Followers

Showing posts with label miscariage. Show all posts
Showing posts with label miscariage. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

doa untuk mengelakkan keguguran part 2


Menurut Ustaz kat Darussyifa', doa ni boleh juga digunakan untuk menahan kandungan i.e. menahan daripada kandungan jatuh @ gugur.

Caranya:

Masa kita baca Surah Al-Ikhlas tu dari Ayat 1 : Qul huwallah huahad - stop kejap dan niatkan --> Ya Allah, pertahankanlah kandunganku (dan lain-lain yang kita mintak)

Then sambung Ayat 2 : Allahussomad - stop lagi dan niatkan --> Ya Allah, pertahankanlah kandunganku (etc)

Sampai laa habis surah Al-Ikhlas tu.

Jangan lupa baca Al-Fatihah tau! Takut korang tak perasan! :)




info tentang keguguran

assalamualaikum....

sebenarnya info ni saya dapat masa saya cari doa untuk mendapatkan zuriat.
terjumpa info ni kat blog resepirahsiaku kalau tak silap.
korang try la google balik yea sebab dah lama 
saya simpan dalam laptop saya
cuma belum berkesempatan nak buat entry.
lagi-lagi ia adalah pasal keguguran dimana saya rasa blog saya dah penuh dengan
entry pasal keguguran tapi lepas baca blog rakan blogger
dimana ia juga keguguran,
hati saya tergerak untuk buat entry ni.
anggap sajalah bahawa ia ilmu yg bermanfaat.
Fakta Keguguran
Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran
Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko keguguran
Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:
  1. Pemakanan yang tidak sihat
  2. Merokok
  3. Horman yang tidak seimbang
  4. Jangkitan kuman
  5. Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.
  6. Terdedah pada radiasi dengan banyak
  7. Mengambil ubatan yang memudaratkan bayi
  8. Demam yang tersangat panas
  9. Rahim yang tidak normal

Bila perlu berjumpa doktor?
Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :
  1. Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
  2. Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
  3. Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
  4. Keluar lendir yang berbau dari faraj
  5. Demam melebihi 38 darjah C
Selepas keguguran:
  • Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
  • Jangan gunakan tampon
  • Jangan douche vagina anda
  • Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
  • Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
  • Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.
Dilatation and Curettage (D&C)
Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.

Hamil selepas gugur
Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.

Kehamilan Hampir Gugur
Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom
Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:
  • Merah pekat
  • Merah cair
  • Coklat
  • Kadang-kadang sangat sedikit
  • Kadang-kadang berketul darah
  • Sakit belakang
  • Sakit pada ari-ari
  • Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur
Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:
  • Jangkitan kuman pada faraj
  • Polip pada pangkal rahim
  • Hamil di luar rahim
  • Cancer pangkal rahim
  • Bagaimana diagnosa dibuat?
Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.

Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:

Tunggu dan lihat
Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.

Kurangkan aktiviti yang lasak: 
Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.

Ubat Progesterone
Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.

Tenangkan fikiran
Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran
Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.

Sunday, May 29, 2011

keguguran

assalamualaikum...

rasanya dah seminggu lebih aku tak update blog tapi alhamdulillah,follower aku bertambah 2 orang.terima kasih banyak2 sebab sudi follow blog ni.nanti ada masa aku akan blogwalking ke blog korang.

rasa rindu2 yang sangat2 untuk blogwalking ke blog korang tapi kesihatan tak mengizinkan.aku keguguran dan ditahan di wad selama 6 hari.aku baru keluar kelmarin..
kalau korang ada baca entry aku yang lepas mesti tau yang aku sibuk tolong mertua aku kat kedai dia.korang tau kan mertua aku sakit terkena buqtqn orang n memang tiap2 hari aku akan tolong diaorang..jaga diaorang.letih pn aku paksa diri semata2 untuk mereka tapi mungkin 2 jugak penyebab aku keguguran.

tengah hari 2 macam biasa aku tolong mertua aku,masa 2 aku dah rasa pening cuma aku biarkan.petang 2 aku pergi bandar n balik dari bandar 2 aku rasa macam ada darah keluar.aku bagitau kakak aku n kakak aku bagitau mak aku.masa 2 aku dah takut,korang tau kan yang aku benar2 berharap pada kandungan aku yang sulung ni..

petang 2 jugak aku pergi rumah bidan kampung n dia cakap kedudukan baby 2 rendah.dia urut perut aku untuk naikkan baby 2.


malam 2 aku terus pergi ke umah mertua aku,kat sana aku turun darah tapi tak la sakit sangat.dalam pukul 10 aku balik,masa turun umah mertua aku 2..rasa sakit sangat.dengan darah yang turun banyak sangat bila aku berjalan.sampai 2 aku nanges,sakit n terfikirkan baby yang aku kandung 2 tak selamat.dalam pukul 11,aku tido n pukul 1 pagi 2 aku rasa sakit perut sampai ke pinggang.aku kejutkan suami aku sebab masa 2 rasa macam tak larat dah nak berjalan,aku rasa macam nak buang air tapi bangun je...darah turun dengan banyaknya sampai suami aku pun terkejut.masa 2 aku lemah sangat n suami aku kejutkan mak aku..aku tengok dalam seluar aku penuh dengan darah..aku tunjuk kat mak aku.


10 minit lepas 2.aku sakit lagi...rasa memulas je.suami n mak berpakat nak bawa aku ke klinik..lepas pergi klinik desa terus doktor kat sana suruh bawak aku pergi ke hospital bandar..lepas scan 2,doktor bagitau aku tak kena cuci.alhamdulillah,allah permudahkan segalanya.yang lekat lagi sekarang hanyalah sarung kandungan tersebut dalam 2cm.

6 hari kat hospital punyalah boring giler duduk dalam wad,tiap kali jumpa doktor..masa 2 jugak aku akan mintak keluar wad..dan sekarang aku dah ada di rumah.makan pun dah terasa kenyangnya..



aku kena bertamu pakar lagi pada 2 jun ni,doa2 kan lah yang terbaik yea..moga2 tak lagi ditahan di wad..:P

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...