Followers

Thursday, May 19, 2011

pagi yang dingin

assalamualaikum........

selamat pagi semua...
kat tempat aku sejuk giler,semalam hujan+ketiadaan elektrik dan jugak line celcom.
kat tempat aku ni,kalau hujan lebat je mesti elektrik tak de..n secara automatiknya bila ketiadaan elektrik akan tak de jugak line celcom.

tulah tempat aku,yelah...
aku bukan tinggal di kawasan bandar,tempat aku hanyalah kawasan felda.oitt,pecah rahsia..
selama ni korang tak tahu kan aku adalah anak felda??
aku tak penah war2 kan yang aku adalah anak peneroka felda.
kalau korang nak tahu,lokasi penggambaran filem BILUT lakonan Rosyam Nor bersama Eja adalah di kampung aku tau!
tumpang glamer sat...hahaha.

ok,nak citer ckit fiil aku sejak mengandung ni..
family aku terutamanya kakak aku selalu mengingatkan aku pasal makanan yang aku amik dalam sehari-hari.
macam 2,3 hari lepas,kami ke kfc..
aku minum air pepsi...
dah habis segelas baru kakak aku tegur aku yang aku tak boleh minum air pepsi.
bila hubby aku tau,mula la dia marah2.
sejak pregnant ni,pantang suami aku tegur cket...mula ni mulut ni nak menjawab!uduh bebenor perangan aku ni...

kalau korang nak tau,kakak aku ni tak penah dapat anak!
kesian kan?sebab keturunan kami tak ramai.adik-beradik aku cuma 3 orang..
adik-beradik mak aku cuma 3 orang n salah seorang dari mereka tak dapat anak jugak.
adik-beradik abah aku cuma 5 orang n anak2 mereka tidak melebihi 8 orang.
dan family sebelah abah aku jugak ada yang tak dapat anak.
kakak aku penah dirujuk ke doktor pakar tapi tak berhasil.mungkin berpunca dari hormon yang tidak seimbang dan jugak masalah obesiti.

aku pulak,lepas kawin tu period aku jadi tak stabil.
sebelum ni ok je..sesetengah orang cakap lepas kawin,hormon kita akan berubah..
2,3 bulan jugak period aku datang lambat dan hanya 4 hari.lagipun masa tu aku ada amik sejenis ubat.mungkin tu jugak salah satu penyebab hormon aku jadi tak stabil.

sejak pregnant ni,hati aku mudah sangat sensitif.kejam btol aku ni..dengan hubby mesti akan gaduh tapi tak panjang sebab suami aku tak melayan sangat pon perangai aku ni!mujurr jugak dia ada sedikit sikap penyabar lepas aku pregnant ni.
penah satu hari tu,dia melarang aku makan buah rambutan.
kalau korang2 yang tak tahu,buah rambutan adalah salah satu buah yang dikategorikan sebagai buah yang "sejuk".kalau korang yang tak mempunyai antibodi yang kuat,korang akan jadi batuk dan kadang2 korang akan jadi macam sukar bernafas bila diambil dalam kuantiti yang banyak.bila akumintak dia beli je,dia marah.
terus aku tarik muka dan tak jadi beli..
tapi akhirnya dia beli jugak cket dan cakap bukan abang tak nak beli,tapi sebab su dah batuk.nanti makin batuk.orang sayang kat dia,sebab tu tak bagi beli.kalau rasa tahan nak batuk,makan la!
erm,last2 aku makan jugak sebab kalau aku demam pun tak penah berpanjangan.alhamdulillah,Allah berikan aku kesihatan yang baik.
dan sejak pregnant ni,aku selalu berdoa supaya baby yang aku kandung ni tak menyusahkan aku.aku tak nak melalui alahan yang teruk sebab aku tau,kalau aku alahan pun,suami aku tetap tak mengambil berat pasal aku dan sekarang pun aku dah berfikir kalau aku didalam pantang nanti,bagaimana suami aku menjaga aku??benda tu je yang selalu ada dalam fikiran aku.

kadang2 lepas solat,aku selalu menangis..tapi aku kena jaga emosi aku.lepas nanges je,baru perasaan aku akan tenteram..
dan hanya pada Dia sahaja aku berserah,moga2 Allah permudahkan urusan kelahiran baby aku nanti.korang doakan aku ek?

No comments:

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...