil baldi,siap menyumpah-yumpah lagi.
si adik yg sedang tidur terus bangun dan cakap
aku ke kau yg @$%*,baldi tu suami kau yg amik buat basuh kete.len kali tanyalah dulu woii 

kalau saya di tempat adiknya pasti saya juga naik berang macam adiknya.
bukan setakat menuduh si adiknya saja
tapi siap mencarut lagi.

suami si kakak yg dengar bunyi bising kat dapur terus masuk bertanya apa yg bising.
si kakak dan si adik terus senyap dan maknya menjawab yg si kakak ni 
bising-bising cari baldi.
si isteri kepada si adik ni yg menolong kat dapur ni terus masuk bilik.
mungkin turut terasa dengan kekasaran kakak iparnya.
kalau saya sendiri pasti saya terasa sebab ia bukan salah suami saya.
dimana sebenarnya nilai kekeluargaan yg mana membiarkan
anak-anak berkelahi di hadapan tetamu.
sedangkan si emak cuma membiarkan anak-anak bergaduh sesama mereka tanpa menegahnya.
moralnya:melentur buluh biarlah dari rebungnya


 
 
 

Saturday, November 5, 2011

entry sebelum raya aidiladha

assalamualaikum...
dah lama tak update entry kan?
ada orang rindu saya tak?ada orang rindu nak baca blog saya tak?
korang ada tertanya-tanya tak ke mana saya menghilang?
tak de?(-.-)
sob,sob..tittt!
ok stop2.
nak berkongsi cerita sehari sebelum raya.
hari ni saya dan keluarga dah mula bercuti,sebab esok kami qurban
jadi kami amik kesempatan untuk menyiapkan baju-baju raya yg belum
siap dan kemas umah sikit2.
tak perlu kemas banyak sebab dah sedia maklum.
rumah saya akan kembali berselerak sebelum jam 3 petang nanti.
mak dengan ayah sedang buat ketupat.
lewat sikit buat ketupat sebab baju kakak aku baru sampai kelmarin.
bertungkus lumus mak jahit baju dia sampai nak buat ketupat 
tergendala.
tapi sekarang acara membuat ketupat dah bermula.
hehehe..
manakala kakak aku dah start iron baju.
takut tak sempat malam nanti.
aku iron baju dan kakak aku iron kain.
dan tugas aku memasak hari ni.
mcm aku citer sebelum ni aku lebih ske masak sorang2.
tu pun kalau masakan tu aku reti jelah.
hehehe..

ada citer lagi tp lepas ni ok?
till than,bye.



 

Wednesday, November 2, 2011

UPDATE!



assalamualaikum....

dah lama kan saya tak update blog ni?
rindu saya tak?rindu tak?hehehe
rasanya tak de kot orang rindu nak baca blog saya ni~ngeee!
ok,sebenarnya banyak sebab-sebab saya tak update blog ni.
dan salah satunya kesihatan yg agak tidak mengizinkan
dan juga sesi menjahit manik untuk mertua saya.

sebab baju raya haji ni saya beli yg dah siap,
saya amik kesempatan untuk jahit manik kat baju mak mertua saya plak.
tapi mak saya tak tahu,suprise okeh!
hahaha..

saya malas nak upload hasil kerja tangan saya tu tp 
manik tu lebih kurang macam ni je kot!



yang ni saya google je tp lebih kurang macam ni ar..
tapi bunga tu saya gantikan dengan bunga labuci
macam ni


tak banyak pun buat bunga sebab bagi aku,susah sangat nak buat bunga labuci nie.

lepas tu dengan perniagaan aku yg agak lancar dengan barang order sume.
alhamdulillah,pulangan agak lumayan.
dengan aktiviti jalan-jalan aku
sampaikan bulan ni dah berapa hari suami aku cuti.
mujur jugak kerja sendiri,cuma arahkan anak-anak buah je buat keje
cuma kalau dia sendiri bekerja dapat ler lebih sikit.
ok lah,setakat tu aku blh update hari ni.
kejap lagi nak ke bandar sebab banyak giler urusan.
nanti saya update lagi ok..


~ bahagia sesudah derita,akhirnya saya temui kemanisan hidup bermula dengan kesabaran~





Sunday, October 23, 2011

suzana ghazali

Ketenangan masih boleh dirasai jika anda menerima segala ujian dan masalah dengan

 berlapang dada. 

Caranya adalah tetap kekal senyum dan ceria. 


Paling penting, anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi dan menyelesaikan 

masalah tersebut.


Masalah takkan selesai jika anda melarikan diri daripadanya.

Masalah hanya akan selesai apabila anda berusaha menyelesaikannya. 

Memang susah. Memang payah. Ada tikanya perit dan mengecewakan malah melukakan.


Tetapi percayalah, bila anda menerima setiap yang berlaku di dalam hidup anda sebagai 

 ujian, anda akan tetap

boleh kekal senyum dan ceria walaupun anda adalah wanita....



Tuesday, October 18, 2011

perubahan positif artis sekarang

assalamualaikum...
dah lama kot tak buat entry,
tapi alhamdulillah follower saya bertambah
dan yg paling penting
ada orang singgah blog saya.
walaupun tak penah dapat BE tapi tak kesah la..
asalkan blog ni tak sunyi.

kelmarin saya pergi shopping!
tapi tak nak tunjuk lagi apa yg saya beli.
nanti saya buat entri lain plak ok.
masa jenjalan kelmarin,
masuk kedai buku.
ingat nak cari novel
tapi tak jumpa yg dicari.

tapi jumpa majalah pa&ma.
topik pasal kesuburan.
tengok-tengok lagi,jumpa majalah media hiburan.
terus pergi bayar.

balik tu terus belek-belek majalah.
rupanya dah ramai artis wanita yg mula bertudung selepas irma hasmie.
satu perubahan yg baik.
harap-harap tak bertudung separuh jalan lah ye!
ada sesetengah artis yg kononya bertudung tapi tak menutup aurat!
macam mana tu?
dikenali sebagai artis bertudung tapi
ada gambar yg hanya menutup rambut.
leher tu masih terdedah.
pesan bukan pada orang lain je tapi diri sendiri jugak.
yg penting niat kena betul untuk berubah ke arah kebaikan.


Friday, October 14, 2011

rutin memasak sebagai seorang isteri

assalamualaikum....

rasanya dah sampai masanya untuk saya berkongsi
rutin harian saya yang berubah 
selepas berkahwin.
dah hampir setahun saya berkahwin dan rasanya
terlalu banyak yg ingin saya kongsi bersama korang semua!
dan salah satunya macam title kat atas,
rutin memasak saya sebagai seorang isteri
dan saya diberi kemudahan untuk menguruskan
rumahtangga saya sebab saya bekerja sendiri
dan saya tinggal bersama keluarga saya.

seawal 5.30 pagi saya akan bangun untuk buat kuih.
duduk kat kampung biasalah
buat kuih untuk dijual di kedai-kedai kopi
seseolah satu pekerjaan tetap.
dan ia memberi satu kepuasan pada saya walaupun
terpaksa bangun awal tiap-tiap hari.

pagi memang saya tak sempat memasak
untuk suami.
tapi sebab mak saya bukak kedai kopi,
suami akan makan nasi berlauk yg mak jual je.
saya cuma sediakan barang keperluan suami je.

keluarga saya memang tak makan pagi.
jadi tengah hari baru kitaorang makan nasi
kalau nasi dah abis,kitaorang tak makan.

pukul 3@4 petang baru saya akan masak.
biasanya kalau anak sedara saya tak tido
saya akan masak dan kemas dapur sorang-sorang
tapi dengan syarat!
syaratnya tak de sape boleh kritik cara saya memasak.
kalau orang mengkritik masakan saya,
saya tak kisah tapi kalau orang mengkritik cara saya memasak
saya tinggal terus masakan tu.
tak kira masakan tu tak masak@orang lain plak yg tolong
siapkan masakan saya tu.

tabiat saya memang macam tu,tak suka orang
menyibuk di dapur.cukup setakakt 2,3 orang.
tapi saya lebih suka masak sendirian
melainkan ada majlis kat rumah saya.

sebab suami tak memilih bab makanan,
saya cuma masak masakan yg saya dah biasa masak.
sebelum kawen,sibuk dengan study
tak de masa nak belajar memasak.
lepas abes study dekat setahun
saya kawen.

tahun pertama perkahwinan ni,
saya anggap tahun untuk saya belajar dan saya belajar banyak perkara!
nanti saya kongsi-kongsikan lagi yek!
tunggu next entry ok..




Tuesday, October 11, 2011

wallpaper henfon dulu dan sekarang

gajet masa kini,
budak sekolah rendah pun dah ada henfon sendiri.
lebih canggih dari aku plak tu.
cakap je jenis apa,nama apa..
semua diaorang tahu.
aplikasi,game,web..
semua dalam otak diaorang je.
budak sekrang memang advance dari zaman kita dulu.


wallpaper plak..
kalau masuk sekolah menengah
mesti wallpaper diaorang adalah gambar mereka sendiri.
yg buat kiss,yg buat muka terkejut,yg buat-buat kenyit mata.
macam-macam aksi dalam gambar diaorang.

dah ada pakwe plak,
letak gambar dengan pakwe
buat wallpaper
aksi manjeww2 gitu
gelak-gelak sayang..

dah kawen plak,
buat gambar sanding jadi wallpaper
gambar outdoor photoshoot 
yg ala-ala old skull
yg ala-ala zaman budak-budak
main buih yg tiup tu
belon berjuta-juta.

dan seterusnya,wallpaper berubah mengikut arus zaman.
seperti kita,berjalan seiring peredaran zaman
kalau tak berubah orang cakap kita ketinggalan zaman
tapi,kalau kita berubah terlalu cepat 
apa akan jadi?
hanya satu yg tak kan penah berubah.
hanya SATU.
ia ada dalam diri kita:)





korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...