Followers

Tuesday, October 11, 2011

saya tak kan berhenti berusaha:)

assalamualaikum....


banyak kan entri-entri dalam blog ni pasal masalah saya yg
masih belum pregnant.

dan mungkin ada diantara korang semua yg dah jemu
baca entri saya pasal ni.

bukan untuk menagih simpati
bukan juga untuk membuka pekung di dada.

tapi ini adalah harapan,semangat dan sokongan untuk saya mendapatkan zuriat.
sebab tu saya tak penah berhenti berusaha!

adik-beradik saya hanya 3 orang dimana salah seorang
adik-beradik saya belum mempunyai cahaya mata
walaupun dah berkahwin selama 8 tahun.

sepupu-sepupu saya yg dah berkahwin 2,3 tahun
masih belum mendapatkan zuriat.

keturunan keluarga saya sebelah mak hanya mempunyai 3 orang adik-beradik.
adik-beradik mak saya pula hanya 3 orang
dan salah seorang adik-beradik mak saya juga tidak mempunyai cahaya mata sendiri.

keturunan abah saya pula hanya mempunyai 5 orang adik-beradik.
dan masing-masing mempunyai anak tidak lebih dari 7 orang.
sepupu saya sebelah abah saya juga belum mempunyai cahaya mata
sendiri.

sebab tu saya terlalu berharap agar kami dikurniakan zuriat
dan saya amat2 menggalakkan mereka yg berjaya hamil
yg baru hamil dan menunggu masa untuk melahirkan baby
untuk berkongsi pengalaman dgn saya.
sebab saya pasti ada diantara kita yg bertuah
untuk menjadi seorang ibu.

ye,saya tahu Allah yg menjadikan setitik air mani itu menjadi segumpal darah dan akhirnya menjadi seorang hambaNYA sebagai penyambung generasi umat nabi muhammad.

saya hanya mampu berdoa dan berusaha seterusnya bertawakkal 





 


3 comments:

D Yatie said...

SABAR YE...TERUSKAN BERUSAHA...SEC TRADISIONAL MAHUPUN MODEN...DAN JANGAN PERNAH BERHENTI BERDOA...AKAK DOAKAN KAMU YE.. :)

Nadz said...

jgn putus berdoa krn Allah mendengar doa kita :) insya Allah

cheq sue dieyha said...

@d yatie:terima kasih

@nadz:insya Allah,terima kasih nadz.
congrates sbb bakal menjadi ibu.

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...