Followers

Wednesday, August 3, 2011

dessert untuk berbuka *selamat berbuka semua*

PUDING KARAMEL

Bahan-Bahan:
Utk Puding:
6 Biji Telur Ayam Gred A
6 Sudu Makan Gula @boleh digantikan dengan susu pekat
1 tudung Esen Vanila
1 Tin Susu Cair

Utk Caramel :
Beberapa Sudu Gula
Loyang @ bekas besi

Cara: -Panaskan loyang di atas dapur dgn api yg perlahan. Kemudian masukkan beberapa sudu gula,cairkan...apabila cair dan kemerah-merahan,tutup api dan alirkan cairan gula tadi supaya melitupi keseluruhan bahagian dalam loyang. Biarkan seketika supaya kering & menjadi lapisan nipis. 

-Masukkan kesemua bahan utk puding ke dalam blender,dan blend sehingga hancur & larut. 

-Masukkan adunan ke dalam loyang
& kukus sehingga masak. Sesudah masak, sejukkan di dalam peti
.
Cadangan Hidangan: Keluarkan dari peti & telangkupkan di atas pinggan. Boleh dihiaskan dgn krim putar.
Tambahan: Sebelum memasukkan adunan ke dalam loyang,pastikan cairan gula sudah betul2 keras terlebih dahulu.

2 comments:

Aku Ibu Muda said...

sama dgn resipi yg ahkak amalkan sejak dari zaman anak dara :p

~ NANA ~ said...

suka sgt puding caramel!

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...