Followers

Friday, November 18, 2011

si tudung tweet

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1jLALBThIlXRUt5PbFPYzQ6TytFTq9K3n6iwerlDi4mxGOMkG7kKf2pLdl-QJA5dtPK9f5JM8F_ZUSIiG7wPycAyFCZdpFTI4Sqg8aVqPUlgAtZ9u9Uz95XwYwJbldYRo0fTjOY8c1N0/s1600/assalamualaikum3.png


cerita dah lama ditayangkan kat tv tp saya baru nak buat entry.
sibuk bebenor nampaknya..sibuk ke?
hahaha..sendiri tanya sendiri jawab yea,x lah sibuk mana pun cuma sibuk blogwalking ke blog korang semua.
best tau baca blog blogger lain,lebih2 lagi kalau pasal pregnancy.
kalau korang nak saya masuk dalam blog korang hari2,jangan lupa buat entry pasal pregnancy tau.

yang belum kawen takkan nak buat entry pregnancy kot?????
tak pe,saya masih blogwalking ke blog korang semua cuma tak semua saya tinggalkan komen yer.
kalau ada shoutbox saya akan tinggalkan jejak kt situ tp ble line lembab memang shoutbox tak kan keluar.



ok2,tengok tajuk entry kt atas,
saya nak cerita pasal drama si tudung tweet yg ditayangkan di tv9 baru2 ni.
dimana pelakonnya terdiri drpd liyana jasmay(zubaidah)juliana evans(marissa).izzueislam dan afiq muiz.baca sinopsis cerita si tudung tweet ni dulu
Telefilem menarik arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.

Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! Telefilem mesti tonton ini pastinya menghiburkan anda seisi keluarga.
sumber:perekacerita.com






No comments:

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...