Followers

Wednesday, March 30, 2011

bila kasih tak dihargai

assalamualaikum.....
good morning all....pagi ni awal2 lagi aku cek email sebab semalam aku ada terima email dr no yang x dikenali.
aku abaikan je msg 2,yelah dh tengah2 malam tiba2 bunyi msg.
no x dikenali,x de salam n x kenalkan diri,asben aku x bg layan msg 2.
dlm msg 2 ada tulis cenggini
"nt check email,sy x tau nk rujuk kt sape...arap2 awak dpt bantu.thanks"


bila bukak email ada la kawan aku mase skull dulu email,yelh mgkn x nk mengganggu aku malam2.panjang giler email dia tp sedih sangat,macam aku plak yg berada di situasi dia.
ceritanya bila suaminya tak menghargai kasih sayang yg dia berikan pada suaminya.
ntah la,susah sebenarnya nk memahami hati & rahsia org laki ni.asben aku pn kdg2 aku x paham sepenuhnya lagi diri dia tp kesabaran n pengorbanan mungkin boleh membantu.tp berbaloi ke bila segala pengorbanan & kasih sayang x dihargai.

aku diajukan soalan bagaimana lelaki menunjukkan kasih sayangnya pada orang yg dia sayang?
memang hati kita akan sedih dan kecewa bila kasih sayang kita tak dihargai....tapi kita x mampu melawan takdir,kita perlu kuat menghadapi situasi ni.kita x boleh salahkan takdir sebab kita yg memilih untuk hidup bersamanya,kita telah diberi peluang untuk memilih.kita yang memilih lelaki yang ego untuk menzahirkan kasih sayangnya pada kita,sukar untuk memahami lelaki macam ni.klau x jd suami lg mgkn jalan perpisahan lebih baik tp bila dh jd suami n ada anak memang payah la kita nk tinggalkannya.
bukan kita x sayang tp hati kita yg tersiksa.bila hati dh sayang,ia akan bawa penderitaan pada kita.

nasihat aku pada dia,berdoalah pada allah...jangan mudah berputus asa dengan ujian allah.pasti ada hikmah disebalik penderitaan ini.kita tiada tempat untuk mengadu melainkan pada dirinya.mohon diberi kekuatan dan jalan terbaik untuk dirinya.same2 lh kita mendoakan yg terbaik untuk dirinya.



aku ada sumthing untuk dikongsi dengan korang,sehari sebelum aku kahwin...aku ada bagi surat pada suami.

Aku Hanya Wanita Biasa...
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku..Terima kasih kerana telah memilih aku.ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
Kepadamu yang memilihku...
Aku tak sebijak khadijah,aku akan melakukan kesalahan dan begitu menyusahkn mu. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan berhikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang mu..
Duhai kau yang telah memilihku.. Ingatlah, tak selamanya aku nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku sibuk di dapur, menyiapkan makanan untuk kau dan anak2 kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan nampak kotor dan berbau asap. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja.. Atau kau akan menemukanku terhingguk2 saat mendengar masalah dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga ank2 kecil kita dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku...
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku dlm keadaan marah, menangis dan x tkawal,bukan kerana ku membangkang mu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk meluahkn beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukn hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisan. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya,tapi kadang2 aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan mmarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk mereka,dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada ank2  kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku...
Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walaupn kadang2 aku begitu bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau puja puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bcmbah iaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detik,telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku krna aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..


No comments:

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...