Followers

Friday, October 14, 2011

rutin memasak sebagai seorang isteri

assalamualaikum....

rasanya dah sampai masanya untuk saya berkongsi
rutin harian saya yang berubah 
selepas berkahwin.
dah hampir setahun saya berkahwin dan rasanya
terlalu banyak yg ingin saya kongsi bersama korang semua!
dan salah satunya macam title kat atas,
rutin memasak saya sebagai seorang isteri
dan saya diberi kemudahan untuk menguruskan
rumahtangga saya sebab saya bekerja sendiri
dan saya tinggal bersama keluarga saya.

seawal 5.30 pagi saya akan bangun untuk buat kuih.
duduk kat kampung biasalah
buat kuih untuk dijual di kedai-kedai kopi
seseolah satu pekerjaan tetap.
dan ia memberi satu kepuasan pada saya walaupun
terpaksa bangun awal tiap-tiap hari.

pagi memang saya tak sempat memasak
untuk suami.
tapi sebab mak saya bukak kedai kopi,
suami akan makan nasi berlauk yg mak jual je.
saya cuma sediakan barang keperluan suami je.

keluarga saya memang tak makan pagi.
jadi tengah hari baru kitaorang makan nasi
kalau nasi dah abis,kitaorang tak makan.

pukul 3@4 petang baru saya akan masak.
biasanya kalau anak sedara saya tak tido
saya akan masak dan kemas dapur sorang-sorang
tapi dengan syarat!
syaratnya tak de sape boleh kritik cara saya memasak.
kalau orang mengkritik masakan saya,
saya tak kisah tapi kalau orang mengkritik cara saya memasak
saya tinggal terus masakan tu.
tak kira masakan tu tak masak@orang lain plak yg tolong
siapkan masakan saya tu.

tabiat saya memang macam tu,tak suka orang
menyibuk di dapur.cukup setakakt 2,3 orang.
tapi saya lebih suka masak sendirian
melainkan ada majlis kat rumah saya.

sebab suami tak memilih bab makanan,
saya cuma masak masakan yg saya dah biasa masak.
sebelum kawen,sibuk dengan study
tak de masa nak belajar memasak.
lepas abes study dekat setahun
saya kawen.

tahun pertama perkahwinan ni,
saya anggap tahun untuk saya belajar dan saya belajar banyak perkara!
nanti saya kongsi-kongsikan lagi yek!
tunggu next entry ok..




No comments:

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...