Followers

Wednesday, June 29, 2011

~ku rindu kenangan itu~

kenangan aku dan dia

perangai kami sama,ske ketawa n gila2.

dulu kami pengawas sekolah dan dengan nama pengawas tu kami amik kesempatan 
untuk melakukan apa2.

dulu kami selalu ponteng perhimpunan pagi,kononya kami kena jaga 
pintu pagar sekolah untuk amik nama pelajar yg datang lewat dari pukul 7.40 pagi.


kami selalu kena sindir dengan guru pengawas sebab bercinta sesama
pengawas.hahaha...

padahal pengawas lain pun bercinta jugak tapi tak penah pulak cikgu
dok sindir dia.

walaupun kami bercinta sesama pengawas tp kami tak penah dipanggil guru disiplin.

kami memang over tapi kami reti jaga adab.
kami reti bezakan waktu study dan waktu bercintan-cintun.

kami tau batas kami sebab kami adalah pelajar yg dipilih.

mungkin cikgu tak amik kisah sangat dengan kami sebab masa tu 
pelajaran kami dgn pasangan kami tak penah down!

dan kami bangga menjadi insan yg terpilih.





korang jangan silap paham ek,yg aku dok citer ni bukan kawan laki tau 
tp
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




muka tension nak exam...huhuhu.

apa pun,ia adalah kenagan terindah.

Sunday, June 26, 2011

rasa hati

assalamualaikum korang...

korang sihat x?

harap2 semua sejahtera hendaknya...
aku...


aku benar2 rasa tertekan..

tertekan dengan rasa di hati,tertekan dalam mengawal emosi 
yg benar2 bergelodak seseolah ombak yg
tiada masa untuk berhenti.

menahan rasa yg bergelodak benar2 membuatkan air mata aku berjuraian..
menahan diri dari menumpahkan rasa hati benar2 
memerlukan kekuatan 
yg aku perlu melalui sendirian tanpa seseorang di sisi



berfikir tentang hari yg mendatang yg perlu aku
lalui..

bersama orang2 yg aku sayangi.

keluarga aku,mertua aku,ipar duai,sedara mara.


mampukah aku menjawab persoalan demi persoalan,
tanpa mereka tahu sebab munasabab yg berlaku.
tanpa mereka memahami apa yg aku alami.

tanpa mereka menyelami apa yg aku rasa
apa yg aku lakukan hanya untuk orang yg aku sayang.
bukan sia2 pengorbanan ini.
hanya untuk mereka..

biarpun rasa itu hanya aku yg menanggung!

Wednesday, June 22, 2011

agenda hari selasa~jalan-jalan.

assalamualaikum...

selamat pagi semua,korang dah bekpas blom?
korang sihat x?
arap2 semua rakan blogger sihat2 ek!
nak citer pasal perjalanan aku ke bandaraya islam,kota bharu.
hehehe,kalau korang penah ke kelantan wajib korang 
kena singgah ke kota bharu tau.

sebab tu adalah bandar terbesar di kelantan.
perjalanan dari umah aku sampailah 
ke kota bharu mengambil masa 3 jam gk tau.
sebab tu masa mak/aku ada kerja di kota bharu baru aku
berpeluang untuk shopping.
tu pun 2,3 bulan sekali.

kelmarin lepas abes taklimat mak aku kt tnjung chat,
aku ke bank jap.
lepas 2 hubby ajak p billion untuk buat lesen ssm.
sekarang tgh sale handbag tau!
tapi aku tak beli pun sbb baru je beli beg 2,3 bulan lpas.

lepas 2 ajak hubby g tesco kebetulan mak aku nak tngok periuk elektrik.
niat dalam hati nak ke watson@guardian je.
sbb nak beli lotion vaselin.

sampai kat tesco,terus p watson.
tengok biore face milk 2 sbb blog fyna ada review pasal benda ni.
tapi aku tak beli pun sbb susah nak cari benda ni kat tempat aku.
tak kan la aku kena mengambil masa 3 jam semata2 
untuk beli benda ni.
uishh,tak sanggup.

ingat nak beli vaselin je tapi masuk kat watson je
terus tertarik ngn set mandian sakura.
pe ag beli jelah tapi aku beli yg travel pack je.
cukup puas hati.



sempat jugak singgah kat kedai kasut oasis.
belikan hubby sandal
walaupun dia cakap tak nak tapi sebab aku berkenan sangat,
aku beli je.
lame2 dia akan pakai jugak tanpa disuruh okeh!

ok,jumpa next entry okeh!
babai..
 

Monday, June 20, 2011

kini berubah

assalamualaikum...

sejak aku kembali sihat sekarang,aku meneruskan kembali kerja2 aku masa aku sihat dulu.
bangun seawal 5 pagi untuk menyediakan makanan untuk aku jual pd keesokkan pagi.
lepas 2 aku siap2 pergi tolong mak aku kat kedai dan dalam pukul 8.30 pagi 
aku akan bukak kedai aku.

masa tu aku akan kira stok jualan aku
kira duit yg keluar masuk dan menyusun majalah.
lepas 2 baru aku akan menyiapkan kerja2 yg terbelangkai.

tengah hari aku akan pergi tolong mak mertua aku berniaga goreng pisang.
itu pun jarang2 je aku pergi.
kalau rasa letih aku tak pegi jugak.

balik dari umah mertua aku,aku masak lak
rehat jap,pkul 5 aku masuk dapur balik untuk menyediakan bahan2 
untuk aku masak pada keesokkan hari.

pkul 10.30 malam aku akan masuk tido.
dan kepenatan tu buat aku kekurangan idea untuk mengupdate blog.
yeah,aku mahu berkongsi kisah hidup aku pada korang.

sebab tu aku benar2 menghargai follower aku sebab korang semua adalah sahabat aku.


penjamin masa depan?

assalamualaikum...

selepas berehat seketika dari melakukan kerja,sekarang aku dah kembali pada rutin harian aku.
kalau dulu aku hanya menolong mak aku kt kedai sambil berniaga kt kedai aku
tapi sekarang rutin 2 dah berubah.
seawal 4 pagi aku bangun mencari rezeki
korang nak tau aku buat apa sampai kena bangun pukul 4 pagi?
hehehe..aku bangun untuk menyiapkan makanan yg aku kena jual pada 
keesokkan pagi.
yea...aku bukanlah orang senang untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah.
aku perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
itu ajaran yg ibu aku terapkan sejak kecil.

dulu aku selalu berlumba2 ngn kakak aku untuk tolong mak aku kat kedai semata2 untuk mendapatkan pujian
dan mudah untuk mendapatkan sesuatu.
alhamdulillah,sifat 2 dah sebati dengan diri aku sampai sekarang.
walaupun kini aku mempunyai wang sendiri tapi aku tetap perlu beruasaha
untuk mendapatkan sesuatu yg diingini.

cuma satu yg mak aku pesan,simpanan wang itu penting untuk masa depan.

Friday, June 17, 2011

akhirnya....

assalamualaikum....

akhirnya,dapat jugak aku tukar wajah blog kesayangan aku ni!
aku pakaikan blusher cket,sapu eyeshadow..
dan oleskan cket lipstick warna nude.

walaupun baru sekadar mencuba dan hasil solekan masih comot
tapi tetap natural lagi kan?
hikhikhik...

kalau dulu tak pandai nak tukar templat blog ni
tapi hasil menggoogle 
akhirnya menjadik jugak.yeay!





Tuesday, June 14, 2011

kembali ke zaman anak dara

assalamualaikum....

selamat malam semua.entry terlewat cket sebab baru idea datang bila blogwalking malam2 ni.
petang tadi letih cket.

alhamdulillah,rezeki x putus2 atas usaha yg tak henti2 oleh aku n hubby.
syukur ke hadratnya walaupun sedikit penat tapi semangat blogging tetap ada okey...

ok,malam ni nak cakap2 pasal zaman anak dara.sebelum kawin eyeliner n lipstick wajib pakai.
kalau ada banyak masa untuk bersiap kalau nak p mana mesti pakai shawl.wajib inner yg muncung tau sebab muka aku ni bolat.

tapi ble kuar aku x penah pakai seluar.hanya berbaju kurung..cehh~
itu adalah adat tradisi keluarga aku di mana kakak aku sendiri pun tak memakai seluar.
dk kat umah pun aku tak pakai seluar,malam2 aku tido ngn tshirt n kain batik je.
hukhukhuk...pecah satu rahsia!

tapi pakai shawl dgn baju kurung tetap nampak sweet okeyy..
tapi disebabkan aku tak pandai edit gambo,dgn muka yg tak mulus n ada eye bag menyebabkan aku tak ske bergambo!


sebab 2 dalam blog aku ni kurang ada gambar2 aku nih!
kalau ada gambar apa2 pun aku hanya menggoogle!


satu ag aku ske pakai high heels.
tapi jarang2 je aku pakai,klau nak g bandar2 besar baru aku pakai.
kalau tak aku pakai flat yg tapak shoes tu lembut.


ok,nati jumpa dalam next entry k!
babai...

Sunday, June 12, 2011

masalah kaum wanita..syyyhh!

assalamualaikum...


kaum2 perempuan kat luar sana 2 mesti amat2 menitikberatkan masalah kewanitaan kan?
termasuklah aku sebab bagi aku baik aku merawat dari mengubatikan?
sebelum jadi apa2 yg lebih teruk,baik aku ambik langkah berjaga2.macam aku sebelum ni ada keputihan.kadang2 keputihan pun boleh jadi penyebab kita sukar mendapatkan anak..aku paling takut yg itu sebab aku ada keturunan yg mandul!hu..masa mula2 kawin ari2 takut gk.ada sesetengah orang cakap aku merancang sebab 5 bulan kawin baru hamil.sebenarnya aku tak merancang pn,cuma allah bagi kami rezeki yg lambat.yg penting kami berusaha kan?


masa aku keputihan hari 2 aku belum makan apa2 ubat/jamu sebab masa 2 aku belum kawin.takut gk nak try,bimbang dgn effect lepas kawin nanti.
aku cuma mencuci miss v setiap hari dengan pencuci eubos.sekarang payah nak cari pencuci jenis 2 di farmasi dan hanya sesetengah klinik swasta aje yg menjualnya.yg tengah in sekarang sebamed tapi dgn aku tak sesuai.tak rasa bersih pn lepas cuci miss v 2!

lepas kawin aku makan maajun,maajun anggun bistari.best jugak makan maajun ni sebab aku selalu sendawa untuk keluarkan angin.kalau sape2 ada sembelit elok jugak makan sebab kalau aku makan maajun ni wajib akan buang air besar.bab aset perempuan kat atas 2 memang besh sebab ia menegangkan payudara n memejalkannya!kesan ni boleh dirasa dalam 2 minggu je tau!

tapi yg tak bestnya ia seseolah pil perancang.
bila aku makan terus period aku jadi tak teratur n sikit2.
sebelum ni ok je period aku,datang tepat pada waktunya dan cukup2 7 hari.
dan...period aku akan berubah kalau berat badan aku naik mendadak.kat situ aku boleh tahu kalau2 berat aku naik.

aku try 2 bulan je,masuk bulan ketiga aku stop sebab aku nak baby.masuk bulan keempat period aku teratur n masuk bulan kelima aku disahkan hamil.alhamdulillah..tp sayang,baby 2 tak dapat bertahan lama.tak de rezeki untuk kami dan kami terima dengan redha.yg paling melucukan,aku mengidam makan budu.tak kira makan nasi dgn apa pun mesti aku akan masukkan budu.sebelum ni tak pernah sentuh pn...

dan sekarang aku beli jus curora.
tapi yg aku paling tak tahan sebab bau n rasanya.kuat sangat..
tapi mak aku x bagi makan apa2 ubat akar kayu lagi sebab bimbang turun darah balik.


oklah,2 antara pengalaman aku dalam menjaga kesihatan aku.nanti aku share lagi ek,babai...

Saturday, June 11, 2011

ada hikmah disebalik sebuah kehilangan

assalamualaikum sumer...

korang sihat ni?aku kena update entry ni cepat2 sebelum hubby aku tau.dia x penah tau aku ada blog sebab aku tak penah mengadap laptop kalau dia ada kat umah sebab penah kami sampai bergaduh hanya kerana seorang kawan 1 sekolah dulu tegur aku kat facebook.start hari tu memang aku tak kan bukak fb @ laptop kt umah.selalunya aku akan update blog sambil2 wat keje aku.sebab 2 aku agak lambat mempublish entry sebab aku melakukan 2 kerja dalam 1 masa.tabiat buruk yg tak dapat diubah start zaman sekolah lagi:P.pecah rahsia aku weyy..


kalau korang yg terbaca,erkk..membaca entry yg aku tulis pasai aku keguguran hari 2 mesti akan tau yg aku masih lagi berpantang.berpantang pn aku dah macam orang yg sihat sebab aku hanya mengelakkan makan makanan yg sejuk macam sayur terung,bendi,kangkung dan petola.

ais memang aku tak rasa langsung!aku hanya minum air masak je,itu lebih baik untuk tubuh n kulit aku jugak.hee...

ok2,banyak plak iklan aku malam ni.
aku nak citer kat korang yg aku benar2 bersyukur setelah aku kecewa dengan sebuah kehilangan sebelum sempat aku merasa untuk bergelar seorang ibu!aku redha...

dan sekarang suami benar2 menghargai aku setelah semua yg terjadi sebelum ni..
dia jugak bgtau mak aku supaya mengingatkan dia kalau aku hamil lagi dia akan melakukan solat hajat.alhamdulillah,dia mula sedar dengan kesilapan dia dan kami seseolah semakin memerlukan antara satu sama lain sekarang.

baru sekarang dia bagitau aku yg dia inginkan anak,bukan macam masa aku hamil dulu.7 minggu aku hamil hanya sekali dia mengusap perut aku..dan aku rasanya itu adalah satu saat yg indah buat aku yg baru ingin bergelar ibu.sentuhan buat aku rasa kami bertiga semakin erat!sungguh indah perasaan yg allah kurniakan buat perempuan yg bakal bergelar ibu.

pesanan aku buat bakal2 ibu yg membaca blog aku,alahan itu lebih baik buat ibu mengandung!usah bimbang andai korang mengalami alahan.lagi teruk alahan yg korang alami,lagi aktif janin korang.

buat ibu2 yg pernah keguguran macam aku,berfikir lah secara positif.ia tak bermakna kita akan tiada pengganti.yg patah tumbuh,yg hilang berganti.usah biarkan diri murung hingga mengabaikan kesihatan.

Friday, June 10, 2011

rahsiaku kini milikmu...

korang2,aku nak buat macam fyna jugak lah!korang tahu fyna mana?kalau korang nak kenal fyna ni klik sini

fyna ni rajin bebenor tau review product untuk barang mekap yang dia guna dan aku sebagai perempuan(rasanya bukan aku je yang suka bab2 kecantikan ni,korang pun mesti suka jugak kan?).bagi aku,fyna ni cukup aset lah untuk jadi sorang model.sekarang aku pun nak review product yg aku guna..

ni ha yg aku guna,sunblock tia amelia.

aku sendiri pun belum pasti macam mana cara untuk pastikan sunblock tia ni ori ke tiruan,yelah bahaya jugak kalau guna produk tiruan.nak cantik semata2 lain plak jadinya.takut jugak...korang tau la kan muka aku cantik macam fatin liyana ke,yuyu zulaikha ke...

sebelum ni dah macam2 produk aku guna..last2 aku beli yg ni.dah lama aku dk cari dalam internet pasal tia ni tapi hati lum terbukak lagi nak try tia ni last2 minggu lepas aku beli.

sepanjang aku pakai tia ni,jerawat aku mudah kering.yelah,kalau tak kering selagi 2 la tangan aku ni tak reti duk diam.lepas 2 mula la berparut.sampaikan suami aku pun dah tegur aku pe hal muka naik jerawat sampai cm2 sekali.malu weyh...lepas 2 plak,krim ni tak berminyak.selalunya mana2 krim yg penah aku pakai akan berminyak tapi yg ni lain dari krim2 yg lain.

nanti ada apa2 perubahan aku share ngan korang lagi eh,babai..

semangat berblogging dah kembali

assalamualaikum semua....
dah lama rasanya aku biarkan blog aku ni sunyi sepi sampaikan follower aku pun tak bertambah2.sedih jugak rasanya..


dan baru sekarang semangat berblogging telah kembali dan aku akan cuba cari artikel2 ataupun maklumat tentang perkara2 yang mungkin korang belum tahu.aku akan cuba usahakan diri untuk mencari maklumat yang berkenaan.yelah,sebelum ni asyik pening dan lenguh2 kat tubuh ni.sampaikan otak pun mula jem,pagi ni tersasul lepas solat subuh aku sambung tido.bangun2 pukul 8,kepala dah mula pening.2 salah aku kan...


banyak aku nak gtau korang tapi dalam next entry la ek,guna taktik kotor semata2 untuk banyakkan update!hehehe :P,bijak x?hak hak hak...belajar dari abg ben.ceh!tipu je 2..


oklah korang,aku nak blogwalking ke blog2 korang yg ada dalam bloglist aku ni.babai...

Wednesday, June 8, 2011

kesihatan diri part 2.

assalamualaikum....
dah lama aku tak update kan?
dulu kesihatan diri kurang memuaskan,lepas 2 line celcom kat kawasan aku ni x de.
4 hari jugak celcom buat onar.4 hari jugak bisnes aku x jalan.
kesihatan diri aku sekarang...
erm,mudah sangat sakit kepala n letih.kadang2 aku paksa diri aku untuk membuat kerja.
kerja berat memang aku abaikan,aku tak sentuh langsung!
suami aku plak sibuk dgn kerja sebab dah lama dia cuti bulan lepas masa aku di wad n di rumah ari tu.

maaf yea korang,nanti kesihatan aku benar2 pulih aku akan update blog hari2.sekarang,dengan sakit kepalanya aku benar2 x de idea n letih untuk mengupdate blog.doa2 kan kesihatan aku supaya aku dapat blogwalking ke blog korang lagi.
salam,
 

Thursday, June 2, 2011

sepetang bersama.....

petang ni aku rasa sunyi sangat
umah aku rasa sunyi
orang yg lalu lalang pn rasa sunyi.

pagi tadi aku pergi buat ultra sound
alhamdulillah,dah tak ada sisa2 yg tertinggal masa aku keguguran hari 2.
semuanya dipermudahkan allah...
kebanyakkan punca keguguran adalah berpunca dari embrio yg cacat atau berlakunya jangkitan kuman.
aku tak tahu  penyebab aku keguguran.
jawapan aku,mungkin belum rezeki aku.
lagi pun aku masih ingin berubah,kami same2 mahu berubah.
doakan kami semoga kami dimurahkan lagi rezeki.

p/s:mengapa masih ada rindu walaupun dia telah menjadi milik orang lain???
oh!dunia... 

Wednesday, June 1, 2011

kesihatan diri

assalamualaikum...

korang semua sihat x?arap2 korang semua sihat la ek!

kesihatan diri aku lepas gugur ni agak kurang cket...mudah letih lgpun aku tak duduk diam.aku still meniaga aku.kalau aku tak campur tangan dalam urusan bisnes aku semua akan jadi kelam kabut.

majalah yg sampai pun aku tak sempat lagi pamerkan,duit2 aku serahkan pada suami.urusan pembayaran je aku handle.mujur gak awal2 bulan cmni suami tak sibuk sangat.hari ni pun dia cuti,sempat bank in duit tadi.

semuanya dipermudahkan lebih2 lagi bila aku sakit cmni.ok lah korang,aku still nak kira stok yang perlu dihantar esok.nanti aku update lagi lusa sebab esok aku perlu ke hospital lg sebab ada temujanji dengan pakar. 

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...