Followers

Wednesday, October 19, 2011

mykad baru bermula januari tahun depan

sumber:sinar harian



KLUANG- Kementerian Dalam Negeri (KDN), menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal mengeluarkan MyKad struktur baru kepada orang ramai bermula Januari tahun hadapan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, dengan pengenalan MyKad baru itu, ia adalah inisiatif dan tambah nilai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) KDN dalam agenda meningkatkan fungsi dan ciri keselamatan dokumen berkaitan pengenalan diri dan imigresen. “Kelebihan MyKad ini dari segi fizikalnya adalah diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan, teknologi tulisan laser pada permukaan kad serta cip baru yang diuji kualiti ketahanan di Sirim.
“Saya percaya dengan pengeluaran MyKad tersebut, ia dapat menyelesaikan masalah berkaitan kualiti dan ketahanan terutama kualiti cip," katanya.
Dengan MyKad itu juga katanya, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian yang menggunakan MyKad.
Beliau berkata, ciri-ciri baru di kad tersebut dapat mengekang pemalsuan Mykad, malah ia lebih berkualiti dan menepati ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran.
“Pengeluarannya MyKad ini hanya diwajibkan ke atas pemilik yang pertama kali mendaftar di JPN, manakala bagi pemegang MyKad sedia ada diberi kelonggaran untuk berbuat demikian,” katanya sempena Majlis Pelancaran Pengeluaran MyKad 1 hari dan dan Pengeluaran MyKad dengan Struktur Baru di JPN cawangan Kluang, semalam.
Dalam pada itu, Hishamuddin turut melancarkan pengeluaran MyKad dalam masa satu hari bagi cawangan Kluang yang mana ia adalah susulan dan perluasan kepada program perintis Pengeluaran Gantian MyKad Satu Hari yang telah dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN Melaka dan Kuching, Sarawak.

1 comment:

Anonymous said...

bguslah dh buat lain..yg skang nih ska rosak tang cip tu..ssh btl nk berurusan dgn bank ke,apa ke..

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...