Followers

Saturday, June 16, 2012

pantang larang di awal kehamilan


Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin


tittle dah nampak saya ok je kn?
alhamdulillah..
saya dah ok..sihat walafiat walaupun masih lagi sengal2 tubuh.

emosi...emosi saya stabil.mak mertua dah pesan awal2.
jgn dok layan perasaan sangat!
saya x layan sangat perasaan tu sebab saya ada kawan2 yg banyak bg semangat pada saya.
walaupun tak pernah bersua muka tp semangat tu tetap sampai pada saya,hehehe..
cuma malam2 bila saya sunyi mmg saya akan nanges.
dan kadang2 saya akan dengar zikir2 kt phone,tu ajelh yg blh menenangkan hati saya.
yg dah pergi,biarlah ia pergi.
sayang memang sayang tp saya dah redha seikhlas hati saya <3

masa mengandung pn saya dah selalu baca ayat kursi..
setiap hjung minggu saya baca yassin selepas solat maghrib..
untuk mengelakkan gangguan syaitan,tu pesan mak saya..
benda yg kita tak nampak,baik kita berjaga-jaga kn?

orang tua kn,banyak pantang larang..
lebih2 lagi sebelum sampai 7 bulan..dah sampai 7 bulan,
lain plak pantang larangnya..

ni cuma mak saya pesan..
lain org,lain caranya kan???
  • jangan mandi masa maghrib/matahari berdiri atas kepala...nanti kembar darah.
  • jangan lilit tuala kt leher,nanti anak terbelit tali pusat
  • buat kerja kena siapkan,tak boleh buat kerja separuh-separuh..nanti anak susah nak keluar.

  • * Ibu
     dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

    * Ibu dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

    * Ibu dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
    Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

    * Ibu dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

    * Ibu dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

    * Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

    * Ibu ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

    * Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

    Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

    * Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

    * Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

    * Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
yg ni saya copy dari blog tp saya lupa link blog tu sebab saya copy n simpan dlm 1 folder.
bila2 saya nak baca saya akan bukak folder tu je,khas utk amalan n doa2 masa mengandung.
nanti ada masa,saya kongsi lg yea..

1 comment:

mia-ina said...

semoga sue kuat smgt dan tabah menempuh ujian..

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...