Followers

Monday, December 5, 2011

versi Rumahtangga:abang mintak izin nak kawin satu lagi??

 
 
rasanya saya masih baru setahun jagung dalam perkahwinan.
mungkin belum layak untuk memberi masihat/pandangan dalam perkahwinan.
tapi,bila ia berlaku dengan seseorang yg dekat dengan saya
saya terpanggil untuk melontarkan rasa hati saya.


kesian sebenarnya saya melihat si isteri..menangis,termenung sepanjang hari.
tapi si suami masih bergembira dengan perempuan lain.
si anak yg masih tak tau apa-apa merengek2 dengan atoknya nak makan kfc.
si anak pun tau kalau mintak dengan si ayah,pasti si ayah suruh mintak dengan ibunya.
bila merengek dengan si ibu,pasti dimarahinya sebab fikiran si ibu tengah berserabut!

bila saya merenung dalam-dalam perkara yg berlaku di depan mata saya,
saya kesian..rasa nak menangis tengok si anak yg masih kecil
yg belum kenal air mata ibu..
terpaksa melalui pengalaman dimana tiada si ayah untuk menemani mereka sepanjang hari.
dimana sebenarnya kasih sayang seorang ayah terhadap
anak-anak yg masih kecil?

tidak timbul ke perasaan insaf/sedar diri dalam ayah mereka
bila kanak-kanak yg lain bergembira bermain di taman bersama ibu bapa mereka
makan bersama di restoran.
kalau dengan perempuan lain,sanggup plak si ayah keluar makan,teman shopping dan menumpang bahu untuk perempuan itu menangis bila diserang isteri tua!
sedangkan isteri menangis di rumah,ditengkingnya sebab macam budak-budak!
sama-samalah kita mendoakan kebahagian rumahtangga kita.

semoga saya juga dijauhkan dari perkara-perkara yg dapat 
merenggangkan hubungan saya dengan suami.
tak sanggup rasanya saya nak tengok anak-anak jauh dari kasih sayang seorang ayah.


1 comment:

D Yatie said...

semoga isteri itu tabah...dan semoga kita tidak berdepan dengan ujian yang sedemikian rupa...tersentuh hati saya baca luahan hati cheq sue.. :(

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...