Followers

Sunday, August 21, 2011

mood raya

assalamualaikum....

dah lama rasanya tak buat entry kat blog ni..

kebetulan kte raya hujung bulan dan awal2 lagi aku perlu selesaikan 


mana2 kerja aku yang belum diselesaikan ditambah dengan kesibukan orang untuk membeli.

maklum lah sejak bulan puasa ni aku hanya memberi tumpuan pada kedai aku je.

bisnes yang lain aku dah stop sebab kerja2 lain tu memerlukan aku sentiasa ke sana ke mari.

bila bulan puasa ni letih jugak lebih2 lagi bila aku sorang je yang terpaksa handle semua kerja ni.

persiapan raya korang macam mana?aku belum sempat pun lagi buat biskut raya 

sebab manik yang aku jahit di baju raya aku belum siap lagi.

aku hanya ada masa menjahit manik tu semua pagi je,tu pun kejap.

sebab tengah  hari orang dah ramai,petang aku masak dan malam kalau aku tak ke terawih 

adalah sedikit masa untuk jahit manik.

ingatnya kalau tak sempat siap jugak hari ni,terpaksa la mejahit manik selepas bersahur.

tahun ni memang tak beli baju yang ready made punya sebab corak dan jenis kain sama je macam tahun lepas.

nak beli kebaya,badan ni tak sesuai pkai baju kebaya pendek tu.orang tinggi lebih sesuai pakai 

kebaya yang labuh tau!

oklah korang,aku nak teruskan menjahit kejap.entry2 mungkin akan kurang sampailah ke hari raya nanti ok!

terima kasih pada korang semua yang sudi singgah blog aku dan menjadi follower blog aku walaupun tak de entri2 terbaru.
bye,see again ya!

1 comment:

~ NANA ~ said...

raya tahun ni i sambut simple2 jer...hehe

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...