Followers

Monday, November 21, 2011

payung emas

semenjak dua menjak ni update mesti pasal cerita je kan?
macam dah tak de keje lain nak buat,
kalau hujung bulan memang tak menyempat nak tengok tv
sebab siang hari kat kedai
malamnya plak terpaksa ke bandar,sekarang kan dah ada cdm
senang nak bank in walaupun bank dah tutup.

korang tengok tak cerita payung emas kat tv3 baru-baru ni?
lakonan farahdhiya dan remy ishak.
nampak ayu je farahdhiya bertudung.

ceritanya berkisarkan hidup bermadu
apabila hidayat,suami farahdhiya lakonan remy ishak begitu menginginkan
zuriat sedangkan ain(farahdhiya)tak mampu memberikan zuriat pada suaminya
kerana dia disahkan mengidap penyakit apendiks dan terpaksa dibedah
tapi sayang baby dia tak dapat diselamatkan.
#sayu sangat part ni,macam saya je ditempat ain.sob..sob.

ain terpaksa membenarkan hidayat berkahwin lain
kerana dia tidak mampu melahirkan zuriat.           
ain memilih khadijah,pembantu hidayat di pejabat untuk menjadi madunya.

selepas berkahwin,khadijah disahkan hamil
dan hidayat lebih banyak menghabiskan masa bersama khadijah.
sara,sepupu nor ain yg baru bercerai
menemani ain di rumah selama beberapa hari.

sara mula menghasut ain dan ain mula
bersikap dingin pada hidayat.
keesokkan paginya hidayat kemalangan dalam perjalanan ke pejabat.
dan pengakhirannya mestilah happy ending kan?
mereka semua bersatu dan bahagia bersama dimana khadijah juga selamat
melahirkan seorang bayi lelaki.


saya sendiri tak tahu apa perasaan saya lepas tengok cerita ni,
entah la..
rasanya saya tak sehebat dan setabah ain jika saya berada di tempat ain.
moga-moga allah sentiasa memberi saya kekuatan dan ketabahan dalam menjalani hidup ini.
amin....




1 comment:

aTy _faRed~ said...

tak berape suke ngan faradhiya tu..jadi malas nak tengok walaupon cerite nampak menarik..:)

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...