Followers

Sunday, October 14, 2012

redha dan bersedia

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin


pagi tadi bangun rasa menyucuk kt ari-ari..
tp ligat lg memasak utk suami,macam tau2 je saya akan diuji hari ni..
dan sekarang saya dah turun darah merah muda :(

mama dah bersedia melepaskan kamu pergi sayang,
kamu hak Allah dan hanya Allah yg mampu menguabh takdir kita.
andai belum masanya takdir kita untuk bersama,mama redha..
kamu dah mengajar mama untuk kuat,
walaupun seketika tapi mama hargai masa kamu bersama mama.
terima kasih banyak untuk kamu my dear.

insyallah akan ada adik kamu menyusul selepas ini,
Allah memberi mama ujian ini sebagai tanda Allah menyayangi mama
tapi Allah lebih menyayangi kamu.
doa mama andai kamu untuk mama,kamu akan membesar dgn elok di dalam
perut mama..
tapi andai kamu belum menjadi hak mama,
mama doakan semoga semuanya dipermudahkan..
bukan senang untuk melahirkan kamu sayang..
mama perlu kuat dan berkorban..semoga kesakitan ini akan menghapuskan dosa-dosa mama.






4 comments:

su said...

ya allah..mmg besar dugaan awak..
tapi saya tahu awak kuat.. semoga semuanya dipermudahkan... aminn

eKa said...

sabar ya kamu.saya tau kamu kuat !!!

Nor Suhada said...

YA ALLAH...permudahkan segalanya..amin

Unknown said...

semoga awak dan baby di bawah jagaannya,aminnn.

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...