Followers

Saturday, March 12, 2011

rosak??

rosak?ape yg rosak ek?korang nk tau ape yg rosak....broadband aku pn pandai wat hal,bukan tuan dia je yg pandai wt hal,hahaha...

sejak petang semalam lagi aku x dapat connect internet,aku call centre dia n dia suruh aku bukak sim.aku try bukak tp x blh jgk...pagi tadi aku try call centre dia sekali lagi n buat aduan.
x sampai 3 jam aku dh boleh connect,yahuuu...yabedabedu.hahaha..*terserlah perangai budak2,heee...*


 ok,malam ni umah aku ada buat majlis tahlil untuk arwah atuk aku.x sempat snap picture...letih sangat kena kemas balik umah yg berselerak.erm...nk wt cmne kn,sekurang2nya dengan tahlil yg kita buat ni akan mengurangkan siksaan dia di alam kubur.aku cuma ingat dua perkara je yg menjamin pahala berterusan di alam kubur kelak  iaitu:
  1. bila kita membina masjid@madrasah dengan duet kita sendiri untuk kegunaan orang ramai,maka ganjaran pahala kita akan berterusan.
2.doa anak yg soleh@solehah dimana akan sentiasa mendoakan kedua ibubapa di alam kubur n melakukan apa2 amalan kebajikan dengan niat untuk mereka.
kalau tersilap korang betulkannya yea.
ok,skang aku nk citer pasal fesyen...aku pn tau gk pasal fesyen tau!mentang2 i orang separuh bandar u oll ingat i x tau ke?isk..isk..kesian kt i.
ok,kebanyakan perempuan2 yang bertudung sekarang suka bersanggul tinggi,lebih2 lagi yg memakai tudung ekspress yg kini banyak mendapat tempat di kalangan perempuan.macam2 pattern,warna,corak n gaya.yg twist pn ada tau..mungkin bagi mereka bersanggul tinggi itu cantik sedangkan mereka x tau yg bersanggul tinggi itu berdosa.


 ni contoh yang aku bagitahu tadi,trend bersanggul tinggi.ianya haram andai yg melihat adalah lelaki yg bukan muhrim yang boleh meningkatkan nafsu syahwat mereka.berdosa...berpakaian tapi bertelanjang.korang tahu maksud 2?perempuan2 yang berpakaian tetapi mereka memakai pakaian yg ketat,yg membentuk tubuh badan dan memakai pakaian yg nipis yg menampakkan bentuk tubuh perempuan tersebut.mulai sekarang,kita kne same2 berubah ke arah kebaikan yg dibenarkan mengikut syarak.x salah berfesyen dan berhias andai kita tau batas kita sebagai perempuan yang beragama islam.jangan hanya mengaku islam andai hati kita terpesong ke arah jalan yg salah.skang pn ramai perempuan2 yg bertudung melahirkan anak luar nikah dan bergaul bebas seperti orang yg tidak memakai tudumg.tudung bukan trend tp kewajipan kita sebagai wanita islam.beradalah di jalan yg benar,insyaallah...semuanya akan dipermudahkan.

maaf yea semua,aku jd cam terlalu formal malam ni.x pelah,aku cuma mahu berkongsi ilmu,kalau ada salah silap ape yg aku tulis tadi..korang betulkan ok.

No comments:

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...