Followers

Monday, February 6, 2012

3 pasanan iblis untuk umat nabi adam..

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin

suatu ketika iblis bertemu nabi musa dan meminta nabi musa bertanya Allah taala,mungkinkah Allah mengampunkannya andai dia bertaubat.nabi musa bersetuju mengemukakan soalan itu kepada Allah.
Allah memberitahu nabi musa,bahawa Allah akan mengampunkan iblis jika iblis mahu sujud di makam Nabi Adam.lalu Nabi Musa membawa jawapan itu kepada iblis.
iblis amat berang ketika mendengar jawapan Allah dan berkata waktu Adam masih hidup,aku sudah benci melihatnya sujud kepadaNya,inikan pula selepas dia wafat.
disebabkan engkau Musa bersetuju membawa pertanyaan ku kepada Allah,maka akan aku khabarkan keselamatan umatmu daripada aku tapi ingat aku dalam tiga keadaan ini.

pertama,apabila anak adam berdua-duaan lelaki dan perempuan yg ajnabi,maka aku yg ketiga.akan aku heret kedua-duanya ke lembah zina.maka ingatlah tipu dayaku kalau mahu selamat.

kedua,apabila manusia marah,maka itulah jerat aku untuk menyebarkan permusuhan sesama manusia.Akulah yg akan duduk di matanya sehingga merah menyala kebenciannya pada saudaranya.dan aku duduk di hidungnya sehingga kembang kempis hidungnya menahan kemarahan sehingga terjadilah permusuhan dan kebencian yg merosakkan.

ketiga,apabila seseorang itu keluar dari rumah semata-mata kerana Allah(berdakwah)
jangan dia pandang anak isteri dan rumahnya.kerana pada masa itulah aku akan tarik ingatanya pada anak isteri dan dunianya sehingga dia tidak mahu ke jalan Allah!

#salam maulidur rasul..


 


No comments:

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...