Followers

Tuesday, February 7, 2012

ttc journy:period cycle

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin
 
 
sebelum ni..saya tak pernah pun cerita tentang period cycle..
sebab sebelum ni period saya memang teratur.kalau lewat pn cuma 1@2 hari.

bln disember tahun lepas,sy lewat 10 hari.biasanya period 6hb tp terlajak ke 16hb.
cd 35 br sy period..itu pun jenuh dk bt upt,last2 give up sbb biasanya upt x penah silap!

dari 16hb,biasanya period sy 5-7 hari tp kali ni cuma 4 hari!
tak pernah lagi sebelum ni cuma 4 hari.warnanya plak merah muda dan sikit2.
tak penuh pun satu pad.
tp saya fikir masa tu saya stress,jadi mungkin stress tu penyebab haid saya lewat.
 
bulan januari,cd 21 saya period.3hb,ada keluar brownish spot.
saya ingatkan cuma keputihan tp dah bau hanyir mcm darah.
tak ada simptom2 pun nak period,mmg tak sangkan nak period.
petang esoknya keluar sikit darah(macam nak gugur dulu).
terus malam tu saya pakai pad.

esoknya ada darah di pad dan memang saya period.
sama macam bulan lepas,warna muda dan sikit.
juga cuma 4 hari.
ada jugak baca kt forum pasal tanda awal kehamilan 
tp tak semua orang sama kan?
nak buat upt takut kecewa tp..

semalam rasa senak perut..
hari ni rasa menyucuk-yucuk sebelah kiri..
ingat nk pergi klinik tp tak jadi2 lagi.
asyik tak jadi je..
hmmm...


4 comments:

Asz Miza said...

cheq sue g lah try wat upt..mana tau ada rezeki. :)

cheq sue dieyha said...

entahlah asz,tkot kecewa tu melebihi segala-galanya.x de keberanian pn nk bt upt..

Asz Miza said...

asz punya akak dulu pn mcm tu..bila dah dua bulan lebih macam tu try2 upt alhamdulillah positive..takpe tggu la agak2 instinct dah kuat nk test baru test..:) asz sntiasa tggu gud news frm cheq sue..

cheq sue dieyha said...

terima kasih asz..doa2 kan sy jgk yea.hehehe..org ckp doa ibu mengandung akan dimakbulkan:)
hehehe..

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...