Followers

Sunday, May 8, 2011

sejenak ke alam berumahtangga part 1

Assalamualaikum….
Entry semasa ketiadaan line internet,save dalam Microsoft word dulu.hehehe:P
Aku ada 1 entry yang sangat2 best,baru jumpa semalam selepas selongkar koleksi novel2 dan buku2 lama aku.ingat nak simpan buku2 2 yang dah berhabuk hampir 1 inci 2,Nampak sangat tuannya pemalas kan?kahkahkah…

Meh nak kongsi dengan korang semua…penulis ni lelaki tau,khas untuk semua perempuan kat luar sana.

SEJENAK KE ALAM RUMAHTANGGA
Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih,menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai,minta dimanjakan adakalanya mereka nenek berleter seadanya,merungut semahunya.
Namun,teman kembara dalam kehidupan sementara ini.bahagia dan derita kita saling berkait dengan mereka.
Psst…tiba2 isteri merajuk pandai2 lah memujuk buka telinga,tajamkan pendengaran,amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi?andainya emosi,belailah emosi itu…jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya menguyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistic berserta beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu
dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya,perhaluskan kata,perindahkan bahasa,jinakkan perasaan,hadiahkan senyuman.
Masih gagal?cuba sentuhan semarak belaian.
Masih gagal juga?tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak2 air dalam cawan jangan digoncang…buat selamba lambat laun,gelombang akan tenang air dicawan kita juga yang minum.
Tapi awas..kalau ternyata rajuknya berfakta,geramnya berilmiah,masamnya berdata,marahnya ada prima fracie ini rajuk tahap tinggi namanya.perlu ditangani berhati2 kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar “sayang..abang alpa.bisikkan “darling…I lupa.
Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetepi…kalau kena cicahnya enaknya akan terasa.ingat,api yang panas,padam oleh salji yang dingin.
Arghh..tiba2 isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta villa yang tersergam indah atau mahligai dilereng bukit sedangkan kita bukan shah jehan yang mampu membina taj mahal  buat isterinya tetapi isteri pula,persis nur jehan yang meminta petanda keagungan cintanya.katanya “seabadi permata…semergelapan intan”.sedangkan di jari kita Cuma cincin tembaga.
Aduh…peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi bursa saham papan utama kasih isteri,turun naik mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri,dia dulukan pilihan kita?semasa mekarnya dia dihargai,dipuja dipuji..dia kini ibu pada anak2 kita,sudah takdir..permata yang dipilih perlu digilap semula.
Putus asa jangan sekali,terimalah si dia dengan redha.isteri pada hakikatnya adalah bayang2 suami,wanita adalah tulang rusuk yang bengkok.luruskan dengan berhati hati,bertegas tapi jangan keras,lembut tapi jangan reput.
Katakan padanya RM bukan segalanya,lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah “duhai isteriku….marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati,marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta,tetapi bukan itu segala2nya.padamu isteri,istanamu di hati ini.padamu sayng kalung cintamu,di jiwa ini.

Amacam,hebat tak yang aku jumpa ni?seingat aku,yang ni aku jumpa dalam facebook.dah lama dah..aku copy n aku print.simpan elok2 dalam laci..best kan baca?mesti bahagia dapat suami penyabar macam nie..ada lagi,nanti ada masa aku sambung ok?

No comments:

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...