Followers

Sunday, October 2, 2011

belum rezeki kami lagi...

assalamualaikum......


are tak tau nak mula dari mana sebab masa otak memang blur giler!
risau plak kalau korang asyik cakap aku angan2 mat jenin.
terlalu berharap dan last last kecewa lagi.
ada plak entry sedu sedan!


semalam sebelum tido sempat borak borak dengan suami.
suami bgtau dia main kutu.
aku tak tanya banyak sebab aku tau dia perlu simpan duit
untuk kambing dan anak getahnya.
lebih-lebih lagi sekarang banyak tanamannya musnah.

lepas tu dia cakap duit kutu ni dia nak bagi aku simpan
sebab dia nak beli barang kemas kalau aku dapat anak perempuan nanti.
masa tu tak tau nak cakap apa dah,last-last aku ajak tido.
suami jugak penah bernazar akan menyembelih kambing 
dan solat hajat bila aku mengandung nanti.

dalam diam aku menangis...
sebab kalau suami tau aku nanges,suami pasti nanges sama.
setelah bermacam-macam dugaan allah berikan pada kami,
kini..
allah uji kami dengan zuriat.
permata hati yg kami tunggu-tunggu selama ini..




7 comments:

Asz Miza said...

hmmm..sabarlah cheq sue..moga2 Allah akan bagi rezeki nanti..sy plak risau..ada yg kata pas gugur susah nak pregnant..ada yang kata senang nak pregnant balik..tapi so far majoriti kata sng nk pregnant..insyaallah ada rezeki utk cheq sue dan suami..:)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

tak pa cik sue, setiap ujian yang Allah bagi mesti ade hikmah. syukur cik sue dah pregnant. maera smpai skrg tertunggu lagi.walaupun maera dari segala segi diberi kemudahan, tapi untuk zuriat sangatlah susah. itulah dugaan utk maera. moga kita bersabar dalam setiap ujianNya. =)

cheq sue dieyha said...

asz miza & maera:
terima kasih byk2,same2lah kita doakan yg terbaik.

DYatie ABakar said...

sabar dik...teruskan usaha, jangan pernah berhenti berdoa...sesungguhnya itu salah satu ujian Allah berikan pada kita...

cheq sue dieyha said...

@d yatie:terima kasih kak

Diela Zaimi said...

salam...
cheq sue ada tanya kan sama ada pas makan buah zuriat tu sy dah pregnant ke belum...Allah masih belum anugerahkan rezeki 'itu' lagi buat kami...mungkin ada hikmah disebaliknya...
takpe cheq sue masih awal lagi...masih byk masa...kalo slps setahun masih belum lekat, bolehla jumpa doctor...sy dulu silap sbb lps 2 thn baru buat rawatan...dah agak lewat...
tp kita jgn lupa semua tu atas kehendak-Nya...ada sebab knp Dia tak beri lagi rezeki 'itu' pd kita....insyaallah banyakkan berdoa semoga kita diberi peluang utk menjadi seorang ibu...aminnnnn

cheq sue dieyha said...

@diela:sy berusaha untuk mendapatkan zuriat selepas 3bulan berkahwin sbb keturunan sy mmg sukar mendapatkan zuriat.itu yg merungsingkan sy,sedara,sepupu dan kakak sy sendiri masih belum ada zuriat sendiri.ini mmg menakutkan sy,sbb tu saya tak penah berhenti berusaha:)

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...