Followers

Tuesday, June 26, 2012

kisah jumpa pakar


Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin


saya masih belum kuat sebenarnya untuk bercerita
tentang kisah saya berjumpa pakar sakit puan semalam..
dengan mata yg masih membengkak dan hati yg belum cukup tenang sepenuhnya.

kedua-dua anak saya mati sebelum sempat dia melihat dunia!
dan doc jangkakan kalau saya mengandung selepas ini
berkemungkinan kandungan saya jugak akan gugur berikutan rahim saya yg 
tidak normal.

doc pun tak boleh kesan apa penyakit saya yg sebenar..
doc cuma cakap yg ketulan ni bukan cyst dan sewaktu dengannya..
sebab kalau cyst,ia cuma mengandungi cecair bukan darah.
ketulan saya ni plak ada darah dan berbentuk buah pinggang.
doc cakap,takkan la buah pinggang berada di depan uteras..
entahlah..dot..dot..dot!!!

5 comments:

Asz Miza said...

Harap chq sue kuat. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan cheq sue.

Ardini Humaira said...

ya Allah, semoga cheq sue tabah menghadapi ujian ini... salam takziah... dan semoga cepat sembuh ya... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya :'(

PutriesNoora said...

awak..cer try perubatan islam or traditional pulak..jgn depends 100% pada doc...pape pun kita usaha ye...insyaAllah=)

mia-ina said...

smeoga cheq sue diberi kekuatan menerima ujian ni..bgs gak cdgn berubat secara islam..

Little world said...

Setiap masalah adalah penyelesaian--cadangan sue try laa ke Dr Zainul-HUKM kot kalu tak salah--try dgr pendapat dr yang lain..

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...