Followers

Showing posts with label raya aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label raya aidilfitri. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

lepas raya

assalamualaikum....

apa khabar korang semua?sihat tak lepas beraya sakan?
masa raya ni lah kita boleh beraya ke rumah sedara-mara kan?
rasanya kalau bukan raya,mesti jarang kita dapat berjumpa,berborak dan berkumpul kan?

aku kurang sihat cket,batuk dan selesema.

memang tak de masa nak update blog,sebelum raya duk siapkan persiapan untuk raya.

memang tak sempat sebab kakak aku terpaksa menjaga anaknya yang terpaksa di tahan di
wad kerana dijangkiti kuman di paru-paru.

mak dan suami aku plak terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital.


sehari sebelum raya barulah anak sedara aku tu dibenarkan keluar wad.



persiapan raya tahun ni sederhana je...


tak lah meriah sangat,lagipun umah mertua aku dekat je.

tak perlu naik kete,naik motosikal pun tak sampai 5min.

oklah nanti aku citer lagi k!





entri khas sempena hari raya

ini adalah sticky post sempena hari raya,
sila scrool ke bawah untuk new update.




assalamualaikum.....

dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua rakan bloggers,follower2 yang disayangi,rakan-rakan taulan 
dan semua yang mengenali diri ini.
andai ada terkasar bahasa ketika menulis entri dalam blog ini,

memberi komen pada entri korang yg membuatkan korang terasa hati,

saya pohon kemaafan sebab kadang2 tak semua yang kita lontarkan mungkin 
memberi pendapat yg berbeza dengan korang semua.

dan buat anak-anak di perantaun yang belum sampai
ke kampung halaman,
selamat pulang...
 berhati-hati di jalan raya
pandu cermat jiwa selamat.

dan pada yang telah sampai ke kampung halaman,
selamat berhari raya dalam suasana kampung yg penuh muafakat memeriahkan hari raya.



Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

raya dah dekat weyyy.....

assalamualaikum....

hari ni tbe2 mood datang untuk tulis entri ni sebab biasanya masa ni aku sibuk dok buat biskut raya ataupun

dok menjahit manik yang belum siap lagi tu.

manik dekat baju tu aku cuma perlu tambah cket2 je lagi cme manik kat tudung tu yang aku belum jahit lagi.

tapi x pe sebab manik kat tudung aku nak buat simple je...sebenarnya aku dah beli tudung siap,yang siap ada

batu permata tu semua tapi sebab nak lagi lawa aku tambah 3 kumtum manik berbentuk bunga..

sesaje je tapi x delah sampai tudung tu akan nampak serabut nanti...

tahun ni aku buat 6 jenis biskut je...tapi masih dalam kuantiti agak banyak.biasanya hanya aku dan kakak aku

je yang buat biskut ni sebab bila malam raya mak aku akan buat kek.

dan juadah wajib di pagi raya adalah ketupat daun palas,tape dan nasi beriani dgn ayam masak kurma.

kalau korang nak tau tape tu adalah beras pulut yang dikukus dan dimasukkan ragi.lepas tu dibungkus dengan daun pokok getah ataupun daun pisang dan dibiarkan sehingga masak(manis)

biasanya orang kelantan memang tau makanan ni,tapi tak taulah dorang panggil apa.

oklah,masih nak siapkan manik2 tu semua.

Sunday, August 21, 2011

mood raya

assalamualaikum....

dah lama rasanya tak buat entry kat blog ni..

kebetulan kte raya hujung bulan dan awal2 lagi aku perlu selesaikan 


mana2 kerja aku yang belum diselesaikan ditambah dengan kesibukan orang untuk membeli.

maklum lah sejak bulan puasa ni aku hanya memberi tumpuan pada kedai aku je.

bisnes yang lain aku dah stop sebab kerja2 lain tu memerlukan aku sentiasa ke sana ke mari.

bila bulan puasa ni letih jugak lebih2 lagi bila aku sorang je yang terpaksa handle semua kerja ni.

persiapan raya korang macam mana?aku belum sempat pun lagi buat biskut raya 

sebab manik yang aku jahit di baju raya aku belum siap lagi.

aku hanya ada masa menjahit manik tu semua pagi je,tu pun kejap.

sebab tengah  hari orang dah ramai,petang aku masak dan malam kalau aku tak ke terawih 

adalah sedikit masa untuk jahit manik.

ingatnya kalau tak sempat siap jugak hari ni,terpaksa la mejahit manik selepas bersahur.

tahun ni memang tak beli baju yang ready made punya sebab corak dan jenis kain sama je macam tahun lepas.

nak beli kebaya,badan ni tak sesuai pkai baju kebaya pendek tu.orang tinggi lebih sesuai pakai 

kebaya yang labuh tau!

oklah korang,aku nak teruskan menjahit kejap.entry2 mungkin akan kurang sampailah ke hari raya nanti ok!

terima kasih pada korang semua yang sudi singgah blog aku dan menjadi follower blog aku walaupun tak de entri2 terbaru.
bye,see again ya!

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...